Sebelum ni Eyla ada update mengenai Eksesais Pengambilan Jawatan Konstable Lelaki Mac Hingga April 2016 . Eksesais temuduga ini adalah bagi calon-calon yang telah menjalani ujian fizikal bermula pada 1 Februari 2016 hingga 8 Mac 2016.
So, korang boleh membuat Semakan status panggilan temuduga melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://sso.rmp.gov.my mulai 1 April 2016.
Tahniah buat yang berjaya, bagi yang tidak berjaya jangan sedih-sedih dan kecewa. Cuba lagi untuk pengambilan yang akan datang.
ARTIKEL SEBELUM : Pengalaman Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8349 / 8350 / 8351
Thursday, 7 April 2016
Monday, 4 April 2016
Resepi Kerabu Kaki Ayam Mudah
Berair rasa mulut bile tengok kerabu kaki ayam ni. Selama ni tak pernah pun cuba kerabu kaki ayam ni. Nak diceritakan baru-baru ni kak ipar kita terlebih rajin buatkan kerabu kaki ayam, alang-alang dia suh kita try, kita try lah kan. mak oiii, sedap rupanya kerabu kaki ayam ni. Menyesal dulu tak makan awal-awal xtawlah pulak rasanya sedap kan. Hihi.. Sekarang ni, Eyla cuba nak buat sendiri pulak resepi kerabu kaki ayam ni, harap-harap menjadilah kan sebab ni first time buat. Apa-apa hal nanti bile ada waktu lapang Eyla akan buat dan share kan kat blog. Sekarang ni tengah gigih nak cari resepi dulu,nak resepi yg mudah-mudah je tapi rasanya sedap. Eyla ada terjumpa resepi kat facebook ni, tapi tak tawlah sedap ke tak sebab xpernah buat kan. Tengok pada resepi kerabu kaki ayam dia macam best je. Jom kita pakat try buat!
![]() |
| Tu dia, nampak sedap sangat. Terliur lah pulak. Hihi |
- 500 gm kaki ayam tanpa tulang direbus sampai empuk dan dipotong kecil
- 1/2 kiub ayam hancurkan
- 5-10 biji cili padi dihiris nipis
- Sedikit daun ketumbar/daun sup diracik halus
- 3-5 biji bawang merah dihiris
- 1-2 bji perahan limau nipis (ikut nk masam lg, boleh lebihkan)
- 1 sudu besar kicap sotong/kicap cair/sos ikan
- 1 sudu besar sos cili thai
- Sedikit serbuk perasa, garam dan gula. (Boleh abaikan jika kiub ayam dah cukup bagi rasa sedap)
- Mee suun jika suka
- 1 sudu besar air masak
Arahan: Campur semua dan gaul sebati.
Thursday, 24 March 2016
Pengambilan Guru di Majlis Amanah Rakyat (MARA) April 2016
Nampaknya blog dah berhabuk sangat-sangat ni sebab dah lama tak update. Sebenarnya bukan tak nak update tapi busy sangat-sangat sekarang ni dengan new business. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik dan masyukk. Hehehe
Ada siapa-siapa kat sini masih tak dapat kerja atau menganggur lagi? Ni berita baik yang Eyla nak share untuk korang semua yang teringin nak jadi cikgu ni. Permohonan untuk jawatan cikgu baru je buka. So korang, boleh lah buat permohonan sekarang dengan melayari laman web ini Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai Pegawai Perkhidmatan DG41. Jawatan ni nampaknya nak pakai banyak dalam pelbagai bidang / subjek. Mana tahu kan kot-kot rezeki korang semua ke. Walaupun ramai yang pohon, tapi kita kena percaya kat rezeki dan jangan duk mengeluh je cakap kabel ke ape. Belum cuba belum tahu kan, nak-nak jawatan ini bukan selalu dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). So, kalau tak isi memang rugi.
Bagi sesiapa yang nak tahu info jawatan setiap hari, korang boleh pergi ke blog ni http://myjobelist.blogspot.my/ . Mereka sentiasa update info-info jawatan kosong terbaru dan terkini. Tak pun korang join je telegram dorang di https://telegram.me/jawatankerajaan lagi senang sebab terus masuk kat telefon korang. Semoga info ini mendapat manfaat untuk semua dan selamat memohon.
Monday, 21 March 2016
Eksesais Pengambilan Jawatan Konstable Lelaki Mac Hingga April 2016
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan temuduga eksesais pengambilan jawatan Konstabel Lelaki di seluruh Malaysia mulai 1 Mac 2016 hingga 16 April 2016 bagi calon-calon yang telah menduduki dan berjaya melepasi ujian Malaysian Integrity Test (MIT) pada bulan November/Disember 2015. Status permohonan boleh disemak melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://ss0.rmp.gov.my bermula 24 Februari (Rabu).
Calon-calon yang berjaya perlu menyemak nama/tarikh/tempat temuduga masing-masing dan bawa bersama dakumen-dokumen asal berikut semasa menghadiri temuduga:
Surat panggilan temuduga yang boleh dimuat turun dari SSO PDRM;
Surat sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (untuk kakitangan kerajaan sahaja); dan
Syarat-syarat adalah sama seperti yang dinyatakan sebelum ini yang mana boleh dilayari di Portal Rasmi PDRM di pautan www.rmp.gov.my.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03- 2266 8347 / 8349 / 8350 / 8351.
Calon-calon yang berjaya perlu menyemak nama/tarikh/tempat temuduga masing-masing dan bawa bersama dakumen-dokumen asal berikut semasa menghadiri temuduga:
Surat panggilan temuduga yang boleh dimuat turun dari SSO PDRM;
Surat sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (untuk kakitangan kerajaan sahaja); dan
Syarat-syarat adalah sama seperti yang dinyatakan sebelum ini yang mana boleh dilayari di Portal Rasmi PDRM di pautan www.rmp.gov.my.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03- 2266 8347 / 8349 / 8350 / 8351.
Wednesday, 10 February 2016
Penyakit Kanser : Punca dan Rawatan
Fakta Asas Kanser
Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.
Sel Normal Di Dalam Badan
Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.
Bagaimana Kanser Bermula
Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.
Bagaimana Sel Kanser Merebak
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.
Jenis Kanser
Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.
Tumor yang Bukan Kanser
Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.
Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser
Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.
Resepi Char Kuey Teow Sedap
Ada sesiapa kat sini peminat Char Kuey Teow? kalau ada yang suka makan benda ni, apa kata korang cuba buat resepi ni sendiri kat rumah lagi best tau sebab boleh makan banyak dan jimat. Hehe. Rupanya nak buat resepi Char Kuey Teow ni tak adalah susah mane pun janji kena ikut step yang diberikan. Jom Eyla kongsikan dengan anda semua resepi Resepi Char Kuey yang sedap dan mudah.
500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng
** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.
Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.
2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.
3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.
Note :
- Paste ni seelok-eloknyanya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sedapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.
![]() |
| Mak oii dah meleleh mulut ni.. hehe (Gambar dari En. Google) |
Wednesday, 3 February 2016
Tips Kecantikan Dalaman Wanita
1. Minum banyak air
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam
Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4.Tidur yg cukup
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan.
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Manjakan diri
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress.
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
Diharapkan semoga tips diatas dapat diamalkan setiap hari agar kita semua sentiasa kelihatan segar dan cantik. Selamat mencuba!
Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.
2. Bersenam
Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.
3. Jangan merokok.
Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?
4.Tidur yg cukup
Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.
5. Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih
6. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan.
Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.
7. Manjakan diri
Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.
8. Elakkan stress.
Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.
Diharapkan semoga tips diatas dapat diamalkan setiap hari agar kita semua sentiasa kelihatan segar dan cantik. Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap
Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...
TOPS POST
-
Sebut je pasal kek coklat mulut ni dah berair nak makan benda ni. Kalau nak harap buat sendiri, memang tak lah sebab malas. Hehe. Tapi masa...
-
Ada tak sape-sape yang minat makan spaghetti?? Hihi.. Eyla ni memang suka sangat buat benda ni sebab mudah nak buat pastu rasa spagetti pun...
-
Hujan-hujan macam ni kalau duk kl ni best dapat makan otak-otak johor yang panas-panas. Hihi. Dulu masa study kat UKM ni Eyla memang suka sa...
-
Membeli belah merupakan satu perkara yang digemari oleh masyarakat tambah-tambah bila dapat gaji kan. hihi. Mungkin ramai yang ingin membel...
-
Berita baik untuk semua terutamanya mereka yang masih menganggur, Pos ArRahnu telah membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk m...
-
Sebut je pasal bercuti ni baru-baru ni, Eyla ada pergi bercuti tapi kat Malaysia je la kan. Kiki.. Sape-sape suka pergi ke Pulau Perhentian...
-
Sejak seminggu lalu, Eyla kerap sakit kat gigi sampaikan nak makan pun tak lalu sebab sakit sangat. Patutlah ramai yang cakap sakit gigi ni...
-
Apa kata kita amalkan sama-sama. InsyaAllah dengan izin Allah muka kita semua cantik dan berseri secara semula jadi. Tak payah dah nak beli...
-
Rasa mesti ramai yang tak sabar nak tahu keputusan Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) bagi Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Po...
-
Assalamualaikum semua.. Alhamdulillah akhirnya hajat nak pergi ke Pulau Perhentian tercapai jugak setelah 2 minggu tertangguh atas sebab-se...

















