Thursday, 13 August 2015

Resepi Karipap Kentang Yang Sedap

Buat karipap ni rupanya tak adalah susah sangat sebenarnya. Paling penting kena ada minat dan rajin mesti jadi punya! Best kan kalau buat sendiri karipap sambil minum teh di waktu petang. Hehe.. 

Bahan-Bahan Inti Karipap Kentang 

  • 5-7 biji kentang sederhana besar ( dipotong dadu )
  • 1 biji bawang besar ( potong dadu )
  • 3 ulas bawang merah ( dikisar )
  • 2 ulas bawang putih  ( dikisar )
  • segengam ikan bilis atau udang kering ( dikisar ) Boleh ganti daging kisar atau ayam
  • 3 sudu besar cili kering kisar ( kurangkan kalau tak suka pedas)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 tangkai daun sup ( kalau suka boleh letak )
  • Minyak masak untuk menumis

resepi karipap

Cara Masak Inti Karipap Kentang
1. Panaskan minyak dalam kuali.Kemudian masukkan separuh bawang besar yang sudah 
    dipotong dadu tadi.Yang separuh lagi, masukkan bila kentang sudah empuk nanti.
2. Bila sudah naik bau, masukkan bahan kisar tadi.Kacau perlahan sehingga naik bau,     
    masukkan pula serbuk kari.Diikuti masukkan gula, garam dan perasakan.
3. Masukkan pula kentang yang sudah dipotong dadu tadi. Toskan airnya terlebih 
   dahulu.Masukkan dua cawan air supaya kentang cepat empuk.
4. Tutup kuali dengan tudung periuk atau penutup pengukus supaya wap air dapat 
    lembutkan kentang dengan cepat.
5. Biarkan sehingga kentang empuk, airnya juga sudah kering dan masukkan separuh lagi 
    bawang besar yang dipotong dadu tadi bersama daun sup yang dihiris.
6. Angkat inti kentang dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai supaya cepat sejuk dan   
    boleh di buat inti karipap.

Bahan-bahan untuk buat kulit karipap

  • 500 gram tepung gandum ( untuk 30-40 biji karipap )
  • dua senduk minyak masak dipanaskan terlebih dahulu ( boleh cairkan planta atau marjerin )
  • satu mug sederhana besar berisi air yang sudah dilarutkan dengan garam 

Orang kata,  menambahkan tepung ubi dan tepung beras sebagai rahsia kenapa karipap akan jadi lebih rangup. Sukatan tepung beras dan tepung ubi mengikut resepi mereka.
50g Tepung Beras (anggaran setengah senduk nasi )
50g Tepung Ubi(anggaran setengah senduk nasi )

Cara buat kulit karipap

  • Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli.Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum.Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas.Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas.
  • Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap.
  • Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti.Anda boleh pilih,sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.
  • Untuk mendapat Kulit karipap yang rangup semasa kita menguli,kita kena pastikan tidak terlebih menggunakan air.Minyak masak panas atau marjerin yang kita panaskan juga membantu dalam memastikan kulit karipap menjadi rangup.
  • Sukatan air dalam resepi ini bergantung kepada doh yang kita uli.Pastikan masukkan air sedikit demi sedikit semasa menguli.


Wednesday, 12 August 2015

Aura White Collagen Pilihan Ramai

Sekarang ni macam-macam produk collagen yang ada kat pasaran sampaikan dah tak boleh nak kejar dan tak tahu nak pilih yang mana satu yang elok dan sesuai untuk kulit kita. Bila dah meningkat dewasa ni kan kita sebagai wanita kenalah jaga kecantikan dan kesihatan awal-awal lagi. Jadi, bila meningkat dewasa collagen dalam kulit kita pun semakin berkurang jadi elok sangatlah kalau kita ambil collagen dari sekarang.

Collagen merupakan produk yang diselamat untuk dimakan @ diminum kerana 100% mengandungi bahan semulajdi dan tiada bahan terlarang. Macam Eyla first collagen yang Eyla try Aura White Collagen. Eyla tertarik dengan produk ni sebab dulu kan duta produk ni Hanez Suraya jadi tengok kulit dia cantik, putih dan mulus terasa nak try juga mana tau kot-kot kulit boleh jadi putih cam Hanez. Hehe

Bila first try produk ni memang puas hati sangat-sangatlah sebab dah nampak kesannya. Ramai yang tegur kata kulit eyla makin cantik dan putih! paling suka bila kulit dah tak kering dan lembap jer rasa. Memang berbaloi-baloi sangat pakai Aura White Collagen ni. Tak rugi walaupun harganya mahal!

Aura White ni produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu-satunya nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!

Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!
produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

Testimoni produk aurawhite

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 900,000MG 
~50% pencerahan ketara dalam masa 1-2mggu jika anda mengamalkan secara konsisten..
~pemulihan kulit yang rosak dan bermasalah
~kulit lebih anjal dan cantik
~atasi kedutan dan garis halus
~pencerahan kulit yang lebih cepat
~mengetatkan liang roma
~menguatkan kuku dan rambut
~menguatkan sistem imunisasi badan
~membuang toksin dalam badan
~atasi masalah jerawat dan jeragat
~awet muda dalaman dan luaran
~tiada lagi sakit sendi
~mengandungi prebiotik 5x stem sel
~sesuai bagi ibu mengandung
~dengan nutrien yang tinggi dapat membantu tingkatkan pengeluaran susu ibu
~kecantikan kuku dan rambut
~memberi tenaga yang optimum
~kurangkan kolestrol~hilangkan parut dan selulit
~atasi rekahan tumit kaki
~tidur yang berkualiti
~melawan radikal bebas
~sesuai untuk lelaki dan wanita

**Wajib minum air kosong 3-4liter sehari untuk kesan yang lebih cepat.


CARA PENGAMBILAN: 
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas. 

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

Monday, 10 August 2015

Impian Bercuti Ke Paris

Setiap orang mesti mempunyai impian masing-masing bukan? Macam Eyla pun ada impian jugak tau sebenarnya. Hihi. Kalau ikutkan impian Eyla ni macam-macam ada tapi sekarani hati ni membuak-buak nak melancong jauh dari Malaysia. Hati ni teringin sangat-sangat nak pergi melancong kat Paris tapi tak tahulah sampai ke tak kat Paris ni nak-nak sekarang ni ringgit kita kan jatuh teruk so, buat masa sekarang ni kena tunggu dulu ringgit kita dah stabil baru best pergi. Hihi

Jadi, Kalau nak pergi sana, sekarang ni kena gigih kumpulkan duit baru boleh pergi kalau duit tak ada nampaknya bermimpi sajalah kan melainkan ada orang yang nak tolong bawak kan kita! Hehe. Paris ni orang kata best sangat nak-nak kalau yang baru kahwin digalakkan berkunjung ke sana sebab boleh pergi ke Eiffel Tower. Romantik kan! 
menara eiffel paris


Orang cakap kalau pergi Paris, tak beli handbeg branded memang tak sah! Sebab kat Paris ni orang kata syurga beg branded sebab kat sana sangat murah berbanding kat Malaysia. Artis kita pun suka sangat beli barang branded kat luar negara sebab harga yang ditawarkan sangat berpatutan. 

paris

Siapa yang ada keinginan macam aku nak pergi Paris, better buat persiapan awal-awal dan servey kat internet apa yang patut. Contoh, penginapan, tempat yang menarik yang nak dikunjungi dan sebagainya. Tujuannya untuk memudahkan perjalanan anda ke luar negara Nanti!

Sunday, 9 August 2015

Resepi Ikan Siakap Stim Halia

Bila dengar jer nama ikan siakap stim halia mulut ni dah berair nak makan benda ni. Sebenarnya Eyla ni bukannya penggemar ikan tapi tak tahulah sejak kenal ikan siakap stim halia dekat bangi tu selera nak makan ikan siakap stim halia menjadi-jadi. 

Kalau korang pernah pergi Bangi @ singgah kat Bangi apa kata korang singgah kat restoren ni. Nama restoren ni B.B.B Bangi, masakan dia memang tip top u all! Korang order lah apa-apa pun semua masakan dia sedap-sedap belaka. Nak-nak ikan siakap stim halia dia tu. Fuhh!! sedap dan pedas. Tapi kalau korang rasa nak buat sendiri apa kata cuba resepi ni. Harap membantu

Bahan-bahannya :

- 1 ekor ikan siakap / ikan bawal emas (yang telah siap dibuang perut dan dibersihkan comel-comel)
- 3 ikat serai *mayang halus-halus
- 2 biji cili merah besar (bagi yang suka pedas bolehlah gunakan cili padi tapi aku guna cili merah sebab anak-anak nak makan dan kalau boleh buang bijinya juga supaya tidak pedas) *mayang halus
- 3cm halia muda (nak guna halia tua pon boleh cuma halia muda ni lagi sedap rasanya kalau tergigit pon) *mayang halus
- 1 labu bawang putih *mayang halus
- 2-3 biji bawang merah *mayang halus
- 2 biji tomato (dibelah empat atau kalau nak hiris halus-halus pon boleh juga)
- 1 batang lobak merah (dipotong bulat-bulat)
- 3 labu bawang jeruk (dibelah dua)
- buah asam boi (tapi aku haritu memang tak ada jadinya aku gantikan dengan hirisan lemon)
- 2 sudu sos tiram
- garam, gula & lada sulah

Cara-cara untuk membuatnya pula :

Untuk masakan stim aku memang suka kalau ada banyak kuah, jadinya cara yang aku buat adalah gunakan kuali sahaja. Kalau dulu memang guna pengukus tetapi sekarang masak semua nak cepat sahaja terus gunakan kuali

1) Dalam kuali tu masukkan terus ikan dan segala bahan yang telah dihiris.
2) Masukkan air (agak-agaklah kan, jangan banyak sangat sebab nanti bukan stim namanya tapi dah jadi singgang)
3) Masukkan siap-siap perisa seperti sos tiram, garam, gula dan juga lada sulah (lada sulah ni sebenarnya pilihan tetapi entahlah sejak dua menjak ni suka pula kalau ada rasa lada sulah)
4) Buka api dan tutup kuali, bila nampak macam ikan di bahagian bawah dah masak, balikkan pula
5) Stim ni jangan lama sangat sebab dikhuatiri isi ikan akan hancur jadinya masak dalam 10-15 minit sahaja (atau bila dah tengok ikan dah masak)
6) Bila dah rasa cukup rasa masam, manis, masin dan pedas tu, bolehlah hidangkan.

Gambar dari En Google. Hehe








Resepi Cheesekut Yang Sedap!

Sape pernah makan Cheesekut? Seriusly first time Eyla makan benda ni dah jatuh cinta kot. Nak-nak Eyla ni penggemar Cheese. Hehe. Cheesekut ni rasanya memang sedap sampai satu bekas kot Eyla makan habis. So, ingatkan susah nak buat resepi Cheesekut tapi rupanya-rupanya senang jer u all. Tak perlu kita nak beli kat kedai bagai, baik buat sendiri jimat dan boleh makan banyak. hehe. 


Bahan-bahan :

250gm cream cheese (prefer brand TATURA, sebab tak masam sangat and murah sedikit)
1 pack biskut Hup Seng Deluxe Cream Cracker 
1/2 tin susu pekat manis (kalau korang tak suka manis boleh kurangkan, me gunakan tak sampai setengah)
1 kotak kecil susu full cream, brand Dutch lady pun ok
utk topping : milo/nestum

Cara-cara :

1. Pukul cream cheese bersama dengan susu pekat dan sedikit susu full cream. Pukul sampai cream cheese nampak berkilat dan tidak berketul. Nak guna blander or mixer or nak guna tangan pun boleh. Susu tu agak-agak 5@6 sudu je...jangan kasi cream cheese cair sangat..

2.  Sediakan bahan macam dekat bawah ni yea...tu cream cheese yang dah siap dipukul-pukul

cheesekut

3. Then susun biskut macam gambar dekat bawah ni....biskut tu korang kena rendam sesaat dua dalam susu segar...
cheesekut

4. Lepas dah siap susun biskut, korang sapukan dengan cream cheese tadi sampai tutup permukaan biskut....then korang tabur milo or nestum...ikut kesukaan masing-masing yea.,tabur selang-selang setiap layer...buat 3 or 4 layer...atas sekali letak lebih sikit cream cheese nye...macam pic dekat bawah ni...
cheesekut

5. Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 3@4 jam dan lepas tu ape lagi makanlah. hehe

cheesekut
Rupa Cheesekut yang dipotong. (Gambar google) 



Wednesday, 5 August 2015

Resepi Nasi Goreng Kampung

Selamat tengahari semua.. Sekarang dah waktu tengahari so time untuk kita lunch!! Biasa kalau lunch ni Eyla suka makan nasi yang ada lauk pauk. Tapi hari rasa nak tukar selera makanlah, mulut rasa nak makan masakan panas je. Bila lunch asyik makan benda sama je kan boring jugak. So, untuk menu lunch hari ini, Eyla pilih nasi goreng kampung! Walaupun nasi goreng kampung ni nampak simple je makan tengahari tapi kalau kena dengan rasa masakan nasi kampung tu memang sedap dua pinggan pun Eyla habis kan! Hehe. Siapa-siapa yang minat dengan nasi goreng kampung macam Eyla cuba buat resepi yang Eyla bagi ni. Selamat mencuba semua.

Bahan-Bahan:

3 cawan nasi
6 ekor udang, dibuang kulit
2 ekor sotong, dipotong bulat
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi
1/2 ikat sayur kangkung
1 mangkuk kecil karot, didadu
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar sos tiram
1 biji telur
2 ketul fish cake, putong dadu
ikan bilis goreng
serbuk lada sulah
garam dan gula secukup rasa
Bahan untuk tumbuk kasar:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawan putih
6 biji cili padi

nasi goreng kampung
Gambar Hiasan En Google

Cara Penyediaan:

-Panaskan minyak, tumiskan bahan tumbuk kasar sehingga naik bau.
-Masukkan karot, udang, sotong sos, fish cake, tiram dan sos ikan. Masak seketika.
-Masukkan batang kangkung yang dipotong. Kemudian masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. -Selepas itu buat lubang di tengah nasi goreng dan masukkan telur. Biar telur masak seketika dan hancurkan sebelum dikacau sebati bersama nasi goreng.
-Masukkan daun kangkung, serbuk lada sulah garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga nasi sebati dan garing.
-Taburkan dengan ikan bilis goreng sebelum hidang.



Tuesday, 4 August 2015

Pengalaman Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015

Hai semua, selamat petang.. Walaupun sakit urat satu badan  tapi mood untuk menulis blog berkobar-kobar setelah lama tidak menulis. hehe. Sebenarnya hari ni tak adalah cerita yang menarik cuma Eyla nak share dengan semua mengenai Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015. Ada siapa-siapa dapat tak? Pada 03 Ogos 2015 (semalam) Eyla ada menghadiri ujian fizikal untuk pengambilan inspektor polis 2015. Fuh, siapa yang tak kuat stamina memang boleh pitam dibuatnya! Ni antara pengalaman Eyla sepanjang menghadiri Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015

- Mula-mula pagi tu dalam pukul 8.00 macam tu petugas polis memberi taklimat untuk semua calon. 
- Lepas taklimat calon diasingkan antara lelaki dan wanita (sebab lepas ni nak kena pakai seluar pendek dan baju t-shirt so aurat wanita lelaki mana boleh lihat kan! hehe)
- Calon wanita diarahkan untuk tukar baju lengan pendek dan seluar pendek untuk pemeriksaan anggota badan.
- Petugas polis wanita akan memeriksa dari atas sampai bawah anggota badan kita ni dan tak boleh ada patah. Kalau patah confirm reject terus!
- Kalau dah lepas step ni mereka nak tengok cara kita berjalan dan berkawad. Kalau boleh buat sebaik yang mungkin. Dan paling penting tangan mesti lurus. Jangan bagi mereka tegur mengenai tangan. 
- Lepas dah siap step, ni mereka nak tengok kita berlari dalam 5 kali ulang-alik. Memang tak susah tapi penat oii!!
- Dah siap lari mereka terus suruh kita buat senaman yang tekan tubi, bangun tubi, lepas tu ada satu lagi senaman tapi Eyla lupalah. hehe 
- Lepas buat semua tu, ready untuk larian 2.4 km. Yang lari ni memang rasa nak pengsan kot dah lah lari dalam pukul 1.30 tengahari. Tapi, alhamdulillah semua ujian diatas tu lepas cuma keputusan belum diumumkan lagi. Kalau dapat alhamdulillah, kalau tak dapat pun tak apa, bukan rezeki kan. Hihi

pdrm

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST