Rambut merupakan salah satu mahkota wanita yang harus dijaga dengan bersih dan kemas. Bercakap mengenai rambut ni, Eyla percaya, salah satu masalah wanita diluar sana adalah masalah rambut gugur. Mungkin setengah wanita fikir masalah rambut gugur adalah masalah NORMAL tapi harus diingat, jika tidak dicegah dari awal akan memberi kesan buruk kepada diri anda.
Sejak akhir-akhir ni, Eyla sendiri mengalami masalah rambut gugur. Nak kata teruk tu tak adalah sangat tapi kalau sikat rambut tu adalah rambut melekat kat sikat tu. Eyla fikir mungkin masalah rambut ni berpunca dari rambut Eyla yang panjang so, pergilah kat salon rambut untuk gunting rambut yang panjang ni. Eyla sayang sangat kat rambut ni sebab dah lama simpan, tapi nak buat macam mana kan. Urmm
Ingatkan bila dah gunting rambut pendek-pendek, masalah rambut gugur hilang rupa TIDAK! Jadi peliklah jugak kan. Tapi sekarang Eyla dah tahu kenapa rambut Eyla mudah sangat gugur rupa-rupa sebab SYAMPU! Jangan ingat semua produk syampu rambut ni sesuai dengan kita. Sebelum ni Eyla pakai syampu rambut PANTENE tapi tangan ni gatal sangat nak pakai syampu SUNSILK yang warna hijau tu! Sejak pakai syampu ni, Eyla perasan rambut makin lama makin gugur. Now, dah STOP guna syampu tu!
PUNCA-PUNCA LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap
Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...
TOPS POST
-
Sebut je pasal kek coklat mulut ni dah berair nak makan benda ni. Kalau nak harap buat sendiri, memang tak lah sebab malas. Hehe. Tapi masa...
-
Ada tak sape-sape yang minat makan spaghetti?? Hihi.. Eyla ni memang suka sangat buat benda ni sebab mudah nak buat pastu rasa spagetti pun...
-
Hujan-hujan macam ni kalau duk kl ni best dapat makan otak-otak johor yang panas-panas. Hihi. Dulu masa study kat UKM ni Eyla memang suka sa...
-
Membeli belah merupakan satu perkara yang digemari oleh masyarakat tambah-tambah bila dapat gaji kan. hihi. Mungkin ramai yang ingin membel...
-
Berita baik untuk semua terutamanya mereka yang masih menganggur, Pos ArRahnu telah membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk m...
-
Sebut je pasal bercuti ni baru-baru ni, Eyla ada pergi bercuti tapi kat Malaysia je la kan. Kiki.. Sape-sape suka pergi ke Pulau Perhentian...
-
Sejak seminggu lalu, Eyla kerap sakit kat gigi sampaikan nak makan pun tak lalu sebab sakit sangat. Patutlah ramai yang cakap sakit gigi ni...
-
Apa kata kita amalkan sama-sama. InsyaAllah dengan izin Allah muka kita semua cantik dan berseri secara semula jadi. Tak payah dah nak beli...
-
Rasa mesti ramai yang tak sabar nak tahu keputusan Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) bagi Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Po...
-
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah akhirnya hajat nak pergi ke Pulau Perhentian tercapai jugak setelah 2 minggu tertangguh atas sebab-se...
No comments:
Post a Comment