Thursday, 30 June 2016

Cirit-Birit dan Rawatan

Tinggal beberapa hari lagi kita semua nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan. Mood nak raya tahun ni memang excited sangat sampai kan mood nak kerja memang dah ke laut. Hehe. Alhamdulillah semua persiapan raya dah settle baju raya, tudung raya, kasut raya semua dah dibeli. Bile ramadhan dah nak berlabuh tirai ni rasa sayu la pulak hati ni. urmmmm.. 

Hari ni Eyla nak story sikit pasal makanan ni. Time puasa ni faham-faham lah nafsu nak membeli kat bazaar Ramadhan ni macam-macam. Tapi kena ingat, kat bazaar Ramadhan ni, makanannya tak semua yang baru, ada yang dah dicampurkan dengan makanan yang semalaman. ish, ish, ish tak baik jual makanan kat pembeli macam tu tau. Bukan ape, gara-gara beli makanan kat bazaar yang dah dicampur ni buat perut kita meroyan dan mulalah berlakunya keracunan makanan / cirit-birit. So, nak beli kat bazaar Ramadhan kena betul-betul pandai pilih makanan, nanti tak pasal-pasal  kita yang kena sakit. Kat bawah ni, eyla ada search sikit kat En.Google pasal cirit birit / keracunan makanan dan cara nak merawatnya.

BILA PERLU MENDAPAT RAWATAN 
Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM .  Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

CARA-CARA PENYEMBUHAN SEGERA
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air 
Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan 
Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

Ambil Makanan Lembut 
Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. 

Jangan Paksa Diri Anda 
Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

Cirit-Birit dan Rawatan

Monday, 20 June 2016

Senarai Juadah Popular Di Hari Raya Aidilfitri

Suasana hari raya dah makin terasa ni, tinggal 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dah tak sabar rasanya nak sambut ni. Hehe. Dalam kepala Eyla ni dah berkira-kira juadah apa yang nak dihidangkan kepada tetamu yang akan datang nanti. So kat bawah ni Eyla ada cari lah sikit-sikit pasal juadah yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya nanti. 

Lemang 

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. 

Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. . Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku semai.

lemang


Rendang 

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan Daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. 

rendang

Ketupat Palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian. Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

ketupat palas

Sate

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

sate

Tuesday, 7 June 2016

Senarai Chalet dan Resort di Pulau Perhentian

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua kita semua berpuasa di bulan Ramadhan ni. Hari tu Eyla ada janji kan nak sambung balik pasal artikel Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian. Diharapkan artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak buat korang yang nak bercuti kat sana. 

Sebelum pergi bercuti ke mana-mana semestinya kita semua akan survey tempat penginapan yang bersesuaian dengan budjet yang ada. Bagi yang ada budget lebih bolehlah menempah mana-mana tempat yang diinginkan. Sebenarnya banyak Chalet dan Resort yang menarik, selesa untuk kita menginap di Pulau Perhentian. Sebelum membuat apa-apa tempahan, make sure korang kena survey dulu tempat tersebut. Bukan apa, kalau main ambik je nanti takut tak puas hati pulak kan dengan penginapan yang ditempah.

Terdapat banyak Chalet dan Resort yang menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan budjet anda. Nah, kat bawah ni Eyla senaraikan kat korang Chalet dan Resort yang ada kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.  

Perhentian kecil :
1. Shari-la Island Resort (09 - 6977 500)
2. Ombak Resort (09 - 6911 002)
3. Maya Chalet ~
4. Amelia Chalet (09 - 6911 005)
5. Senja Resort (09 - 6977 990)

Perhentian Kecil / Long Beach:
1. D'Lagoon (019 - 9857 089)
2. Moonlight Chalet (019 - 9269 441 / 019 - 9858 222)
3. Bubu Resort (09 - 6911 333)
4. Panaroma Chalet (09 - 6911 590)
5. Matahari Chalet (019 - 9142 883

Perhentian Besar:
1. New Coconut Chalet (09 - 697 4982)
2. ABC  ~
3. Tuna Bay (09 - 6902 909 / 09 -6902 902)
4. Abdul,s Chalet (019 - 9127 303)
5. Flora bay (09 - 6911 661)
6. Fauna Chalet (09 - 6911 607)
7. Samudera chalet (09 - 6911 677)
8. Awana Resort ~
9. Coral View Resort

Diharapkan perkongsian mengenai senarai chalet dan resort di Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ini, dapat membantu korang untuk membuat pilihan yang bijak untuk memilih tempat penginapan yang selesa. 

Senarai Chalet dan Resort di Pulau Perhentian

Sunday, 29 May 2016

Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian

Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah akhirnya hajat nak pergi ke Pulau Perhentian tercapai jugak setelah 2 minggu tertangguh atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Ni pengalaman pertama kali Eyla menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian. Eyla nak share dengan korang semua, Eyla pergi ke Pulau Perhentian tanpa menggunakan ejen dan Eyla harap perkongsian ini akan dapat membantu sedikit sebanyak bagi korang yang nak pergi ke Pulau pehentian tanpa menggunakan ejen.

1. Jeti Kuala Besut
Perjalanan untuk ke Jeti Kuala Besut dari Kota Bharu mengambil masa lebih kurang 45 minit. Untuk pergi ke Pulau perhentian kita perlu menaiki bot di Jeti. Untuk mendapatkan boat man ni tak susah pun tapi korang kena pilih yang betul-betul boleh bagi korang harga yang berpatutan (bagi yang nak budget). Biasanya orang cakap tambang bot untuk pergi balik dalam rm50-70. Eyla pergi berempat dan dapat rm40 je untuk seorang. Jangan lupa buat tawar menawar harga mana tau kan abang bot tu baik hati boleh bagi korang harga murah lagi ke. Hehe. Ohh, ya lupa nak cakap biasanya waktu operasi bot dalam pukul 8.00 pagi - 4.00 petang.

Gambar Bercuti Ke Pulau Perhentian




2. Chalet dan Ressort

Eyla survey-survey dahulu dalam internet untuk tau pasal chalet dan resort ni manalah tau kan kot-kot bilik dah penuh ke ape. Maklumlah musim cuti sekolah ni bilik kena book awal-awal. Pulau Perhentian ni dia ada 2 iaitu Pulau Perhentian kecil dan Pulau Perhentian Besar. Kedua-dua pulau ni ada kelebihan masing-masing. Bagi korang yang nak budget Eyla suggest kan korang pergi ke Pulau Perhentian Kecil sebab harga makanan dan penginapan lebih murah berbanding di Pulau Besar. Eyla tinggal kat Chalet Perhentian Kecil je sebab Perhentian Besar Chalet dan Ressort dah penuh waktu tu. Harga untuk Chalet yang Eyla tinggal tu memang tak mahal hanya rm300 2 hari 1 malam (2 bilik) siap ada aircond lagi.



3. Aktiviti Snorkeling dan Aktiviti Lain


Tiket untuk snorkeling tu ikut pakej berapa pulau korang nak lawat. Kat sini ada banya check point yang menarik. Contohnya; Shark Point, Turtle Point, Romantic Beach, Pulau Serengeh, Pulau Rawa, Perkampungan Nelayan dan bermacam lagi. Harga tiket boleh dapat sekitar RM30 hingga RM45 maksimum untuk seorang. Waktu snorkeling, bermula seawal 10 pagi sehinggalah 4 atau 5 petang. Masa nak snorkeling tu, bagi perempuan elok pakai inner sebab senang. Banyak lagi aktiviti yang boleh kita buat kat Pulau perhentian ni seperti Aktiviti jungle trekking, menyewa boat untuk meneroka kawasan dan tempat-tempat menarik di sekitar pulau, berkayak dan macam-macam lagi.

Gambar snorkeling di pulau perhentian


4. Tempat Makan

Terdapat banyak tempat makan di Pulau Perhentian. Macam Eyla kan duduk kat Pulau Perhentian Kecil (Kampung Nelayan) so makanan kat sana memang murah sangat-sangat berbanding kat Pulau Perhentian Besar. Kebanyakkan ramai pengunjung suka singgah makan kat Kampung Nelayan sebab makanan murah dan sedap.

Tempat makan murah di pulau perhentian
Perkampungan nelayan
Tu je sedikit sebanyak Eyla boleh share dengan korang pengalaman bercuti kat Pulau Perhentian Kecil baru-baru ni. Tunggu artikel selanjutnya Eyla akan update mengenai Tips Percutian Pulau Perhentian seterusnya..

Tuesday, 3 May 2016

Senarai Makanan Yang menggemukkan

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA.

Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan yang boleh menyebabkan kita gemuk?

1. Nasi Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain, rasa rasa menggemukkan tak?

2. Roti Canai.

Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.


3. Nasi Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur, menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.

4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380 kalori. Macam mana tu?

5. Burger Ramly.
Sebenarnya bukanlah burger Ramly semata-mata. Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak berapa kalori?

6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan! Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee sup, baru 380 kalori.

7. Makanan bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng mengunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus, panggang dll)

8. Susu Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.

9. Roti Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti wholemeal.

10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi kurangkan!

Senarai Makanan Yang menggemukkan


Tips Kuruskan Badan Dengan Cepat

Eyla ni dulu bukannya seorang yang gemuk body biasa-biasa je berat dalam 49 / 50 macam tu lah. Tapi entah kenapa berat badan naik mendadak masa duk zaman universiti dulu. Kalau kawan-kawan dan family tak tegur pasal diri Eyla yang gemuk ni, memang sampai sekarang rasanya tak sedar diri dah gemuk. Berat badan Eyla naik mendadak boleh tak uolss bayangkan dari 49 kg naik 58 kg masa tahun 2013. 9 kilo kot naik, mak oii stress gile kot. Macam-macam cara buat nak kurus balik masa tu, tapi hampeh semuanya. 

Eyla dah bersukan tapi berat tak jugak turun tu yang pelik. Tapi bila Eyla kaji balik kenapa bersenam tapi tak juga kurus sebab lepas bersenam makan dan tak jaga makan. Tu yang tak turun-turun berat badan ni. So, lepas je abis study kat UKM masa tahun 2014 dalam diri ni dah azam apa-apa pun wajib kurus macam asal. TAK NAK GEMUK! Alhamdulillah akhirnya berjaya juga Eyla kuruskan balik macam dulu. Hehehe. Seluar levis form 4 masih lagi boleh pakai, yang saiz 26 tu. Hehe. Suka memang tak perlu nak cakaplah kan sebab dah kurus. Hihi.. Sekarang ni semua seluar dah longgar dan sekarang Eyla pakai seluar yang guess tu saiz 25. Sebenarnya nak kurus bukan susah pun yang penting kita kena jaga makan. Kurangkan makanan segera dan makan nasi 1 kali sehari je dengan kuantiti yang sedikit lepas tu bersenam CONFIRM KURUS dalam masa 1 week je. Tak caye cubalah buat. Hihi


gambar kurus
Nampak kan beza tu, hehehe.. Alhamdulillah sekarang dah maintain berat badan 49 / 50 cm tulah. 
Kepada mereka yang ada masalah berat badan korang jangan putus asa nak kurus, paling penting konsisten, kena rajin dan usaha. Insyaallah akan dapat  badan yang diidamkan. Jangan DIET tak MAKAN NASI sudah. Nanti badan jadi letih dan kita akan makan dengan kuantiti yang banyak lepas tu.

Thursday, 7 April 2016

Temuduga Bagi Eksesais Pengambilan Jawatan Konstabel Sokongan (Lelaki / Wanita) 2016

Sebelum ni Eyla ada update mengenai Eksesais Pengambilan Jawatan Konstable Lelaki Mac Hingga April 2016 . Eksesais temuduga ini adalah bagi calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal bermula pada 1 Februari 2016 hingga 8 Mac 2016.

So, korang boleh membuat Semakan status panggilan temuduga melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://sso.rmp.gov.my mulai 1 April 2016.

Tahniah buat yang berjaya, bagi yang tidak berjaya jangan sedih-sedih dan kecewa. Cuba lagi untuk pengambilan yang akan datang.

ARTIKEL SEBELUM : Pengalaman Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8349 / 8350 / 8351


logo pdrm






Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST