Thursday, 29 September 2016

Petua Hilangkan Resdung

Zaman sekarng ni, macam-macam ubat yang ada untuk hilangkan resdung. Sape yang ada masalah resdung eloklah amalkan kan petua kat bawah ni kalau tak nak makan ubat or buat rawatan. Eyla pun nak try buat jugak mane lah tahu kot-kot ada resdung ke sebab 2, 3 hari ni hidung rasa tak selesa je.

1. Sedut Wap Air Hangat

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.
  •   Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam. 
  •   Matikan api selepas air bergejolak.
  •   Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sembari rileks.
  •  Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas   hingga terkumpul.
  • Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
Sedut Wap Air Hangat

2. Memampatkan Muka Dengan Air Hangat
Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.
  •     Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
  •  Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  •  Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.
Memampatkan Muka Dengan Air Hangat

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut silian agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.

3. Lidah Buaya
Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

Lidah Buaya

4. Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.
  •   Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  •   Hiris halus-halus daun pandan.
  •  Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
  • Campurkan air perasan limau denga daun pandan.
  •  Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  •   Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  • Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
  •  Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
  • Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  •  Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  • Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

Limau Nipis dan Daun Pandan
Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun terkawal. Juga ada kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Bila tidak berani cuba petua ini, maka sila rujuk pakar terlebih dahulu.

5. Kunyit atau Halia

Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
Kunyit atau Halia

Bersegeralah untuk menemui doktor bila dalam satu minggu tidak ada perubahan pada tanda-tanda sinus yang Anda terima, bahkan bila bertambah teruk semakin hari. Dalam kes semacam ini, umumnya doktor akan menetapkan antibiotik dan steroid semburan atau titisan pada pesakit. Untuk kes resdung yang lebih teruk, ada kemungkinan pesakit dikehendaki menjalani pembedahan untuk meningkatkan fungsi sinus dan juga fungsi drainase-nya.

Monday, 5 September 2016

Resepi Durian Crepe Yang Mudah dan Sedap

Musim durian dah pun tiba, kalau kat kelantan ni di tepi-tepi jalan penuh orang duk jual buah durian. Paling penting harga yang dijual memang murah lah sebab musim durian kan. Kalau bukan musim durian memang mahal lah kan harganya. Jadi, musim ni la ramai orang berebut-rebut nak makan durian dan buat resepi kegemaran masing-masing.

Kalau Eyla my favourite off course lah DURIAN CREPE! Sedap sangat makan benda ni. Rupanya nak buat durian crepe ni emmang tak susah, senang sangat. Daripada beli kat kedai hrga rm10 untuk 6 biji baik buat sendiri. Jimat dna boleh makan puas-puas! Resepi durian crepe kat bawah ni, Eyla ambil dari Encik Google. Manalah tahu kot-kot tangan ni rajin nak buat durian crepe kan. Hihi
 
Bahan-bahan:
250 g tepung gandum
500 ml santan (Boleh Guna Ayam Brand 200 ml dalam kotak, so kena plus lagi 300 ml untuk dapatkan crepe yang nipis)
3 biji telurSecubit garam
Pewarna kuning

*Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus.  Tapis. Rehatkan adunan seketika sebelum mula melempeng.

Untuk filling:

Isi durian segar
Non Dairy Whipping Cream

Pukul whipping cream hingga kental.  Gulung cream bersama durian dalam crepe.  Sedia dihidang. 

resepi durian crepe

Sunday, 4 September 2016

Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

Masalah yang sering dihadapi oleh wanita setiap kali datang bulan @ period adalah SENGGUGUT. Tapi tak semua wanita yang mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Macam Eyla, kena juga senggugut tapi bukan kerap. Bagi wanita yang tak pernah mengalami senggugut anda memang beruntung kot! Sakit senggugut memang tak boleh nak cakap kat orang la sebaba  rasa sakitnya tu memang tak boleh tahan. Tapi yang pernah mengalami je tahu sakit tu macam mana. Serba sedikit Eyla nak share mengenai masalah senggugut dan petua untuk mengurangkan rasa sakit senggugut. Harap dapat membantu korang semua!

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut.

Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT :

1. Minum air suam dengan kerap

air suam


Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.

2. Elakkan minuman berkafein


minuman berkafein







Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

3. Tuam bahagian perut/abdomen

Tuam bahagian perut


Petua yang ketiga ni, Eyla suka buat sebab memang menjadi. kalau tak percaya cuba buat. Caranya, Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit.

4 Senaman ringan

senaman untuk period
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5 Minum air rebusan halia



Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut

Thursday, 1 September 2016

Resepi Air Detox Untuk Kurus

Setiap perempuan mesti nak badan yang langsing dan sihat bukan.Sejak akhir-akhir ni Eyla rajin lah pulak nak buat air detox. Jom, kita kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus. Lebih baik buat air detox + senaman sebab cara ini adalah yang paling selamat untuk kurus.

1. Timun + Limau + Lemon






air detox

Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren


air detox

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren 

air detox
 
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4.Lemon + Daun Pudina

air detox

Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan. 

5.Oren + Lemon + Limau Nipis

air detox 4

Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
 
air detox

Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  •  mencuci dalaman perut dan usus
  •  menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema

Saturday, 6 August 2016

Jawatan Kosong Kerani Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) 08 Ogos 2016

Nampaknya bulan ni banyak betul kekosongan jawatan kosong yang di buka dalam sektor kerajaan. Kalau nak cari jawatan kosong yang baru, Eyla suka singgah kat portal blog http://ejobskini.blogspot.my/ yang popular tu. Eyla suka singgah kat blog ni sebab mereka sentiasa update jawatan kosong baru setiap hari. Kalau korang nak tahu kekosongan baru yang dibuka dengan cepat join je telegram mereka di telegram.me/jawatankerajaan. Lepas tu jangan lupa tau, share info jawatan kosong terbaru kepada rakan-rakan yang lain.

Jawatan kosong kerajaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Traikh tutup untuk jawatan ini adalah pada 08 Ogos 2016. Cara nak mohon Oonline untuk mengisi jawatan ini korang pergi KE link ni Permohonan jawatan secara online . Semua cara-cara nak mohon ada kat situ, korang hanya perlu ikut smua langkah yang diberikan je. Semoga berjaya!

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

Jawatan Kosong di Pos ArRahnu 31 Ogos 2016

Berita baik untuk semua terutamanya mereka yang masih menganggur, Pos ArRahnu telah membuka peluang kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong di Pos ArRahnu sebagai :


1. KERANI KAUNTER

2. PENILAI EMAS
3. PEGAWAI OPERASI 
4. PEGAWAI PEMATUHAN


SYARAT & KELAYAKAN BAGI JAWATAN NO 1 & 2 : 

-Warganegara Malaysia -Berumur 18 tahun hingga 30 tahun
-Kepujian bagi subjek Bahasa Melayu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DAN
-Lulus bagi subjek Bahasa Inggeris DAN -Kepujian bagi subjek Matematik / Perdagangan / Ekonomi / Prinsip Perakaunan
-Mempunyai lesen memandu Kelas B atau D dan memiliki kenderaan sendiri

*Kelayakan tambahan bagi jawatan No 2 :
-Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang operasi -Berpengalaman dalam pengurusan khidmat jualan dan pemasaran


SYARAT & KELAYAKAN BAGI JAWATAN NO 3 & 4  

-Warganegara Malaysia -Berumur 19 tahun hingga 35 tahun
-Mempunyai STPM / Diploma dalam bidang berkaitan
-Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman dalam bidang penilaian emas
-Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang operasi
-Berpengalaman dalam pengurusan khidmat jualan dan pemasaran -Mempunyai lesen memandu Kelas D dan memiliki kenderaan sendiri
-Boleh bekerka diluar kawasan Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan seperti di atas diminta menghantarkan resume berserta dokumen asal & salinan Kad Pengenalan, lesen memandu, sijil-sijil akademik (PMR & SPM & DIPLOMA) serta dokumen yang berkaitan dan 1 keping gambar berukuran passport (tidak dikembalika) ke alamat / email berikut :

SUMBER MANUSIA POS ARRAHNU, 
TINGKAT 3, IBU PEJABAT POS MALAYSIA BERHAD, 
KOMPLEKS DAYABUMI, 50670 KUALA LUMPUR 
azleena@pos.com.my 
muhd.sukri@pos.com.my 




 Jawatan Kosong di Pos ArRahnu

Apa tunggu lagi, jom mohon sekarang! Untuk info jawatan selanjutnya korang boleh singgah ke blog http://ejobskini.blogspot.my/ yang sentiasa mengemaskini jawatan baru setiap hari. Selamat memohon!


TARIKH TUTUP PERMOHONAN 31 OGOS 2016

Tuesday, 19 July 2016

Resepi Topping Kek Coklat Moist Yang Mudah

Sebut je pasal kek coklat mulut ni dah berair nak makan benda ni. Kalau nak harap buat sendiri, memang tak lah sebab malas. Hehe. Tapi masa Raya Aidilfitri baru-baru ni, Eyla tak tempah pun kek coklat buat sendiri je, rajin lah pulak TIME tu. Alhamdulillah, setelah lama tangan ni tak buat kek coklat tak sangka, menjadi dan sedap! Bukan nak puji diri sendiri okey, tapi mak saudara siap nak tempah lagi! Kiki. Bab-bab nak tempah ni lah yang malas nak buat. Tapi demi mak saudara Eyla akan buat juga untuk dia. Kesian pulak kat dia, dah banyak kali whassap tanya bila nak buat. Okey, this week i'm promise  akan buat untuk mak saudara yang cantik. Harap-harap menjadi la kali ni kek coklat moist Eyla.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Kek Coklat Kukus

Hari ni Eyla try google nak tengok resepi nak buat topping kek coklat moist pulak, senang je nak buat benda ni, Resepi nak buat topping ni ada macam-macam jenis so, terpulanglah kat korang nak ambil resepi yang mana. Eyla suka resepi toping yang nombor 1 tu.

Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist
Teknik Topping 1
1/2 cwn susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb mentega
Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
masukkan mentega -tutup api
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Teknik Topping 2
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api kecil hingga berkilat dan pekat

Teknik Topping 3
1/2 bar coklat masakan
2 sdb susu pekat
1 sudu mentega/majerin
1/3 cwn susu segar
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Kalau nak pekat jangan letak susu segar
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.


Teknik Topping 4

1 bar coklat masakan
4 sudu susu pekat
5 sudu air panas
1 sudu majerin/butter
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Sudah cair semua baru masukkan majerin/butter
Sudah sejuk baru siramkan pada kek yg dah sejuk


Teknik Topping 5

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
2 sdb majerin/butter
kacau atas api serbuk koko & susu pekat
Masukkan majerin/butter
kacau hingga likat dan pekat
Siramkan atas kek bila dah sejuk

Teknik Topping6
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
2 sdb butter
Masakkan semua atas api kecil
klu terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
kacau hingga likat dan berkilat
Siramkan atas kek bila dah sejuk


Teknik Topping 7

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
2 sdb mnyak masak
Masakkan semua atas api yang perlahan
kacau hingga likat berkilat
masukkan 1 sdt esin vanila
Biarkan sejuk dulu,baru siram atas kek


Teknik Topping 8

200 gm coklat masakan
1/4 cwn susu cair
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
kacau hingga pekat dan berkilat.

Resepi Topping Kek Coklat Moist Yang Mudah

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST