Showing posts with label Makanan Popular Di Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Popular Di Kelantan. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

Mee Camboo Popular Di Kelantan

Sebut je pasal mee/maggi cambo buat mulut Eyla ni meleleh tau! Mee cambo atau mee jumbo ni dia tak sama dengan mee celup sebab rasanya pun dah lain sebab kedua-duanya ada rasa keistimewaannya tersendiri. Bagi penduduk Kelantan ni, kebanyakan mereka kenal mee camboo atau mee jumbo sebab benda ni popular kat negera seberang Thailand. Kebanyakan penjual mee camboo ni kat area Pasir Mas dan Rantau Panjang. 

Walaupun rupa mee camboo dengan bakso hampir sama tapi rasa memang berbeza sangat, jauh sedap mee camboo. Hehehe. Kalau tanya orang luar dari Kelantan biasanya mereka tak kenal mee camboo ni dan kat luar dari Kelantan juga memang susahlah nak jumpa benda ni. Biasanya hidangan mee camboo wajib letak bebola daging dan seafood baru rasa  MELETOP! 

Tangan ni teringin jugak nak buat mee camboo sendiri al maklumlah Eyla ni memang suka sangat makan benda yang berkuah ni nak-nak mee camboo. Tapi sampai sekarang nak dapat susah nak dapat resepi sebenar mee camboo ni. Kalau sape-sape ada mohon kongsi ya. Hihi. Biasa Eyla suka order bihun campur kueh tiaw caamboo. Kalau mee ni kurang sikit tak berapa minat. Kalau korang nak cuba mee camboo popular kat Kelantan ni, apa kata singgah kat restoren Jak Tomyam dekat dengan Kutan. Mee camboo dia memang TERBAIK lah sedap sangat-sangat. Kalau tak percaya try korang pergi gerenti tak menyesal punya! Excited sangat cakap benda ni sebab Eyla baru je lepas makan dengan kawan-kawan mee camboo ni. OK BYE. Hehehe

MEE CAMBOO POPULAR KELANTAN
Inilah rupa mee camboo yang Eyla makan tapi bezanya tak ada seafood kat kedai ni tapi rasanya still TERBAIK!!


Wednesday, 26 August 2015

Makanan Popular Di Kelantan

Bercakap pasal makanan ni, Eyla memang suka sangat sebab Eyla ni pun kaki makan orangnya. Hehe. Setiap negeri mesti ada makanan popular mereka yang tersendiri bukan? Macam di Kelantan ni banyak makanan popular yang korang boleh cuba. Bagi mereka yang nak datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang bolehlah cuba sendiri makanan popular kat sana.

1. Kuih Akok
Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

kuih akok

2. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.

kuih lompat tikam

3. Kuih Tahi Itik
Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
kuih tahi itik

4. Kuih Jala Mas
Kuih Jala Mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Ia disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
kuih jala mas

5. Kuih Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti Kuih Lompat Tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

kuih lompat tikam

6. Ayam Percik Kelantan
Ayam Percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik Kelantan begitu unik dan digemari ramai.

resepi ayam percik

7. Nasi Tumpang
Nasi Tumpang istimewa dari Kelantan ini merupakan gabungan nasi bersama lauk yang diletakkan di dalam daun pisang dan digulung menjadi bentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselang-seli dengan pelbagai jenis lauk.

Nasi Tumpang

8. Laksam Kelantan
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Kelantan. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak sekiranya digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
Laksam Kelantan

9. Budu
Budu adalah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

budu

10. Nasi Kak Wok
Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan panas-panas pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok ini sangat popular di kawasan Kota Bharu dan kini, boleh juga didapati di kawasan Lembah Klang.

Nasi Kak Wok

11 Kuih Badak Berendam
Kuih Badak Berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur. Kuih ini terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama kuah santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.

Kuih Badak Berendam

13. Kuih Asam Gumpal
Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. Sagu biji yang telah direbus dengan air, dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu, sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya, kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan rasa.

Kuih Asam Gumpal

14. Pulut Bakar
Pulut Bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di negeri lain.

pulut bakar

15. Ketupat Sotong
Ketupat Sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada hari raya, tetapi Ketupat Sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.

ketupat sotong

16. Etak
Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi, yang menariknya adalah ia hanya popular di negeri Kelantan.

Etak

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST