Kejayaan tidak akan mudah datang kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ramai yang nak berjaya tapi tak semua yang berjaya. Bila kita tengok orang lain hidup mewah, pakai kereta besar, rumah besar dan ada aset banyak membuatkan kita cemburu untuk menjadi seperti mereka. Bagi Eyla nak cemburu dengan kejayaan mereka tidak salah dan memang bagus tetapi janganlah cemburu dengan kejayaan seseorang sehingga sanggup menjatuhkannya.
Kita kena ingat mereka nak sampai ke tahap yang diidamkan bukanlah sesuatu yang mudah! Sebelum berjaya mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang penuh berliku-liku sehinggakan ada satu masanya kita sendiri rasa PUTUS ASA! Tapi kalau kita boleh lawan putus asa tu tak mustahil kejayaan yang kita dapat selepas itu makin mencurah-curah. Tiada seorang berjaya tidak pernah mengalami KEGAGALAN. Percayalah.
Bila kita ada ilmu dan pengalaman ini adalah sesuatu yang harus kita gunakan pada masa hadapan. Melalui pengalaman inilah kita tidak akan lagi membuat silap dalam mencapai sesuatu. Contohnya kalau kita seorang pengusaha produk kecantikkan yang baru sahaja memulakan perniagaan untuk mengembangkan produk, apa yang perlu dilakukan adalah melalui kajian dan juga perlu ada sedikit modal untuk marketing. Sekarang ni zaman IT so semuanya dihujung jari sahaaja jadi kita haruslah merebut peluang keemasan ini. Jika nak berjaya ikuti tips kejayaan ini. Insyaallah dapat membantu anda.
1. Buat kerana minat yang amat mendalam!
Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!
Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.
Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.
2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!
Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.
Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’
Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.
Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.
3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!
prospek
Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.
Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.
4. Rancang dan atur perniagaan anda.
Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.
Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.
5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan
Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.
Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.
6. Tambahkan Jualan
tingkatkan jualan
Apabila kita di restoran burger francais, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, restoran tersebut mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan serata dunia!
Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.
7. Ulang, ulang dan ULANG!
Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.
Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.
Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.
8. Kurangkan kos perniagaan
Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.
Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!
Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!
No comments:
Post a Comment