Bila dengar jer nama ikan siakap stim halia mulut ni dah berair nak makan benda ni. Sebenarnya Eyla ni bukannya penggemar ikan tapi tak tahulah sejak kenal ikan siakap stim halia dekat bangi tu selera nak makan ikan siakap stim halia menjadi-jadi.
Kalau korang pernah pergi Bangi @ singgah kat Bangi apa kata korang singgah kat restoren ni. Nama restoren ni B.B.B Bangi, masakan dia memang tip top u all! Korang order lah apa-apa pun semua masakan dia sedap-sedap belaka. Nak-nak ikan siakap stim halia dia tu. Fuhh!! sedap dan pedas. Tapi kalau korang rasa nak buat sendiri apa kata cuba resepi ni. Harap membantu
Bahan-bahannya :
- 1 ekor ikan siakap / ikan bawal emas (yang telah siap dibuang perut dan dibersihkan comel-comel)
- 3 ikat serai *mayang halus-halus
- 2 biji cili merah besar (bagi yang suka pedas bolehlah gunakan cili padi tapi aku guna cili merah sebab anak-anak nak makan dan kalau boleh buang bijinya juga supaya tidak pedas) *mayang halus
- 3cm halia muda (nak guna halia tua pon boleh cuma halia muda ni lagi sedap rasanya kalau tergigit pon) *mayang halus
- 1 labu bawang putih *mayang halus
- 2-3 biji bawang merah *mayang halus
- 2 biji tomato (dibelah empat atau kalau nak hiris halus-halus pon boleh juga)
- 1 batang lobak merah (dipotong bulat-bulat)
- 3 labu bawang jeruk (dibelah dua)
- buah asam boi (tapi aku haritu memang tak ada jadinya aku gantikan dengan hirisan lemon)
- 2 sudu sos tiram
- garam, gula & lada sulah
Cara-cara untuk membuatnya pula :
Untuk masakan stim aku memang suka kalau ada banyak kuah, jadinya cara yang aku buat adalah gunakan kuali sahaja. Kalau dulu memang guna pengukus tetapi sekarang masak semua nak cepat sahaja terus gunakan kuali
1) Dalam kuali tu masukkan terus ikan dan segala bahan yang telah dihiris.
2) Masukkan air (agak-agaklah kan, jangan banyak sangat sebab nanti bukan stim namanya tapi dah jadi singgang)
3) Masukkan siap-siap perisa seperti sos tiram, garam, gula dan juga lada sulah (lada sulah ni sebenarnya pilihan tetapi entahlah sejak dua menjak ni suka pula kalau ada rasa lada sulah)
4) Buka api dan tutup kuali, bila nampak macam ikan di bahagian bawah dah masak, balikkan pula
5) Stim ni jangan lama sangat sebab dikhuatiri isi ikan akan hancur jadinya masak dalam 10-15 minit sahaja (atau bila dah tengok ikan dah masak)
6) Bila dah rasa cukup rasa masam, manis, masin dan pedas tu, bolehlah hidangkan.
Gambar dari En Google. Hehe |
No comments:
Post a Comment