Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, 29 September 2016

Petua Hilangkan Resdung

Zaman sekarng ni, macam-macam ubat yang ada untuk hilangkan resdung. Sape yang ada masalah resdung eloklah amalkan kan petua kat bawah ni kalau tak nak makan ubat or buat rawatan. Eyla pun nak try buat jugak mane lah tahu kot-kot ada resdung ke sebab 2, 3 hari ni hidung rasa tak selesa je.

1. Sedut Wap Air Hangat

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.
  •   Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam. 
  •   Matikan api selepas air bergejolak.
  •   Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sembari rileks.
  •  Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas   hingga terkumpul.
  • Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
Sedut Wap Air Hangat

2. Memampatkan Muka Dengan Air Hangat
Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.
  •     Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
  •  Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  •  Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.
Memampatkan Muka Dengan Air Hangat

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut silian agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.

3. Lidah Buaya
Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

Lidah Buaya

4. Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.
  •   Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  •   Hiris halus-halus daun pandan.
  •  Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
  • Campurkan air perasan limau denga daun pandan.
  •  Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  •   Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  • Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
  •  Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
  • Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  •  Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  • Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

Limau Nipis dan Daun Pandan
Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun terkawal. Juga ada kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Bila tidak berani cuba petua ini, maka sila rujuk pakar terlebih dahulu.

5. Kunyit atau Halia

Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
Kunyit atau Halia

Bersegeralah untuk menemui doktor bila dalam satu minggu tidak ada perubahan pada tanda-tanda sinus yang Anda terima, bahkan bila bertambah teruk semakin hari. Dalam kes semacam ini, umumnya doktor akan menetapkan antibiotik dan steroid semburan atau titisan pada pesakit. Untuk kes resdung yang lebih teruk, ada kemungkinan pesakit dikehendaki menjalani pembedahan untuk meningkatkan fungsi sinus dan juga fungsi drainase-nya.

Sunday, 4 September 2016

Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

Masalah yang sering dihadapi oleh wanita setiap kali datang bulan @ period adalah SENGGUGUT. Tapi tak semua wanita yang mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Macam Eyla, kena juga senggugut tapi bukan kerap. Bagi wanita yang tak pernah mengalami senggugut anda memang beruntung kot! Sakit senggugut memang tak boleh nak cakap kat orang la sebaba  rasa sakitnya tu memang tak boleh tahan. Tapi yang pernah mengalami je tahu sakit tu macam mana. Serba sedikit Eyla nak share mengenai masalah senggugut dan petua untuk mengurangkan rasa sakit senggugut. Harap dapat membantu korang semua!

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut.

Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT :

1. Minum air suam dengan kerap

air suam


Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.

2. Elakkan minuman berkafein


minuman berkafein







Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

3. Tuam bahagian perut/abdomen

Tuam bahagian perut


Petua yang ketiga ni, Eyla suka buat sebab memang menjadi. kalau tak percaya cuba buat. Caranya, Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit.

4 Senaman ringan

senaman untuk period
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5 Minum air rebusan halia



Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut

Wednesday, 16 December 2015

Petua Hilangkan Batuk

Keadaan cuaca sekarang ni yang tak menentu kadangkala hujan dan panas memang senang nak dapat penyakit. Dah seminggu lebih Eyla dapat batuk tak jugak hilang even dah makan ubat dari farmasi. Kalau batuk tu boleh tahan lagi tapi yg tak boleh tahannya bila selsema pun datang sekali memang seksalah rasa! Even dah makan ubat but condition masih sama jugak maybe lepas ni Eyla kena pergi check kot kat klinik takut-takut dapat penyakit yang bukan-bukan pulak kan. 

Alang-alang buka internet ni, Eyla cuba-cubalah jugak cari petua untuk hilangkan batuk. Memang banyaklah petuanya dan yang mana satu berkesan entahlah sebab Eyla pun tak cuba lagi. Hajat nak cuba dulu lah mane tahu berkesankan so tak payah pergi jumpa doktor. hehe

PETUA 1:
HALIA + LEMON + MADU

Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 

1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.

2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:
LEMON + MADU

Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.

• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:
BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!

Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:
AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP! 
(TANPA GULA)

Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.

Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:
AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA) 

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

Petua lain yang diberikan rakan-rakan:
PETUA 6:
AIR KOLA

Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.

1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.

2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7:
LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.

KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK

HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan
halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu
menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.

petua hilangkan batuk

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST