Showing posts with label Resepi Masakan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Resepi Masakan Kelantan. Show all posts

Sunday, 8 November 2015

Putu Halba Popular di Musim Tengkujuh!

Hujan-hujan macam ni memang seronoklah kan kalau dapat makan Putu Halba panas-panas. Putu Halba ni kuih tradisi orang Kelantan jadi, kalau musim hujan atau tengkujuh nak cari benda ni kat tepi jalan senang je. Putu Halba bukan ‘mesti’ dibuat pada musim tengkujuh sebaliknya bila-bila masa pun sedap dimakan. Namun, seperti satu budaya, ia hanya ditemui pada musim banjir. Harga untuk Putu Halba ni biasanya peniaga jual RM2.00 untuk 4 biji.

Alang-alang bercerita pasal Putu Halba ni, seronok jugakkan kalau dapat buat sendiri kat rumah lagi jimat orang kata. Hehe. Rupanya nak buat benda ni tak adalah susah sangat pun sebab bahannya berasaskan kepada ubi kayu. 

Bahan asasnya ialah ubi kayu.
- Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak mana hendak hasilkan putu halba.
- Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya hendaklah diparut atau dimesin.
- Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah diperah agar kering (lembab yang gebu)
- (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau tepung ubi kayu dijual di pasaran)
- Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba secukup rasa.  Ada juga yang memasukkan sedikit garam.

Peralatan memasak.  Bab ni memang sedikit rumit kerana kebanyakan orang tidak memiliki.  Ia lebih kepada kreativiti untuk menggunakan kelengkapan yang ada. Namun, bagi mereka yang melakukan untuk berniaga, ada peralatan khas terdapat di pasaran.

Untuk yang ingin mencuba di rumah, boleh menggunakan periuk biasa dan jaring atau kukusan untuk diganti sebagai penutup.
putu halba
Inilah rupa Putu Halba kalau sape-sape yang tak pernah makan. Hehe

Untuk memasak
- Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil (acuan)
- Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada yang guna acuan kuih dan gelas.  Inilah dikatakan kreativiti. 
-.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah dipotong kecil.  Boleh juga gunakan guna. 
- Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
- Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring ubi.  Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil.  
- Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain. 
- Angkat dan isikan ke dalam pengukus. 
(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau di atas pengukus. 
- Putu halba masak apabila semua telah melekit mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum. 

Putu halba sedap dimakan ketika panas.  Ia dicicah dengan kelapa parut.  Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.

Thursday, 22 October 2015

Resepi Nasi Air Sedap

Bahan-bahan nasi (utk 2-3 orang)

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang/daging
3 hiris halia*
2 ulas bawang butih*
sebatang serai *
garam
(bahan bertanda * perlu diketuk)

Bahan-bahan sup

5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kayu manis
buah pelaga
bunjut sup

Bahan-bahan aksesori

ikan bilis goreng
daging goreng (dipotong kiub kecil-kecil dan digoreng)
sayur kobis dihiris halus
daun sup
bawang goreng
sayur jeruk
lada sulah
daun sup


Cara penyediaan nasi
Rebus tulang dan daging sehingga empuk (air ini akan digunakan untuk menyediakan sup dan juga memasak nasi)
Basuh beras sehingga bersih.
Kemudian masukkan halia, bawang putih, serai yang telah diketuk/titik dan sedikit garam kedalam periuk yang berisi beras.
Masukkan air rebusan tulang & daging kedalam periuk yang berisi beras tadi. Anggaran nisbah air dan beras adalah air perlu sekali ganda lebih banyak daripada sukatan air utk memasak nasi biasa.Masak nasi seperti biasa. (Nasi perlu sedikit lembik drp biasa).

Cara penyediaan sup
Tumis kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. (Tips utk mendapatkan sup yg enak, saya memasukkan garam dan gula dalam tumisan bawang, goreng sehingga bawang bertukar warna perang gelap. Karamel drp gula hangus akan menjadikan sup lebih sedap).
Masukkan air rebusan tulang/daging kedalam periuk.
Masukkan bunjut sup.
Masukkan garam secukup rasa.

Cara hidangan
 Sendukkan nasi yang telah masak kedalam mangkuk
Letakkan ikan bilis, daging goreng, daun sup, bawang goreng, sayur kobis, sayur jeruk dan lada sulah kedalam mangkuk.
Sendukkan kuah sup kedalam mangkuk
Sedia untuk dimakan.

resepi nasi air
Gambar sekadar hiasan. Huhu

Wednesday, 26 August 2015

Makanan Popular Di Kelantan

Bercakap pasal makanan ni, Eyla memang suka sangat sebab Eyla ni pun kaki makan orangnya. Hehe. Setiap negeri mesti ada makanan popular mereka yang tersendiri bukan? Macam di Kelantan ni banyak makanan popular yang korang boleh cuba. Bagi mereka yang nak datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang bolehlah cuba sendiri makanan popular kat sana.

1. Kuih Akok
Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

kuih akok

2. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.

kuih lompat tikam

3. Kuih Tahi Itik
Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
kuih tahi itik

4. Kuih Jala Mas
Kuih Jala Mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Ia disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
kuih jala mas

5. Kuih Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti Kuih Lompat Tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

kuih lompat tikam

6. Ayam Percik Kelantan
Ayam Percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik Kelantan begitu unik dan digemari ramai.

resepi ayam percik

7. Nasi Tumpang
Nasi Tumpang istimewa dari Kelantan ini merupakan gabungan nasi bersama lauk yang diletakkan di dalam daun pisang dan digulung menjadi bentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselang-seli dengan pelbagai jenis lauk.

Nasi Tumpang

8. Laksam Kelantan
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Kelantan. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak sekiranya digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
Laksam Kelantan

9. Budu
Budu adalah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

budu

10. Nasi Kak Wok
Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan panas-panas pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok ini sangat popular di kawasan Kota Bharu dan kini, boleh juga didapati di kawasan Lembah Klang.

Nasi Kak Wok

11 Kuih Badak Berendam
Kuih Badak Berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur. Kuih ini terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama kuah santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.

Kuih Badak Berendam

13. Kuih Asam Gumpal
Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. Sagu biji yang telah direbus dengan air, dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu, sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya, kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan rasa.

Kuih Asam Gumpal

14. Pulut Bakar
Pulut Bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di negeri lain.

pulut bakar

15. Ketupat Sotong
Ketupat Sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada hari raya, tetapi Ketupat Sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.

ketupat sotong

16. Etak
Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi, yang menariknya adalah ia hanya popular di negeri Kelantan.

Etak

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST