Sejak dua menjak ni Eyla busy sangat dengan urusan kakak yang akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi segala urusan dia banyak serahkan kat Eyla sebab dia kerja kat KL. Sekarang, baru Eyla tahu sebenarnya nak kahwin ni banyak persediaan yang harus dilakukan. Sambil-sambil tu boleh jugak la Eyla tahu serba serbi sebelum nak kahwin nanti, Hehe
Kesian jugak kat Kakak sebab dia buat persiapan kahwin 1 bulan lebih je, jadi kalut la sikit kan. Nak-nak majlis dia raya haji ketiga ni nanti jadi, kebanyakkan bridal, jurufoto kebanyakkannya penuh. Sampai satu tahap tu Eyla jadi kesian kat dia sebab stress sedangkan majlis ni dah tak lama.
Tapi Alhamdulillah, Eyla cuba bantu Kakak untuk cari apa yang patut dan akhirnya segala persiapan dah hampir 90% siap. Jadi kepada semua bakal pengantin yang berniat untuk berkahwin better korang buat persiapan awal-awal nanti korang tak sakit kepala.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Kahwin
1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.
2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.
4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.
5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.
6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.
7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.
8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?
9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.
10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.
11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.
12. Tempah pelamin idaman anda.
13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.
14. Pilih busana pengantin.
15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.
16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempak servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.
18. Tempah atau cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari lokasi majlis.
No comments:
Post a Comment