Monday, 17 August 2015

Tips Berjaya Dalam Perniagaan

Kejayaan tidak akan mudah datang kalau kita sendiri tidak berusaha untuk mendapatkannya. Ramai yang nak berjaya tapi tak semua yang berjaya. Bila kita tengok orang lain hidup mewah, pakai kereta besar, rumah besar dan ada aset banyak membuatkan kita cemburu untuk menjadi seperti mereka. Bagi Eyla nak cemburu dengan kejayaan mereka tidak salah dan memang bagus tetapi janganlah cemburu dengan kejayaan seseorang sehingga sanggup menjatuhkannya.

Kita kena ingat mereka nak sampai ke tahap yang diidamkan bukanlah sesuatu yang mudah! Sebelum berjaya mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang penuh berliku-liku sehinggakan ada satu masanya kita sendiri rasa PUTUS ASA! Tapi kalau kita boleh lawan putus asa tu tak mustahil kejayaan yang kita dapat selepas itu makin mencurah-curah. Tiada seorang berjaya tidak pernah mengalami KEGAGALAN. Percayalah.

Bila kita ada ilmu dan pengalaman ini adalah sesuatu yang harus kita gunakan pada masa hadapan. Melalui pengalaman inilah kita tidak akan lagi membuat silap dalam mencapai sesuatu. Contohnya kalau kita seorang pengusaha produk kecantikkan yang baru sahaja memulakan perniagaan untuk mengembangkan produk, apa yang perlu dilakukan adalah melalui kajian dan juga perlu ada sedikit modal untuk marketing. Sekarang ni zaman IT so semuanya dihujung jari sahaaja jadi kita haruslah merebut peluang keemasan ini. Jika nak berjaya ikuti tips kejayaan ini. Insyaallah dapat membantu anda. 

1. Buat kerana minat yang amat mendalam!

Semestinya kita mulakan perniagaan kerana mahukan wang. Wang merupakan motivasi utama dalam memulakan perniagaan. TETAPI, jangan jadikan wang sahaja sebagai sebab utama menjalankan perniagaan. Lakukan perniagaan kerana MINAT. Minat terhadap produk yang ingin dijual, minat terhadap perkhidmatan yang ingin diniagakan dan juga MINAT pada prospek menjalankan perniagaan untuk tahun-tahun yang akan datang tanpa jemu!

Minat akan membuatkan kita suka pada apa yang kita lakukan. Alangkah “best”nya sekiranya kita menjana pendapatan menerusi perniagaan dengan melakukan apa yang kita suka? Sekiranya kita suka bidang sukan lasak, maka jadikan sukan lasak sebagai perniagaan. Sekiranya kita suka bidang fesyen, maka bidang fesyen patut dijadikan konsep perniagaan kita.

Namun harus ingat, bahawa minat pada sesuatu bidang sahaja tidak mencukupi tanpa adanya minat dalam bidang perniagaan. Minat dalam bidang perniagaan akan memberi motivasi kepada kita untuk terus belajar selok belok perniagaan. Pelajari strategi dan teknik perniagaan untuk memastikan perniagaan yang kita minat dapat terus maju pada tahun-tahun yang akan datang.

2. Fokus, Fokus, dan FOKUS!

Jangan cepat berubah hati. Situasi ini selalu terjadi kepada kita semua sebenarnya, lebih-lebih lagi apabila perniagaan kita agak lembab dan tidak berhasil. Selalunya ini berlaku pada peringkat awal perniagaan.

Jadi bagi mereka yang tidak tahan sabar, saat ini dirasakan gagal. Lalu, mereka membuat keputusan, ‘Sebelum gagal lebih lagi, baiklah mereka menukarkan kepada perniagaan lain!’

Jangan bimbang, bukan anda saja yang merasainya begitu. Ramai usahawan yang baru-baru terlibat di dalam perniagaan akan berpendapat sedemikian.

Sebenarnya, ini terjadi kerana kurang keyakinan dan tidak fokus. Anda hanya perlu fokus dan teruskan usaha anda. Usaha dengan lebih gigih lagi dan fokus pada satu perniagaan dulu sehingga berjaya. Jangan cepat-cepat menukar perniagaan lain.

3. Tambahkan prospek melalui promosi, promosi dan PROMOSI!

prospek

Tanpa promosi, perniagaan akan gagal. Itu sahaja! Perniagaan yang tidak melakukan promosi tidak akan mendapat prospek. Dan usaha menambahkan prospek adalah langkah pertama dalam mendapatkan jualan. Lebih ramai prospek yang kita perolehi, lebih besar kemungkinannya perniagaan kita akan berjaya.

Usaha mendapatkan prospek adalah melalui promosi dan pengiklanan. Promosi dan pengiklanan perlu dilakukan secara berterusan- setiap hari. Sekiranya kita berhenti melakukan sebarang promosi perniagaan, mungkin kita akan dapat lihat penurunan jumlah prospek berkurangan dalam minggu atau bulan yang akan datang. Begitu juga usaha promosi anda hari ini, mungkin hanya akan melihat prospek bertambah, minggu atau bulan yang akan datang.

4. Rancang dan atur perniagaan anda.

Setelah promosi dijalankan secara berturutan, semakin hari semakin ramai pelanggan anda, semakin banyak tanggungjawab anda. Di waktu ini, perancangan yang teliti, teratur dan jelas, boleh memberi anda kelebihan.

Tuliskan semua, rancangan anda agar anda dapat melihat “progress” perniagaan anda setakat ini. Jangan terus-terusan menerima pelanggan tanpa sebarang catatan. Ini amat penting untuk anda memiliki sebuah perniagaan yang boleh bertahan lama. Anda mesti ada fail-fail stok, jualan, perbelanjaan, keluar masuk wang ringgit. Semua ini akan menentukan kejayaan atau kegagalan anda dalam menguruskan sebuah perniagaan.

5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan

Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.

Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.

6. Tambahkan Jualan

tingkatkan jualan

Apabila kita di restoran burger francais, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, restoran tersebut mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan  serata dunia!

Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.

7. Ulang, ulang dan ULANG!

Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.

Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.

Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.

8. Kurangkan kos perniagaan

Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.

Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!

Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!
tips berjaya

Resepi Nasi Ayam

Nak buat nasi ayam ni tak adalah susah sangat sebenarnya, kena rajin buat memang jadila. Haritu Eyla ada jugalah cuba buat nasi ayam and first time pula tu buat, terus menjadi dan sedap sangat-sangat. Sejak akhir-akhir ni selera nak makan ni menjadi-jadi betul nampaknya mood untuk diet  lepas raya memang ke laut lah!!

Bahan untuk ayam (direbus):
1 ekor ayam dipotong 8
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
2 cm halia, ditumbuk halus
1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap):
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 cm halia, ditumbuk halus
2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 sudu besar kicap cair
Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia ditumbuk halus
3 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit garam
2 bunga lawang*
4 buah pelaga*
1 kayu manis*
1 batang serai ketuk
2 helai daun pandan
Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
Air rebusan ayam
1 biji bawang besar, dikisar
Rempah sup bunjut
Garam
Daun sup dan daun bawang yg dihiris

sup ayam
Bahan untuk kuah kicap:
Kuah kicap perapan ayam di atas
Kicap manis cap kipas udang
Sedikit garam
Air rebusan ayam
kuah kicap dan sos

Cara Penyediaan – AYAM:
Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
+ Basuh beras dan tos air.
+ Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.
+ Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
+ Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.
+ Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
+ Kisarkan semua bahan di atas (boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma)

Cara untuk memasak kuah kicap:
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

TIPS:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

nasi ayam

Thursday, 13 August 2015

Cara Memperolehi Rezeki Dengan Mudah

Percaya tak, rezeki tidak akan datang kalau kita sendiri tak berusaha untuk mendapatkannya. Kita kena yakin bahawa dengan rezeki Allah bagi dan jangan pernah berputus asa untuk mencari rezeki. 

1. Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh Islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita. Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan sebarang balasan dan jangan ada sifat kedekut dalam diri.

gambar bersedekah
2. Rezeki dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. Berdoa  dan meminta adalah sifat semula jadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. Insyaallah, rezeki akan tiba kepada kita cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari pekerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat berkerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.

doa rezeki

3. Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas. Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Percayalah solat sunat dhuha ni memang mujarab sebab Eyla sendiri pun selalu buat. Dari pengalaman yang Eyla dapat, sejak akhir-akhir ni rezeki dalam pekerjaan memang melimpah-limpah datang. 
sholat dhuha
Jadi, apa tunggu lagi, jom kita sama-sama amalkan 3 perkara diatas insyaallah dengan keizinan Allah S.W.T kita semua dimurahkan rezeki oleh-NYA 

Resepi Puding Karamel Lazat

Puding Karamel bagi Eyla benda yang paling senang nak buat dan resepinya pun mudah nak ingat. Kalau kat kedai ni, diorang jual 1 keping kecil Puding Karamel RM2.00! Kalau buat sendiri lagi jimat kot boleh makan satu loyang. hehe.

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

400cc(400ml) susu segar/susu cair
5 sudu besar gula halus
3 biji telur- pada suhu bilik
2 biji telur kuning-pada suhu bilik
2-3 titik esen vanila
[ KARaMEL ]
5 sudu besar gula
2 sudu besar air
resepi puding karamel

Cara-cara


  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais


*Kalau beli kat kedai ni mereka suka masukkan tepung kastard dalam Puding Karamel sebab nak jimat kan! Hehe

Resepi Karipap Kentang Yang Sedap

Buat karipap ni rupanya tak adalah susah sangat sebenarnya. Paling penting kena ada minat dan rajin mesti jadi punya! Best kan kalau buat sendiri karipap sambil minum teh di waktu petang. Hehe.. 

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 

  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis

resepi karipap

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 

Orang kata,  menambahkan tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup. Sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )

Cara buat kulit karipap

  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  • Sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.


Wednesday, 12 August 2015

Aura White Collagen Pilihan Ramai

Sekarang ni macam-macam produk collagen yang ada kat pasaran sampaikan dah tak boleh nak kejar dan tak tahu nak pilih yang mana satu yang elok dan sesuai untuk kulit kita. Bila dah meningkat dewasa ni kan kita sebagai wanita kenalah jaga kecantikan dan kesihatan awal-awal lagi. Jadi, bila meningkat dewasa collagen dalam kulit kita pun semakin berkurang jadi elok sangatlah kalau kita ambil collagen dari sekarang.

Collagen merupakan produk yang diselamat untuk dimakan @ diminum kerana 100% mengandungi bahan semulajdi dan tiada bahan terlarang. Macam Eyla first collagen yang Eyla try Aura White Collagen. Eyla tertarik dengan produk ni sebab dulu kan duta produk ni Hanez Suraya jadi tengok kulit dia cantik, putih dan mulus terasa nak try juga mana tau kot-kot kulit boleh jadi putih cam Hanez. Hehe

Bila first try produk ni memang puas hati sangat-sangatlah sebab dah nampak kesannya. Ramai yang tegur kata kulit eyla makin cantik dan putih! paling suka bila kulit dah tak kering dan lembap jer rasa. Memang berbaloi-baloi sangat pakai Aura White Collagen ni. Tak rugi walaupun harganya mahal!

Aura White ni produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu-satunya nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!
produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900,000MG 
~50% pencerahan ketara dalam masa 1-2mggu jika anda mengamalkan secara konsisten..
~pemulihan kulit yang rosak dan bermasalah
~kulit lebih anjal dan cantik
~atasi kedutan dan garis halus
~pencerahan kulit yang lebih cepat
~mengetatkan liang roma
~menguatkan kuku dan rambut
~menguatkan sistem imunisasi badan
~membuang toksin dalam badan
~atasi masalah jerawat dan jeragat
~awet muda dalaman dan luaran
~tiada lagi sakit sendi
~mengandungi prebiotik 5x stem sel
~sesuai bagi ibu mengandung
~dengan nutrien yang tinggi dapat membantu tingkatkan pengeluaran susu ibu
~kecantikan kuku dan rambut
~memberi tenaga yang optimum
~kurangkan kolestrol~hilangkan parut dan selulit
~atasi rekahan tumit kaki
~tidur yang berkualiti
~melawan radikal bebas
~sesuai untuk lelaki dan wanita

**Wajib minum air kosong 3-4liter sehari untuk kesan yang lebih cepat.


CARA PENGAMBILAN: 
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas. 

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

Monday, 10 August 2015

Impian Bercuti Ke Paris

Setiap orang mesti mempunyai impian masing-masing bukan? Macam Eyla pun ada impian jugak tau sebenarnya. Hihi. Kalau ikutkan impian Eyla ni macam-macam ada tapi sekarani hati ni membuak-buak nak melancong jauh dari Malaysia. Hati ni teringin sangat-sangat nak pergi melancong kat Paris tapi tak tahulah sampai ke tak kat Paris ni nak-nak sekarang ni ringgit kita kan jatuh teruk so, buat masa sekarang ni kena tunggu dulu ringgit kita dah stabil baru best pergi. Hihi

Jadi, Kalau nak pergi sana, sekarang ni kena gigih kumpulkan duit baru boleh pergi kalau duit tak ada nampaknya bermimpi sajalah kan melainkan ada orang yang nak tolong bawak kan kita! Hehe. Paris ni orang kata best sangat nak-nak kalau yang baru kahwin digalakkan berkunjung ke sana sebab boleh pergi ke Eiffel Tower. Romantik kan! 
menara eiffel paris


Orang cakap kalau pergi Paris, tak beli handbeg branded memang tak sah! Sebab kat Paris ni orang kata syurga beg branded sebab kat sana sangat murah berbanding kat Malaysia. Artis kita pun suka sangat beli barang branded kat luar negara sebab harga yang ditawarkan sangat berpatutan. 

paris

Siapa yang ada keinginan macam aku nak pergi Paris, better buat persiapan awal-awal dan servey kat internet apa yang patut. Contoh, penginapan, tempat yang menarik yang nak dikunjungi dan sebagainya. Tujuannya untuk memudahkan perjalanan anda ke luar negara Nanti!

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST