Sunday, 13 September 2015

Tips dan Cara Mengatasi Senggugut Ketika Period

Cakap pasal senggugut ni, hal ni adalah perkara normal bagi seorang wanita yang datang period setiap bulan. Ada sesetengah wanita tu, dia tidak akan rasa sakit ketika datang period dan ada sesetengah wanita tu akan rasa sakit di perut (senggugut) yang biasanya terjadi pada hari pertama hingga ketiga, bergantung pada hormon individu. Macam Eyla, jarang sangat nak kena senggugut ni tapi ada jugaklah kena senggugut. Sakit tu memang tak boleh cakap kat orang la!

7 Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah senggugut yang sentiasa membelenggui wanita :

1) Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Ini kerana kalsium berkeupayaan untuk memberikan ketenangan sekaligus menghindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang berkalsium tinggi termasuklah kekacang, tempe dan susu. 

2) Cara yang kedua adalah anda perlu mengambil sumber vitamin C dalam dos yang tinggi. Banyak buah-buahan contohnya seperti limau yang diperkaya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurang 7 biji limau untuk mendapatkan nilai Vitamin C yang mencukupi. 

3) Ambillah makanan tambahan (supplemen) yang kaya dengan vitamin B6 dan Vitamin E untuk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika datang bulan. Memang tak dapat dibayangkan betapa sakitnya bila perut menegang akibat senggugut. Pengambilan vitamin B6 dan Vitamin E dapat mencegah ketegangan perut. 

4) Semasa tempoh ‘period pain’ ini, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengurangkan jumlah pengambilan garam. Kawalan terhadap pengambilan garam akan berupaya mengurangkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan kita. 

5)Ada yang mencadangkan agar makan coklat untuk mengurangkan stress. Namun, hakikatnya jika kita diserang angin senggugut yang kronik kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkafein, bercoklat dan bertepung. Kurang pengambilan kopi, teh mahu pun coklat dalam tempoh ini. 

6) Ambillah makanan yang kaya dengan serat. Apa makanan yang kaya dengan serat itu? Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayuran dan buah-buahan. Lengkapkan dengan pengambilan 8 gelas air sehari bagi penyerapan maksimum. Ini dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain ketika period. 

7) Buat mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah, saranan terbaik adalah untuk mengambil makanan tambahan atau supplemen yang kaya dan tinggi dengan zat besi. 



Tips dan Cara Mengatasi Senggugut Ketika Period

Punca Lelaki Curang Isteri Perlu Tahu!


Pernah tak anda dicurangi oleh seorang lelaki yang anda sangat cintai dan sayangi? Mesti hati ni rasa sakit, hancur, kecewa, sedih dan macam-macam lagi perasaan yang ada tak dapat digambarkan. Isteri atau wanita perlu tahu, kenapa perkara tersebut boleh terjadi dalam sesuatu hubungan yang terjalin.  

Lelaki selalunya akan memberikan pelbagai alasan untuk menutupi kesalahan yang mereka lakukan. Perbuatan lelaki seperti ini adalah sangat zalim buat seorang isteri. Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya, kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’ dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami. Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.

Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.

Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala.

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.

Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian iman di jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

lelaki curang

Cara Berkesan Untuk Kurus Dengan Diet Atkins

Pernah tak korang dengar mengenai DIET ATKINS ni? Diet Atkins Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda

Induction (fasa 1) 
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
-Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
-Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
-Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
-Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
-Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
-Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
-Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
-Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
-Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
-Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
-Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
-Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
-Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
-Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:
-Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
-Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
-Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
-Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
-Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
-Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
-Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
-Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
-Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
-Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
-Minyak masak, olive oil & sebagainya.
-Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction:
-Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
-Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). 
-Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. 
-Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
-Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
-Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
-Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. -Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
-Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
-Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
-Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
-Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
-Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

diet atkins

Thursday, 10 September 2015

REVIEW : Produk Penjagaan Rambut Shayla

Cakap pasal rambut gugur ni rasa trauma lah pulak kan. Tapi inilah realiti masalah wanita bertudung mahupun tidak bertudung pada masa kini. Kat pasaran terlalu banyak produk penjagaan rambut yang dijual hinggakan kita semua ingin mencuba semuanya konon-kononnya nak hilangkan masalah rambut kan. 

Sebelum ni Eyla ada cerita mengenai Punca Masalah Rambut Gugur yang seringkali berlaku kepada wanita terutamanya. Bagi Eyla, pemilihan produk penjagaan rambut juga sangat penting untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. Rambut yang kerap gugur biasanya terjadi kepada wanita yang memiliki rambut yang panjang. Sebab tu, kalau wanita tu rambut panjang memang kena jaga elok-eloklah kan. Eyla pun rambut panjang jugak sebab tu rambut mudah gugur. Sebabkan rambut gugur ni Eyla terpaksa pendekkan rambut. Tapi rupanya tak juga jadi, dan sekarang Eyla dah tahu apa puncanya berlakunya rambut gugur, puncanya sebab penggunaan SYAMPU! Salah pilih syampu pun punca keguguran rambut jugak tau!

Alhamdulillah sejak menggunakan produk penjagaan rambut Syampu Shayla rambut gugur dah makin kurang. Memang seronok sangat! Dah tak perlu nak stress lagi fikir nak pakai produk penjagaan rambut apa lepas ni. Hihi

Eyla memilih syampu Shayla untuk rambut gugur sebab rasa tertarik dengan kebaikan Habbatus Sauda yang Eyla rasa tak ada pada produk syampu yang lain. So, bagi korang yang mengalami masalah yang sama seperti eyla apa kata korang cuba dahulu salah satu dari produk syampu keluaran Safi mana tau dapat menyelesai masalah rambut anda kan. Hikhik

syampu shayla
syampu shayla untuk rambut gugur
inilah syampu Shayla yang Eyla pakai untuk rambut gugur


Cara Menangani Stress Dalam Hidup

Tekanan atau stress memang terjadi dalam kalangan manusia. Palbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan seperti masalah percintaan, keluarga, rakan-rakan, kerja dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang gembira, anda haruslah bijak mengatasi perasaan tersebut.

Seperti anda, Eyla pun pernah mengalami masalah stress atau tekanan yang menyebabkan banyak perkara dalam aktiviti seharian terganggu. Sebenarnya stress ni, adalah perkara yang normal dialami oleh sesiapa sahaja. Semua orang pernah menghadapi stress dan orang yang bijak akan cuba mengatasi stress atau tekanan dengan melakukan beberapa perkara berikut :

Jangan tinggal solat

Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

Positif 

Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

Kawal emosi

Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.

Ambil masa anda 

Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda 

Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan.


Wednesday, 9 September 2015

Tempat Membeli Belah Murah Di Kuala Lumpur

Membeli belah merupakan satu perkara yang digemari oleh masyarakat tambah-tambah bila dapat gaji kan. hihi. Mungkin ramai yang ingin membeli belah tetapi masih lagi tercari-cari dimana lokasi yang menjual barang dengan harga yang murah dan berpatutan terutamanya mereka yang dari luar negeri Kuala Lumpur.

Barang-barang yang dijual disana sangatlah berpatutan dan murah dari tempat lain nak-nak kalau ambil secara borong memang berbaloi sangat! Antara tempat-tempat yang menarik untuk membeli belah di kuala Lumpur adalah seperti berikut :

1) Jalan TAR
Jalan TAR atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, memerlukan 10 minit perjalanan untuk berjalan kaki atau anda boleh menaiki tren ke Masjid Jamek. Salah satu tempat pembelian yang paling mendapat tempat, walaupun kebanyakan peniaga hanya berniaga di kaki jalan, tetapi ramai yang sanggup berpanas terik untuk membeli belah disana, kerana disana bukan sahaja murah, malahan peniaga juga ramah dan kamu dibenarkan mencuba pakaian sebelum  dibeli. Terdapat juga kedai-kedai yang berhawa dingin, tetapi barangan tetap dijual dengan harga yang murah. Disana juga terdapat pemborong-pemborong pakaian, tetapi untuk membeli dengan harga borong, kamu mesti membeli barangan yang sama sekurang-kurang 10 helai.

tempat membeli belah jalan tar

2) Kenanga Wholesale City
Sesuai buat kamu yang ingin membeli dengan harga borong. Mungkin kamu boleh cuba untuk membeli belah bersama kawan-kawan sambil berkongsi, selalunya penjual disana memberi harga borong untuk pembelian 6 helai dan keatas. Tidak semua kedai membenarkan kamu mencuba pakaian.
tempat membeli belah di Kenanga Wholesale City

3. Sungei Wang
Sama juga seperti di Times Square, buat kamu tidak berpuas membeli belah di Times Square boleh lah pula berjalan kaki keluar dari Times Square, berjalan dalam 10 minit untuk ke Sungei Wang Plaza. Konsep yang sama seperti Times Square, pakaian dan aksesori dijual dengan harga yang murah, tetapi tidak semua kedai membenarkan pelanggan untuk mencuba pakaian sebelum dibeli, baik di Sungei Wang dan Times Square.

tempat membeli belah di sungei wang

4)Berjaya Times Square
Tempat sebegini selalunya dipenuhi oleh golongan pelajar. Tapi tak salahkan, walaupun kamu sudah berkerja dan bergaji besar membeli belah disini. Baju-baju disini kebanyakannya cantik-cantik dan menarik, harga boleh didapati serendah RM10 (mungkin ada kedai yang lagi murah RM5), RM19, RM25 dan RM30 (paling mahal bagi barangan yang tiada jenama).Salah satu daya tarika di Times Square adalah Taman Tema Permainannya. Pusat Membeli belah ini terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
tempat membeli belah di Berjaya Times Square

5) Sogo
Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Barangan berjenama boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Jika dilihat dari segi barangan berjenama yang boleh dimiliki dengan harga mampu milik,  memang sangat berbaloi membeli belah disini. Tempat berhawa dingin dan selesa.

tempat membeli belah Sogo

Tips Penting

Secara kasarnya, barangan yang tanda harga tidak boleh ditawar-menawar terutama sekali di pasar raya dan pusat-pusat beli-belah. Tetapi jika anda membeli di gerai tepi jalan atau pasar malam, gunakanlah kepandaian tawar-menawar anda untuk mendapatkan harga yang bagus.

Wang tunai diterima di pasar malam sementara kad kredit boleh digunakan di kebanyakan kedai di pusat dan kompleks membeli-belah.

Banyak pusat membeli-belah di Malaysia yang dibuka sehingga lewat malam (lebih kurang jam 10) menjanjikan masa yang banyak untuk anda membeli-belah.




Masalah Sukar Tidur Malam

Siapa yang sukar tidur malam memang elok baca apa yang Eyla tulis ni, sebab kadangkala pun Eyla juga sukar nak lelapkan mata pada waktu malam. Selama ni kita ambil mudah je kan tentang masalah ni jadi, tak rugi kalau kita cuba google untuk mengetahui punca sebenar masalah yang kita semua hadapi ni. 

Ramai yang percaya, apabila usia semakin meningkat, keperluan untuk tidur semakin berkurangan. Sebetulnya, bukan usia yang menentukan sama ada seseorang itu perlu mengurangkan atau melebihkan masa tidur. Tetapi, kemampuan untuk tidur dalam tempoh jangka masa yang panjang menurun apabila usia meningkat.

Tanpa kita sedari, secara puratanya hampir satu per tiga daripada hidup kita dihabiskan untuk tidur.

Ini kerana tidur yang `sihat' dan `berkualiti' penting untuk tubuh, terutama otak serta lain-lain organ untuk berfungsi secara optimum.

Kajian saintifik oleh sepasukan penyelidik Jerman juga menyokong, tindak balas sistem pertahanan menjadi lebih kuat pada vaksin kepada mereka yang mempunyai tidur malam yang berkualiti.

Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat tidur yang mencukupi biasanya akan kelihatan tidak bermaya keesokan harinya.

Malah, jika dibiarkan berlanjutan, individu terbabit akan menjadi kurang bertenaga, mood tidak stabil, kurang motivasi dan daya tumpuan serta keletihan. Justeru, jangan ambil mudah jika tidur anda pada waktu malam terganggu.

``Jika dalam tempoh seminggu tidur anda terganggu dan ia bukan berpunca daripada faktor-faktor seperti tertekan, masa tidur yang tidak menentu atau tabiat suka minum minuman yang mengandungi caffein seperti kopi atau teh selepas pukul 4 petang.

``Atau keadaan tempat tidur, tabiat merokok, minum caffein, persekitaran di luar rumah atau jadual kerja yang sering berubah-ubah, maka anda perlu berjumpa doktor,'' kata Profesor dan Pakar Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Menurut beliau, seseorang yang menghadapi masalah untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti pada waktu malam dikategorikan sebagai mereka yang menghidap insomnia.

Insomnia, membabitkan beberapa ciri berikut seperti:

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur (fragmented sleep)

Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka.

``Masalah kewangan atau pelajar yang akan menduduki peperiksaan biasanya berdepan dengan insomnia jenis ini,'' ujarnya.

Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi mengganggu rutin harian individu terbabit.

``Sekiranya insomnia tersebut menyebabkan fungsi harian individu terbabit terganggu sehingga dia tidak boleh bekerja, sebaiknya berjumpa doktor untuk mengetahui puncanya

``Rata-rata, mereka hanya datang berjumpa doktor setelah sebulan berdepan dengan masalah ini atau insomnia yang dihidapi telah serius,'' kata beliau.

Tidur, sebetulnya merupakan satu proses yang kompleks. Mengikut kajian sains, banyak bahagian otak yang mengawal dan mempengaruhi tidur pada tahap yang berbeza-beza.

Tidur yang normal akan melalui beberapa fasa. Fasa ini terbahagi kepada:

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata tidak laju (Non Rapid Eye Movement - NREM Sleep)

Fasa ini akan berlaku dalam tempoh satu jam pertama tidur. Ia membabitkan:

a. Tahap I - Rasa mengantuk

b. Tahap II - Tidur-tidur ayam

c. Tahap III dan IV - Tidur mati.

Seperti gear kereta, tahap ini boleh berubah-ubah dengan bermula dari tahap I ke tahap II atau sebaliknya mengikut urutan.

* Tidur yang membabitkan pergerakan mata laju (Rapid Eye Movement - REM)

Fasa ini berlaku dalam tempoh dua jam pertama selepas tidur. Pada fasa ini individu terbabit akan bermimpi, pergerakan mata menjadi laju, berdengkur lebih kuat dan otot-otot kerongkong menjadi kendur.

Peringkat tidur ini dibahagikan kepada beberapa tahap melalui rakaman gelombang otak (EEG) dengan persetujuan antarabangsa.

Rakaman ini bagaimanapun, memerlukan jangka masa yang panjang.

Menurut Prof. Raymond, setiap individu mempunyai keperluan tidur yang berbeza-beza. Justeru, sebetulnya, tiada satu tempoh piawaian berapa lama seseorang perlu tidur.

``Secara puratanya, sebahagian besar individu memerlukan antara tujuh hingga lapan jam waktu tidur yang berkualiti sehari.

``Ada sesetengah yang lain masih dapat `berfungsi' dengan baik keesokan harinya sekalipun hanya tidur antara empat hingga lima jam saja,'' jelasnya.

Apa yang penting, kunci tidur yang sihat bukan bergantung kepada tempoh masanya, tetapi pola tidur yang tetap. Beliau menegaskan, penggunaan pil tidur seharusnya dielakkan kerana selain menyebabkan ketagihan, ia juga menyukarkan proses mencari punca seseorang sukar tidur.

Selain itu, penggunaan jangka masa panjang atau dos yang berlebihan selama sebulan boleh mengakibatkan kematian. Malah, ada yang menyalahgunakan pil tidur untuk membunuh diri.

Bagaimanapun, pil tidur hanya akan diberikan dalam jangka masa yang singkat dan mereka yang benar-benar memerlukan.

``Sebagai contoh, kemungkinan individu terbabit perlu menghadiri sesi ditemu ramah keesokan harinya yang memerlukan dia tidur secukupnya,'' ujarnya.

Apa itu insomnia?

Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang terjejas atau menghadapi masalah tidur.

Tahap insomnia

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah, mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau bukan psikiatri.

A. Psikiatri

* Masalah kemurungan, skizofrenia

B. Bukan psikiatri

* Ubat-ubatan untuk hipertensi, kolesterol, sakit kepala

* Sindrom Pernafasan Terhenti (Sleep Apnea)

* Epilepsi

* Penyakit kegagalan buah pinggang berfungsi, paru-paru, hati

* Pola tidur yang terbalik, tidur siang berjaga malam

* Penyakit Parkinson

* Penyakit Fatal Familial Insomnia (FFI) iaitu

sejenis penyakit genetik tetapi jarang berlaku

* Rest leg syndrome

* Pedih hulu hati

* High altitude insomnia

* Angin ahmar

* Penyakit Alzheimer

* Ketumbuhan otak

* Migrain

Tempoh dan kekerapan berlakunya insomnia juga pelbagai. Insomnia juga terbahagi kepada:

* Insomnia akut

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

masalah sukar tidur malam

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST