Tuesday, 19 July 2016

Resepi Topping Kek Coklat Moist Yang Mudah

Sebut je pasal kek coklat mulut ni dah berair nak makan benda ni. Kalau nak harap buat sendiri, memang tak lah sebab malas. Hehe. Tapi masa Raya Aidilfitri baru-baru ni, Eyla tak tempah pun kek coklat buat sendiri je, rajin lah pulak TIME tu. Alhamdulillah, setelah lama tangan ni tak buat kek coklat tak sangka, menjadi dan sedap! Bukan nak puji diri sendiri okey, tapi mak saudara siap nak tempah lagi! Kiki. Bab-bab nak tempah ni lah yang malas nak buat. Tapi demi mak saudara Eyla akan buat juga untuk dia. Kesian pulak kat dia, dah banyak kali whassap tanya bila nak buat. Okey, this week i'm promise  akan buat untuk mak saudara yang cantik. Harap-harap menjadi la kali ni kek coklat moist Eyla.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Kek Coklat Kukus

Hari ni Eyla try google nak tengok resepi nak buat topping kek coklat moist pulak, senang je nak buat benda ni, Resepi nak buat topping ni ada macam-macam jenis so, terpulanglah kat korang nak ambil resepi yang mana. Eyla suka resepi toping yang nombor 1 tu.

Cara Buat Topping Yang Betul dan Sedap Untuk kek Coklat Moist
Teknik Topping 1
1/2 cwn susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb mentega
Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
masukkan mentega -tutup api
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.

Teknik Topping 2
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
1/4 cwn susu cair
2 sdb butter/majerin/minyak masak
Masukkan dalam periuk
Masakkan atas api kecil hingga berkilat dan pekat

Teknik Topping 3
1/2 bar coklat masakan
2 sdb susu pekat
1 sudu mentega/majerin
1/3 cwn susu segar
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Kalau nak pekat jangan letak susu segar
Bila dah sejuk bolehlah tuang atas kek yang juga sudah sejuk.


Teknik Topping 4

1 bar coklat masakan
4 sudu susu pekat
5 sudu air panas
1 sudu majerin/butter
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
Sudah cair semua baru masukkan majerin/butter
Sudah sejuk baru siramkan pada kek yg dah sejuk


Teknik Topping 5

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
2 sdb majerin/butter
kacau atas api serbuk koko & susu pekat
Masukkan majerin/butter
kacau hingga likat dan pekat
Siramkan atas kek bila dah sejuk

Teknik Topping6
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk koko
2 sdb butter
Masakkan semua atas api kecil
klu terpekat boleh tambah sedikit susu cair atau susu segar
kacau hingga likat dan berkilat
Siramkan atas kek bila dah sejuk


Teknik Topping 7

1/2 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat manis
2 sdb mnyak masak
Masakkan semua atas api yang perlahan
kacau hingga likat berkilat
masukkan 1 sdt esin vanila
Biarkan sejuk dulu,baru siram atas kek


Teknik Topping 8

200 gm coklat masakan
1/4 cwn susu cair
Masakkan atas api guna kaedah DOUBLE BOILED
kacau hingga pekat dan berkilat.

Resepi Topping Kek Coklat Moist Yang Mudah

Monday, 18 July 2016

Tips Melancong Ke Luar Negara

Sebut je pasal bercuti ni baru-baru ni, Eyla ada pergi bercuti tapi kat Malaysia je la kan. Kiki.. Sape-sape suka pergi ke Pulau Perhentian, Eyla ada share artikel pasal Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian.  Nak tahu pasal resort dan chalet kat sini Senarai Chalet dan Resort di Pulau Perhentian

3 Tahun lepas,Eyla pernah pergi ke Hatyai best jugaklah. Pergi dengan kawan-kawan. Maklumlah tuan empunya diri ni belum kahwin lagi. Kiki..Nak bercuti / melancong ke negara jauh-jauh kena tunggu my future husband tolong bawak kan. Hehehe

Nak bercuti kat luar negara ni Eyla rasa bukan sesuatu yang mudah. Nak-nak kita berada di sesuatu negara yang berlainan bahasa, kaum, adab dan sebagainya. Justeru beberapa tips bercuti ke luar negara yang boleh anda teliti sebelum pergi ke luar negara. Selamat bercuti dan semoga percutian yang dinikmati dapat memberi keseronokan.

1.Passport

1.Passport

Pastikan passport anda masih sah. Sah dengan erti kata tarikh ‘expired’ passport anda hendaklah masih hidup dalam tempoh 6 bulan sebelum pulang dari tarikh anda melancong. Andai kata tidak cukup 6 bulan tempoh sah maka anda tidak dibenarkan untuk menaiki penerbangan. Sila berhati-hati.

Tempah tiket penerbangan

2.Tempah tiket penerbangan

Disarankan untuk memempah tiket penerbangan seawal 6 atau 3 bulan awal untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Lagi untung beli ketika promosi. Untuk dapatkan promosi kita kenalah sentiasa ‘update’ dengan informasi terkini daripada pihak penerbangan.

Pastikan ada membuat ‘Web Check In’ 2 hari sebelum melancong. Ini bagi memudahkan urusan anda ketika untuk urusan ‘Check In’ nanti. ‘Boarding Pass’ hendaklah disimpan dengan baik. Sebaiknya simpan juga salinan tiket penerbangan. Ini sebagai ‘back up plan’ sekiranya berlaku perkara-perkara tidak di ingini.

survey’ dahulu melalui internet


3.Buat itinerari percutian anda

Adalah lebih baik sekiranya kita buat ‘survey’ dahulu melalui internet. Anda boleh menyusun sendiri itinerari program anda. Contohnya dengan menempah hotel sendiri, pengangkutan menggunakan pengangkutan awam dan makanan dibawa siap. Akan tetapi berhati-hati kerana dikhuatiri anda ditipu oleh orang yang tidak dikenali. Rujuk kawan-kawan yang telah samapi ke tempat yang ingin kita pergi. Ini memudahkan kita untuk menyusun perjalanan percutian kita dengan baik.

Jalan penyelesaian. Anda boleh dapatkan pakej ‘Groud Handling’ daripada agensi pelancongan yang sah. Dengan itu, tugasan anda mudah tanpa perlu menempah segala bagai. Anda hany perlu mengikuti perjalanan yang telah ditetapkan oleh pihak agensi pelancongan.

Tukar duit di pengurup wang berlesen

4. Tukar duit di pengurup wang berlesen

Anda boleh ‘survey’ mana-mana ‘money changer’ yang boleh menawarkan harga yang terbaik untuk pertukaran duit. Kebiasaanya di area Bukit Bintang. Anda kena kenal pasti dahulu matawang apa yang digunakan di negara yang ingin anda pergi. Anda juga boleh menukar duit di ‘money changer’ di ‘airport’ atau di negara yang kita lawati akan tetapi kadar pertukarannya rendah. Kita rugi di situ.

5. Duit ‘Emergency’

5. Duit ‘Emergency’

Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini. Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut.'

 Pakaian

6. Pakaian

Bawa pakaian yang perlu sahaja. Jika perlu kurangkan pakaian, maka kurangkan. Ini bagi memudahkan untuk anda mengemas semula barang-barang anda. Ini juga strategi untuk anda ‘shopping’ banyak barang semasa melancong kerana ruang beg anda masih banyak. Kurangkan barang yang dibawa, bawa pulang banyak barang hasil percutian kita.

senarai barang untuk bawa melancong

7. Aksesori wajib sebagai seorang pelancong

Sebagai seorang pelancong, pastinya ada barang-barang yang merupakan senjata untuk anda bawa bersama. Seperti :

Makanan segera, biskut & roti
Losyen
Ubat-ubatan
Botol Air
Selimut & Bantal
Cermin mata
‘International Plug Adaptor’
Kompas & sejadah
Sweater
Beli peta

airport 1

8. Datang awal ke ‘airport’

Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana. 

9. Jaga keselamatan barangan

9. Jaga keselamatan barangan

Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.

Peringatan : Sila semak Status Perjalanan ke luar negara supaya tidak dihalang untuk keluar negara ketika di airport nanti. Pastikan korang tidak dalam senarai blacklist dan sudah membayar ansuran pinjaman PTPTN.

Sunday, 17 July 2016

Jawatan Kosong Terkini di RISDA Ogos 2016

Hai semua, selamat petang.. Ada berita baik untuk semua yang sedang mencari pekerjaan. Jawatan kosong kerajaan terkini di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Ogos 2016 telah dibuka. Jawatan kosong di RISDA ni bukan selalu tau dia buka dalam setahun 1 atau 2 kali je kalau tak silap Eyla la. Eyla tengok banyak kekosongan jawatan kosong yang ada kat RISDA tu. Rugilah kalau tak mohon kan, bukan bayar pun. hehehe. Tarikh tutup permohonan 01 & 02 Ogos 2016

Jawatan kosong di RISDA seperti di bawah ni :

1. PEMBANTU TADBIR KEWANGAN W17 
2. PEGAWAI TADBIR N41 
3. PEGAWAI PERTANIAN G41
4. JURUTERA J41
5. PENOLONG AKAUNTAN W27
6. PEMBANTU TADBIR (P/O) N17
7. JURUAUDIO VISUAL N17
8. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
9. AHLI FOTOGRAFI B17
10. PEMBANTU OPERASI N11
11. PEMANDU KENDERAAN H11
12. PEMBANTU AWAM H11
13. PENOLONG PEGAWAI TADBIR N27

Jawatan Kosong Terkini di RISDA Ogos 2016

Apa tunggu lagi, jom sama-sama kita mohon secara online. Untuk info jawatan selanjutnya korang boleh pergi ke laman blog ni http://ejobskini.blogspot.my/ yang sentiasa mengemakini jawatan kosong setiap hari. Kalau nak mudah dan cepat untuk mengetahui jawatan kosong baru yang dibuka korang join je telegram mereka, apa sahaja jawatan kosong yang baru buka terus masuk dalam telegram tau. Selamat memohon semua. Hihi

Tuesday, 12 July 2016

Resepi Nasi Ayam Sedap

Bulan puasa baru-baru ni, kak ipar tersayang kita ada jual nasi ayam kat bazaar ramadhan. Mak aii, laku giler kot nasi ayam dia. Eyla sempat jugak la try nasi ayam dia buat, memang sedap sangat-sangat! Alang-alang dia buat nasi ayam hari tu, Eyla ada tanya dia apa resepi nasi ayam yang sedap dia buat, rupanya resepi yang di buat lain sikit dari orang lain buat. Tapi rahsialah kan tak boleh bagitahu. hehehe.. Tapi ada satu blog ni Eyla tertarik dengan resepi dia yang sangat mudah dan ringkas. Jadi, yang ada plan nak buat nasi ayam sedap ni, apa kata korang cuba resepi nasi ayam iresipi.com nampak macam sedap je.. Hehe

Bahan-Bahan:

Bahan untuk ayam (direbus) :
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:
  • 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Sedikit garam
  • 2 bunga lawang*
  • 4 buah pelaga*
  • 1 kayu manis*
  • 1 batang serai ketuk
  • 2 helai daun pandan
  • Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:
  • 5 biji cili merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • Rempah sup bunjut
  • Garam
  • Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam di atas
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Sedikit garam
  • Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:
  • Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  • Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  • Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  • Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:
  • Basuh beras dan tos air.
  • Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:
  • Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
  • Kisarkan semua bahan di atas.
  • Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
  • Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Tips:
Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Resepi Nasi Ayam Sedap
Nasi Ayam

Monday, 11 July 2016

Resepi Roti Jala Lembut

Ada peminat roti jala tak kat sini? hehehe...Eyla ni memang minat sangat makan roti jala, nak-nak dapat makan roti jala yang lembut beserta kuah kuzi / kari yang enak memang licin satu pinggan Eyla makan. Hahaha. Tapi yang jual kat luar tu kebanyakkannya tak sedap sebab bila makan rasa tak lembut. 

Raya kedua baru ni Eyla ada buat tempah roti jalan dengan kawan, perrgghh, roti jala dia memang lembut dan sedap sangat bila makan dengan kuah kuzi. Jadi, hari rasa ini teringin lah pulak nak cuba buat sendiri kan orang kata, jadi apa lagi,  Eyla google resepi  melalui En Google dan Eyla tertarik satu resepi di blog azlitamasammanis.com nampak macam best jer roti jala yang dia share kat blog dia. Lepas ni Eyla nak cuba. Harap-harap menjadilah yerr.. Hihihi

Resepi Roti Jala Lembut
Gambar dari Encik Google. Hehehe
Bahan bahan:
3 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
1 biji telur
3 cawan air/santan/susu segar (saya guna air dicampur sedikit santan)
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara:
Blendkan semua bahan di atas hingga sebati. Kalau nak tahu adunan dah boleh dijala atau belum, cuba masukkan sesenduk ke dalam acuan. Kalau keluarnya tak putus-putus maknanya dah boleh di jala menggunakan kuali non stick. Kuali biasa pun boleh asal tak melekat. Kalau pekat tambah air lagi sehingga boleh dijala.

Lepas jala atas kuali biarkan dalam beberapa saat. Kalau dah masak tak payah dibalik terus aje di angkat dan digulung.

Bila dah siap bolehlah dimakan dengan kuah ayam masak kuzi. Sesuai untuk open house sebab walaupun sampai ke petang roti jala tu tetap lembut seperti baru dimasak. Cubalah.

Thursday, 30 June 2016

Cirit-Birit dan Rawatan

Tinggal beberapa hari lagi kita semua nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan. Mood nak raya tahun ni memang excited sangat sampai kan mood nak kerja memang dah ke laut. Hehe. Alhamdulillah semua persiapan raya dah settle baju raya, tudung raya, kasut raya semua dah dibeli. Bile ramadhan dah nak berlabuh tirai ni rasa sayu la pulak hati ni. urmmmm.. 

Hari ni Eyla nak story sikit pasal makanan ni. Time puasa ni faham-faham lah nafsu nak membeli kat bazaar Ramadhan ni macam-macam. Tapi kena ingat, kat bazaar Ramadhan ni, makanannya tak semua yang baru, ada yang dah dicampurkan dengan makanan yang semalaman. ish, ish, ish tak baik jual makanan kat pembeli macam tu tau. Bukan ape, gara-gara beli makanan kat bazaar yang dah dicampur ni buat perut kita meroyan dan mulalah berlakunya keracunan makanan / cirit-birit. So, nak beli kat bazaar Ramadhan kena betul-betul pandai pilih makanan, nanti tak pasal-pasal  kita yang kena sakit. Kat bawah ni, eyla ada search sikit kat En.Google pasal cirit birit / keracunan makanan dan cara nak merawatnya.

BILA PERLU MENDAPAT RAWATAN 
Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM .  Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

CARA-CARA PENYEMBUHAN SEGERA
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air 
Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan 
Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

Ambil Makanan Lembut 
Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. 

Jangan Paksa Diri Anda 
Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

Cirit-Birit dan Rawatan

Monday, 20 June 2016

Senarai Juadah Popular Di Hari Raya Aidilfitri

Suasana hari raya dah makin terasa ni, tinggal 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dah tak sabar rasanya nak sambut ni. Hehe. Dalam kepala Eyla ni dah berkira-kira juadah apa yang nak dihidangkan kepada tetamu yang akan datang nanti. So kat bawah ni Eyla ada cari lah sikit-sikit pasal juadah yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya nanti. 

Lemang 

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. 

Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. . Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku semai.

lemang


Rendang 

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan Daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. 

rendang

Ketupat Palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian. Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

ketupat palas

Sate

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

sate

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST