Wednesday, 9 September 2015

Petua Menghilangkan Sakit Gigi Yang Berkesan

Sejak seminggu lalu, Eyla kerap sakit kat gigi sampaikan nak makan pun tak lalu sebab sakit sangat. Patutlah ramai yang cakap sakit gigi ni memang sakit sangat sampai nak buat kerja pun rasa terganggu je. Eyla sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba rasa sakit gigi ni, selama ni tak pernah lagi kena kan so, bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu rrasa sakit gigi tu macamana! 

Walaupun sakit Eyla tak pergi hospital @ klinik pun, just guna petua orang-orang dulu. Hihi. Tapi oklah berkurang sikit rasa sakit tu. Sape-sape yang ada masalah sakit gigi macam Eyla apa kata korang cuba guna salah satu petua kat bawah ni, mana tau berkesan kan. Tapi kalau rasa tak tahan sangat pergi je terus jumpa doktor. Selesai masalah. Hihi

1. Bawang Putih
Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.

2. Cengkih
a. Rebus cengkih, lebih kurang  2 cengkih untuk segelas air.
b. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih,  minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.

3. Bawang Merah
Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit,  kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari.

4. Garam
Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.

5. Serbuk Lada
Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya,  gosok pada  gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

6. Buah Limau
Buah limau dikatakan mempunyai kandungan vitamin c  yang tinggi. Ia amat sesuai dijadikan pembantu redakan sakit gigi.

INFO Sakit Gigi
Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokt0r gigi Amerika yang bekerja di Universiti Berlin menemukan penyebab sakit gigi. Ia menemukan bahawa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteria dan gula. Bakteria akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam, dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada gigi. Bila lubang terjadi pada gigi, kita belum merasakan sakit gigi.

Tetapi, lubang kecil selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteria akan membuat lubang semakin besar. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi. Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

Apakah punca gigi sakit?
Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
* Kerosakan gigi (karies gigi)
* Penyakit gusi (penyakit periodontium)
* Gigi sensitif
* Sakit pada sendi rahang
* Sinus tersumbat
* Sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
* Gigi mati
* Gusi bengkak
* Gigi dicabut atau kehilangan gigi
* Kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
* Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
* Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
* mengambil ubat penahan sakit
* berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
* kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi seperti berikut:
* Mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
* Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
* Gunakan flos
* Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
* Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

sakit gigi

Monday, 7 September 2015

Resepi Kuah Spaghetti Yang Sedap

Ada tak sape-sape yang minat makan spaghetti?? Hihi.. Eyla ni memang suka sangat buat benda ni sebab mudah nak buat pastu rasa spagetti pun memang sedap. Ni resepi Eyla buat sendiri taw sebab minat sangat makan benda ni. nak-nak kalau time bufday @ hari raya Eyla suka buat Spagetti. kalau tak silap Eyla lah kan, spagetti ni orang panggil, SPAGHETTI BOLOGNESE. 

Bahan-bahan

1. Spaghetti
2. Bebola daging
3. 2 ulas bawang putih
4. 1 Bungkus daging cincang
5. Sos Tomato Puree (Eyla masuk sikit jer)
6. Sos Tomato 1 botol (tak kisah guna jenama apa pun)
7. Sos Prego 
8. Sos Cili  setengah botol (tak kisah guna jenama apa pun)
9. Minyak olive oil (minyak masak pon boleh)
10. Carrot (hiris empat segi kecil-kecil) 
11, Hotdog (dihiris kecil-kecil)

Cara Membuat :
1. Panaskan minyak, masukkan bawang putih biar naik bau, lepas tu masukkan semua jenis sos kat dalam minyak yang telah panas. 
2. Lepas masukkan semua sos tu, korang masukkan air seberapa banyak yang mungkin. Eyla main agak-agak jer, Janji jangan cair sangat. kalau terlebih cair korang ambik sedikit tepung jagung untuk kasi pekat sikit. 
3. Lepas tu, masukkan daging cincang dan kacau. Lepas kacau, korang masukkan carrot yang dihiris empat segi tu. akhir sekali masukkan hotdog. Agak-agak nak masak korang letaklah kuah tu kat tepi. Carrot tu jangan masak sangat nanti tak sedap. 
4. Tuangkan kuah tadi kat spaghetti lepas tu nak nampak berselera lagi, korang masukkan bebola daging yang direbus. Eyla tak masukkan pun lupa nak beli. Hihi

resepi spaghetti

resepi kuah resepi yang mudah
Ni lah rupa Kuah Spaghetti Eyla yang dah siap. Selamat Mencuba





Tips Berkesan Untuk Mencantikkan Kulit

Apa kata kita amalkan sama-sama. InsyaAllah dengan izin Allah muka kita semua cantik dan berseri secara semula jadi. Tak payah dah nak beli produk mahal-mahal atau minum kologen berkotak-kotak nak cantik. Hihi..

1. Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Paling penting jangan tinggal solat. Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.

2. Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.

Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam terlebih dahulu.

Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10 saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.

Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

3. Mengurut wajah dari bawah dengan selawat

Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.   Amalkan setiap hari.

Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

Zikir  di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran  dan dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
Baca ” Ya Nur ” (1x)
Baca ” Ya Hadi ” (1x)
Baca ” Ya Allah ” (3x)

4. Baca surah Al-Waqiah

Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.

Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

5. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh

Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.

6. Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”

Doa lain yang boleh diamalkan juga adalah:

surah mencantikkan muka

Sunday, 6 September 2015

Petua Hilangkan Senggugut dengan Berkesan

Hari ni, mood tak berapa nak elok gara-gara senggugut menyerang! Aduhh, sakitnya memang tak boleh nak cakap kat orang. Eyla ni jarang sangat nak kena senggugut time period yang teruk tapi entahlah hari ni period datang time kerja so semua aktiviti tergendala. Urmm

Senggugut ni, memang masalah biasa bagi orang perempuan tapi kita kena ingat kalau masalah ni berterusan orang cakap elok jumpa doktor bukan apa, untuk mengelakkan masalah/penyakit lain yang datang. Ramai orang cakap period yang teruk boleh menyebabkan seseorang wanita itu sukar untuk hamil betul ke? Eyla sendiri tak tahu sangat  sebab belum kahwin lagi. Hihi

Sambung balik pasal period tadi tu, walaupun  sakit senggugut tu teruk sangat tapi Eyla tak ambik ubat tahan sakit sebab mama Eyla cakap tak elok.  Jadi, Eyla sapukan jer ubat panas kat perut tapi tak jugak hilang sakitnya tu, lepas tu try lah cari En.Google cara nak hilangkan senggugut. Alhamdulillah senggugut pun dah tak sakit mane. Caranya Eyla ambil bekas yang ada penutup lepas tu isi dengan air panas dan balut dengan kain. Letakkan bekas yang telah diisi dan balut tadi kat tempat perut yang sakit tadi. Insyaallah senggugut tu akan hilang. Sape-sape yang ada masalah yang sama dengan Eyla TRY lah buat memang berkesan dan rasa sakit tu berkurangan.

petua hilangkan senggugut dengan berkesan

Wednesday, 2 September 2015

Resepi Tomyam Thai

Kalau pergi makan mana-mana kedai kan, pertama Eyla akan cari TOMYAM. Hihi. Eyla ni sebenarnya peminat tomyam, tak tahu kenapa suka sangat makan tomyam, nak-nak kalau kuah tomyam tu pedas dan pekat memang sangguplah hirup kuah. Sampai kan my family dah tahu Eyla ni hantu tomyam. haha.

Kalau kat Bangi, ada satu kedai owner dia org kelantan dan tukang masak diorang orang siam so masakan tomyam dia memang TERBAIK lah!! puass hati sangat-sangat, orang kata apa tu secukup rasa pedas, manis, masin, masam ada semua rasa dan paling penting kena dengan selera tekak Eyla. Kalau pergi kat dia wajib order tomyam campur! Rinsulah pulak nak makan tomyam kat Bangi ni, tapi apa boleh buat jauh sangat nak pergi. Dulu takpelah kan sebab study kat area sana pun.

Bahan-Bahan:

1 paket perencah tomyam
4 biji tomato
5-6 biji cili padi – ikut selera masing2
3 batang serai – diketuk
4 helai daun limau purut
1 batang lobak merah, sedikit cendawan
2 ulas bawang merah
2 biji bawang besar
1 cm lengkuas
lauk – ayam/sotong/daging/ketam/udang
2 sudu besar sos tiram – optional
2 sudu besar sos cili dan sos tomato

Cara Memasak:

1. Kisar (2 ulas bawang merah + 1 batang serai + 1 1/2 biji tomato + 3 biji cili padi).

2. Massukkan bahan kisar tadi dalam kuali dan 1 paket perencah tomyam. Tumiskan dan masukkan air secukupnya.

3. Masukkan pula lobak merah.

4. Setelah lobak merah empuk masukkan lebihan cili padi, serai yang telah diketuk, lengkuas yang dihiris, bawang besar, gula, garam. Kalau nak lagi sedap boleh tambah 2 sudu sos tiram, 2 sudu sos cili dan 2 sudu besar sos tomato.

5. Bila dah mendidih boleh masukkan isi ayam, udang, sotong dan sebagainya.

6. Kemudian masukkan tomato,cendawan dan daun limau purut.

7. Siap untuk dihidang.

Resepi Sizzling Yee Mee Yang Sedap

Mulut ni terliur la pulak nak makan sizzling yee mee panas-panas. Hehe. Ingatkan nak buat sizzling yee mee  ni susah tapi rupanya tidak. Pengalaman pertama Eyla buat sendiri sizzling yee mee memang sedap sangat! sory ya, gambar lupa nak snap. hehe. Tapi kalau makan kat kedai tak semua kedai yang ada sizzling ni sedap. Haritu Eyla ada makan sizzling kat satu kedai famous kat Kelantan memang tak sedap langsung! naik loya tekak dibuatnya. Jadi, kalau korang nak rasa resepi buatan sendiri cubalah resepi yang Eyla bagi ni. Harap dapat membantu.

Sizzling Yee Mee
Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Resepi sizzling yee sedap
Ni rupa sizzling kat kedai yang Eyla makan. tak sedap langsung! Ermmm

Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan.  Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee. Ulang langkah 8 untuk hidangan yee mee yang lain.

** Kalau guna plate sizzling, kena faham bahawa plate tu dibuat drp besi... Jadi kalau dibiarkan basah atau lembab akan menyebabkan plate berkarat. Kalau dah berkarat tu, jgnlah dibuang, tapi cuci bersih2 sehingga hilang semua karatnya...

Cara nak mengelakkan plate besi tu dari berkarat ialah, selepas digunakan terus dibasuh dan terus panaskan di atas api hingga plate benar-benar kering dan sejukkan. Barulah disimpan di tempat yg kering.

Tuesday, 1 September 2015

Resepi Daging Masak Kicap

Beberapa minggu lagi kita akan menyambut hari raya haji @ hari raya qurban bukan. Sebelum ni Eyla ada tulis artikel mengenai Persiapan Sebelum Perkahwinan my sis yang akan berlangsung tidak lama pada raya haji ketiga ini. Orang lain yang nak kahwin kita pulak yang terlebih excited! Hehe.. Al maklumlah, kakak sulung yang nak kahwin kan paham-paham je lah. Hik3

Raya haji ni, nampaknya kita semua akan dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan daging. Sebenarnya Eyla ni adalah peminat daging! Hehe tapi hairannya makan daging banyak pun badan tak jugak besar, ni yang suka. Ahakz! Dalam kepala ni nanti raya haji ni nak buat daging masak kicap sendiri la konon-kononnya. hihi. Tapi tak tahulah cmne rupa daging masak kicap Eyla tu nanti. Nanti Eyla akan update tau kalau sempat buat ! Sambil tu siapa nak try buat boleh la cuba resepi kat bawah ni. Harap dapat membantu. 

Bahan-bahanye ( ikut keperluan isi rumah)

400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1/2 biji bawang besar
2 inci halia
1 biji bawang putih
2 sudu besar lada kisar ( ni kalau nak ganti dengan hirisan cili padi pun boleh)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1/2 cawan air
sedikit minyak untuk menumis
1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Resepi Daging Masak Kicap
Inilah rupa daging masak kicap. Gambar En. Google. Hehe

Caranya
1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur, ( kalau nak hiris nipis pun boleh) panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang, kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukka daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan. Selamat Mencuba.

( kalau nak rebus daging sampai empuk pun boleh, bila masak tu boleh kurangkan kuantiti airnya)

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST