Pernah korang rasa kecewa sebab tak boleh nak speaking cam orang lain? Zaman sekarang ni memang agak mencabar untuk mendapat pekerjaan nak-nak kebanyakkan syarikat swasta terutamanya memang mereka mementingkan Bahasa Inggeris untuk bekerja dengan mereka. Kebanyakkan ramai yang boleh membaca atau faham Bahasa Inggeris cuma time nak cakap punyalah susah kan? Tu sebab kita kena practise dari sekarang kalau nak pandai Bahasa Inggeris ni. Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan sangat sengit zaman sekarang jadi, sekurang-kurangnua jika kita dapat speaking dalam Bahasa Inggeris ini merupakan satu kelebihan untuk kita mendapat peluang pekerjaan kelak.
Walaupun kita ni ada sijil dekan atau cemerlang sekali pun kalau speaking fail jangan harap nak dapat kerja yang bagus-bagus. Bukan private je yang mementingkan Bahas Inggeris, nak kerja kerajaan sekarang pun kena pandai pandai Bahasa Inggeris jugak ok, nak-nak kalau yang dapat jawatan pegawai atau penolong pegawai. So, dari sekaranglah kita kena ready dan belajar sampai pandai.
Sebenarnya nak belajar Bahasa Inggeris ni tak susah sangat apa yang penting kita kena tanamkam minat baru jadi. Lepas ni tak perlu lagi nak semakkan kepala macam mana nak pandai Bahasa Inggeris cuba ikut tips yang diberikan ni mana tau dapat membantu korang.
1. MEMBACA
Dapat tambah vocabulary. Sebab kurang vocabulary ni lah kita tak dapat nak kuasai bahasa omputih ni. Idea nak cakap punya lah banyak, tapi tak terkeluar sebab tak da kosa kata. So, tak ada cara lain selain membaca. Jangan tunggu2 lagi, cepat grab newspapers, magazines, buku, komik dan lain2 asalkan bahasa Inggerislah ya. Lepas dah grab tu, jangan tak baca pulak.
Biasakan dengan Istilah. Kalau kita banyak membaca bahan-bahan bacaan English ni, mesti kita perasan kan, istilah-istilah/ proverb/ idiom/ frasa-frasa yang digunakan. Dengan membaca ni, dapat la kita biasakan dengan benda alah tu semua. Bila dah jumpa istilah2 ni semua, shad selalu highlight kan dia. Senang sikit nak cari semula nanti.
Gunakan Mr.Dictionary sepenuhnya. Tipu kalau korang cakap korang tak ada encik kamus ni dekat rumah. Rugi kalau tak jadi best friend dengan dia. Baguskan encik kamus ni, kita tanya apa pun mesti dia jawab, seikhlas hati lagi bagi jawapan. Makna-makna atau word2 yang kita tak tau tu, catat then buka kamus. Pernah dengar tak, ada orang baca kamus! Macam tak percaya kan, tapi betul. Tak tipu. Dapat sehari semuka pun dah cukup rahmat.
Pilih bahan bacaan yang sesuai. Yang ini penting. Kena pilih bahan bacaan yang sesuai dengan tahap kebolehan kita lah kan. Kalau berada pada tahap lemah, jangan baca bahan yang berat2 dan sukar. Begitu jugak sebaliknya. Sama jugak dengan beginner, baru nak belajar2 jatuh cinta dengan English ni pilih lah bahan yang ringan. Nanti dah expert, boleh la kita sama2 angkut buku English tebal2 kat Kinokuniya tu ha. Hehe.
2. MENTERJEMAH
Berlatih menterjemah. Kalau nak expert in English ni, kita kena lah jugak buat latihan menterjemah. Tak kisah la bahasa apa pun. Malay ke English or sebaliknya. Nak terjemah English-Arab pun boleh. Nak jadi penterjemah yang baik, kena expert dulu tatabahasa kedua-dua bahasa. Kata dasar, past tense, singular-plural bagai. Bila dah terer tatabahasa ni, lagi senang nanti nak susun ayat. Nampak macam banyak sangat kan, tapi benda ni kalau ada keinginan, gerenti beres punyalah.
Bahasa ada struktur ayat tersendiri. Yang ni kena bear in our mind, setiap bahasa ada dia punya struktur ayat dia tersendiri. Tak boleh sesuka hati nak terjemah bahasa ni. Kena saman woo. Sebabnya takut mencacatkan maksud ayat, tak pun berubah terus maksudnya.
Faham teks bacaan. Cara betul yang kita patut buat ialah dengan menyemak dahulu ayat demi ayat hingga betul-betul faham apa yang nak disampaikan dalam sesuatu text atau bahan bacaan tu. Lepas dah betul-betul faham, baru lah terjemah ayat tu ikut struktur yang betul dan tatabahasa yang betul.
3. LATIHAN MENULIS
Latihan berperingkat. Dah pandai kita menterjemah tadi, kena la disusuli dengan latihan menulis pula. Baru outcome dia gempak. Sehari dapat dua-tiga perenggan pun dah cukup awesome. Tulis aja apa-apa yang terlintas kat minda.
Mulakan dengan diary harian. Part ni best, sebab kita boleh tulis macam-macam dalam diary kita kan. Nak luah perasaan ka, nak cerita peristiwa apa yang berlaku ka, no one can step into that privacy diary. Tapi make sure tulis in English lah ye. Tulis diary ni every day kalau nak cepat expert. Permulaan tu maybe macam tersekat-sekat-susah-bagai, lama-lama nanti lancar punya lah. So, cepat pergi ambil buku diary and start menulis.
Keep it up dengan English language. Teruskan dengan bahasa omputih ni. Kita kena selalu ingat, setiap bahasa ni ada keunikan dia tersendiri. Kalau korang nak mengarang English essay, teruskan mula aja dengan English. Sebabnya, kalau kita karang essay in Malay dulu, then baru translate semula in English, takut maknanya lain pulak.
4. HAFAL
Hafal sebelum tidur. Menghafal ni salah satu cara yang dapat bantu kita nk tangani masalah sukar nak kuasai English language. Satu kaedah nak hafal ialah sebelum tidur. Kaedah ni paling effektif kalau u all guna kamus lengkap. Catat beberapa perkataan yang sukar sekali dengan pengertian dia yang nak dihafal tu.
Sebut dengan kuat dan jelas. Hafal perkataan tadi sebelum tidur. Jangan hafal di dalam hati tapi sebut perkataan tu dengan kuat dan jelas. Nak tau tak, waktu kita tidur, fikiran bawah sedar akan menyerap kata-kata tadi ke dalam otak. Hebat kan.
Ingat kembali. Ketika bangun tidur pada waktu pagi, korang cuba ingat balik kata-kata yang korang hafal tu. Sebut satu persatu dengan kuat. Ulangi kaedah ni every day. Even hanya lima perkataan sehari, lama-lama vocab mesti bertambah punya lah. Tak percaya? Try dulu ye. Jadi ke tak. Conform awesome punya lah.
5. KETAHUI PERBEZAANNYA
Beza Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Apa yang bezanya? Ya, dari segi spesifikasi. Bahasa Melayu banyak spesifikasi yang bahasa Inggeris tak ada. Kena faham betul2 perbezaan ni.
Hukum DM dan MD. Bahasa Melayu ni guna hukum DM iaitu 'Diterangkan-Menerangkan'. Kata yang diterangkan selalu berada kat depan kata menerangkan. Contohnya, rumah besar, pramugari cantik. Dia punya pengertian akan berubah kalau kata-kata tu terbalik menjadi besar rumah atau cantik pramugari.
Bahasa Inggeris guna hukum MD. Kat sinilah perbezaan bahasa kita dengan bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris guna hukum MD. Kata yang menerangkan lebih dahulu barada di depan diikuti kata yang diterangkan kat belakang. Contohnya big house.
No comments:
Post a Comment