Wednesday, 12 October 2016

Resepi Kek Coklat Lava Berhantu

Mulut ni terliur sangat nak makan kek coklat lava berhantu. Betul ke berhantu? Hahaha.. mane tak bkek coklat lava berhantu ni memang sedak sangat. Ramai orang duk jual kek ni sekarang makan xmuak orang kata. Hari tu Eyla ada order dengan sorang akak ni, memang sedap sangat kek coklat lava berhantu yang dia buat tu. 2 bekas kot sekali makan. Hari ni rasa nak makan sangat so, dalam kepala otak ni nak cuba buat sendiri dulu mane tahu kan sedap dari akak tu buat ke. Hehehe. Resepi kek coklat lava berhantu banyak dalam google tapi Eyla ada tertarik dengan satu resepi ni macam senang je nak buat.

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST 

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar

250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK

* KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA

Resepi Kek Coklat Lava Berhantu
Ni lah rupa Kek Coklat Lava Berhantu. 

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST