Showing posts with label Hidangan Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hidangan Hari Raya. Show all posts

Monday, 20 June 2016

Senarai Juadah Popular Di Hari Raya Aidilfitri

Suasana hari raya dah makin terasa ni, tinggal 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dah tak sabar rasanya nak sambut ni. Hehe. Dalam kepala Eyla ni dah berkira-kira juadah apa yang nak dihidangkan kepada tetamu yang akan datang nanti. So kat bawah ni Eyla ada cari lah sikit-sikit pasal juadah yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya nanti. 

Lemang 

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. 

Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. . Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku semai.

lemang


Rendang 

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan Daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. 

rendang

Ketupat Palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian. Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

ketupat palas

Sate

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

sate

Thursday, 23 July 2015

Hidangan Hari Raya Pertama

Semestinya setiap kali menjelang hari raya kita akan menyediakan juadah untuk dimakan dan dijamu bersama-sama keluarga dan sanak-saudara. Macam Eyla, raya pertama baru-baru ni,  hidangan yang disediakan seperti satay dan nasi tomata. Satay ayah Eyla beli je kat kedai tak sempat nak buat. Tapi kalau nasi tomato tu Eyla buat sendiri. First time kot buat sendiri tapi menjadi juga. Suka hati! hehe

Resepi Nasi Tomato :

5 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin /minyak sapi 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) 
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.

nasi tomato
Nah lebih kurang beginilah rupa nasi tomato Eyla buat (ni gambar dlm google lupa nak snap)

Ayam  Masak Merah :

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

ayam masak merah
Rupa ayam masak merah yang Eyla buat lebih kurang camni lah dan rasanya memang umphh marvelous!!


Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST