Monday 21 May 2018

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pulak. So, mesti ramai yang tengah berkira-kira nak buat biskut ape kan untuk raya tahun ni. Eyla nak share resepi tart cadbury yang tengah viral sekarang ni. Rupanya tak de lah susah sangat pun nak buat biskut ni, paling penting kena rajin. Hanya perlu menggunakan 3 bahan sahaja maka terhasil lah tart cadbury yang mudah dan sedap gitu.

BAHAN-BAHAN
tepung gandum
mentega
cabbury

CARA PENYEDIAAN
setengah kg tepung gandum
1 bungkus mntega..gaul sampai jadi doh. (boleh lihat gambar utuk rujukan)
bakar suhu 150 api atas bawah
slma 5-7 mnit
boleh dpt dlm 80 biji lebih pcs.
coklat xcair bila bakar.

Senang kan resepi biskut tart cadbury ni, jom kita sama-sama buat untuk raya ni. Hehe

resepi tart cadbury
Masukkan tepung dan butter
resepi tart cadbury
Uli biar jadi doh mcm ni tau

resepi tart cadbury
Lepas tu guna acuan tart dan guling la ikut bentuk coklat tu

Wednesday 12 October 2016

Resepi Kek Coklat Lava Berhantu

Mulut ni terliur sangat nak makan kek coklat lava berhantu. Betul ke berhantu? Hahaha.. mane tak bkek coklat lava berhantu ni memang sedak sangat. Ramai orang duk jual kek ni sekarang makan xmuak orang kata. Hari tu Eyla ada order dengan sorang akak ni, memang sedap sangat kek coklat lava berhantu yang dia buat tu. 2 bekas kot sekali makan. Hari ni rasa nak makan sangat so, dalam kepala otak ni nak cuba buat sendiri dulu mane tahu kan sedap dari akak tu buat ke. Hehehe. Resepi kek coklat lava berhantu banyak dalam google tapi Eyla ada tertarik dengan satu resepi ni macam senang je nak buat.

BAHAN BAHAN

KEK CHOCOLATE MOIST 

BAHAN A
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
*satukan

2 biji telur Gred A

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
* ayak

CARA CARA
Satukan BAHAN A dalam bekas
Masak atas api ( double boiler ) sehingga sebati dan gula hancur
Masukkan telur yang telah di kocok
Masukkan tepung yang telah di ayak
Masukkan adunan ke dalam bekas yang di sukai ( masukkan separuh bekas )
Kukus selama 30 minit dengan api sederhana
Sejukkan kek sebentar

250 gm Cheese ( philadhephia ) lembut kan di suhu bilik dahulu
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis

Satukan cheese dengan susu pekat. Putar hingga lembut
Masukkan UHT whipping cream .Putar hingga adunan cheese menjadi lebih kembang dan mengebu ( jgn putar lama sangat takut uht whipping mencair semula )
Simpan sedikit adunan cheese utk lorekan atas kek

COKLAT LELEH
 300 gm coklat masakan
 300  gm UHT Whipping Cream
1 sudu makan  nutella

Satukan kesemua bahan dan Masak atas double boiler hingga menjadi ganache
Sejukkan sebentar hingga sedikit memekat

STEP MELAPIS KEK BERHANTU !!

1. KEK
2.ADUNAN CHEESE ( biarkan adunan cheese mengeras dahulu, baru tuangkan adunan ganache )
3, GANACHE
4. LOREK

* KETEBALAN ADUNAN SETIAP LAPISAN TERPULANG DAN AGAK2 SAHAJA

Resepi Kek Coklat Lava Berhantu
Ni lah rupa Kek Coklat Lava Berhantu. 

Thursday 29 September 2016

Petua Hilangkan Resdung

Zaman sekarng ni, macam-macam ubat yang ada untuk hilangkan resdung. Sape yang ada masalah resdung eloklah amalkan kan petua kat bawah ni kalau tak nak makan ubat or buat rawatan. Eyla pun nak try buat jugak mane lah tahu kot-kot ada resdung ke sebab 2, 3 hari ni hidung rasa tak selesa je.

1. Sedut Wap Air Hangat

Petua hilangkan resdung pertama ialah dengan menghirup wap air hangat.
  •   Pertama, rebus air sebanyak satu gayung, lalu campurkan dengan air garam. 
  •   Matikan api selepas air bergejolak.
  •   Letakkan kepala anda 30 cm di atas air, lalu hirup wap hangat sembari rileks.
  •  Bila ingin lebih berkesan, Anda boleh menyelubungkan kepala dengan tuala yang menutup wap air panas   hingga terkumpul.
  • Hirup selama 15 minit. Lakukan tiga kali dalam sehari hingga resdung reda.
Sedut Wap Air Hangat

2. Memampatkan Muka Dengan Air Hangat
Bila tidak kuat dengan menghirup wap, Anda boleh cuba petua kedua iaitu memampatkan bahagian pipi dengan air hangat.
  •     Panaskan air, lalu diamkan hingga hangat.
  •  Celupkan tuala ke dalam air, lalu peras airnya.
  •  Letakkan tuala untuk menutupi wajah Anda.
Memampatkan Muka Dengan Air Hangat

Cara ini dapat membantu menggalakkan rambut silian agar mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitaran hidung.

3. Lidah Buaya
Mungkin sepanjang ini kita hanya tahu khasiat lidah buaya untuk merawat rambut. Namun faktanya, lidah buaya boleh dipakai untuk mengubati resdung sebab mengandungi sifat antiseptik. Cara pakainya adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Agar lebih berkesan, minumlah rebusan lidah buaya secara teratur.

Lidah Buaya

4. Limau Nipis dan Daun Pandan
Petua hilangkan resdung tradisional selanjutnya ialah memakai campuran limau nipis dan daun pandan.
  •   Siapkan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan.
  •   Hiris halus-halus daun pandan.
  •  Peras buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, saring air untuk memisahkan bijinya.
  • Campurkan air perasan limau denga daun pandan.
  •  Ramas daun pandan beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan.
  •   Tapiskan sampai tertinggal air saja.
  • Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
  •  Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
  • Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
  •  Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
  • Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.

Limau Nipis dan Daun Pandan
Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun terkawal. Juga ada kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Bila tidak berani cuba petua ini, maka sila rujuk pakar terlebih dahulu.

5. Kunyit atau Halia

Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.
Kunyit atau Halia

Bersegeralah untuk menemui doktor bila dalam satu minggu tidak ada perubahan pada tanda-tanda sinus yang Anda terima, bahkan bila bertambah teruk semakin hari. Dalam kes semacam ini, umumnya doktor akan menetapkan antibiotik dan steroid semburan atau titisan pada pesakit. Untuk kes resdung yang lebih teruk, ada kemungkinan pesakit dikehendaki menjalani pembedahan untuk meningkatkan fungsi sinus dan juga fungsi drainase-nya.

Monday 5 September 2016

Resepi Durian Crepe Yang Mudah dan Sedap

Musim durian dah pun tiba, kalau kat kelantan ni di tepi-tepi jalan penuh orang duk jual buah durian. Paling penting harga yang dijual memang murah lah sebab musim durian kan. Kalau bukan musim durian memang mahal lah kan harganya. Jadi, musim ni la ramai orang berebut-rebut nak makan durian dan buat resepi kegemaran masing-masing.

Kalau Eyla my favourite off course lah DURIAN CREPE! Sedap sangat makan benda ni. Rupanya nak buat durian crepe ni emmang tak susah, senang sangat. Daripada beli kat kedai hrga rm10 untuk 6 biji baik buat sendiri. Jimat dna boleh makan puas-puas! Resepi durian crepe kat bawah ni, Eyla ambil dari Encik Google. Manalah tahu kot-kot tangan ni rajin nak buat durian crepe kan. Hihi
 
Bahan-bahan:
250 g tepung gandum
500 ml santan (Boleh Guna Ayam Brand 200 ml dalam kotak, so kena plus lagi 300 ml untuk dapatkan crepe yang nipis)
3 biji telurSecubit garam
Pewarna kuning

*Satukan semua bahan dan kisar dalam blender hingga halus.  Tapis. Rehatkan adunan seketika sebelum mula melempeng.

Untuk filling:

Isi durian segar
Non Dairy Whipping Cream

Pukul whipping cream hingga kental.  Gulung cream bersama durian dalam crepe.  Sedia dihidang. 

resepi durian crepe

Sunday 4 September 2016

Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

Masalah yang sering dihadapi oleh wanita setiap kali datang bulan @ period adalah SENGGUGUT. Tapi tak semua wanita yang mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Macam Eyla, kena juga senggugut tapi bukan kerap. Bagi wanita yang tak pernah mengalami senggugut anda memang beruntung kot! Sakit senggugut memang tak boleh nak cakap kat orang la sebaba  rasa sakitnya tu memang tak boleh tahan. Tapi yang pernah mengalami je tahu sakit tu macam mana. Serba sedikit Eyla nak share mengenai masalah senggugut dan petua untuk mengurangkan rasa sakit senggugut. Harap dapat membantu korang semua!

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut.

Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT :

1. Minum air suam dengan kerap

air suam


Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.

2. Elakkan minuman berkafein


minuman berkafein







Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

3. Tuam bahagian perut/abdomen

Tuam bahagian perut


Petua yang ketiga ni, Eyla suka buat sebab memang menjadi. kalau tak percaya cuba buat. Caranya, Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit.

4 Senaman ringan

senaman untuk period
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5 Minum air rebusan halia



Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut

Thursday 1 September 2016

Resepi Air Detox Untuk Kurus

Setiap perempuan mesti nak badan yang langsing dan sihat bukan.Sejak akhir-akhir ni Eyla rajin lah pulak nak buat air detox. Jom, kita kuruskan badan secara semulajadi tanpa perlu bergantung kepada ubat kurus. Lebih baik buat air detox + senaman sebab cara ini adalah yang paling selamat untuk kurus.

1. Timun + Limau + Lemon






air detox

Sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Timun, limau dan lemon mampu mengawal nafsu makan selain mengelakkan masalah perut kembung.

2. Teh Hijau + Daun Pudina + Oren


air detox

Sangat berkesan untuk membakar lemak, melancarkan penghadaman, mengatasi sakit kepala dan bau mulut. Teh hijau pula memang terkenal dalam membantu meningkatkan metabolisme tubuh.

3.Timun + Lemon + Limau Nipis + Oren 

air detox
 
Sesuai untuk mereka yang sedang berdiet kerana timun, lemon, limau nipis dan oren membantu mengawal selera makan dan meningkatkan metabolisme tubuh.

4.Lemon + Daun Pudina

air detox

Kombinasi lemon dan daun pudina sesuai buat mereka yang sibuk dan aktif. Lemon dapat menyingkirkan toksin dalam badan manakala daun pudina pula membantu proses penghadaman. Ia sangat membantu menurunkan berat badan. 

5.Oren + Lemon + Limau Nipis

air detox 4

Sesuai untuk mereka yang menjaga kesihatan perut kerana oren dan limau nipis baik untuk sistem pencernaan. Lemon pula membersihkan sistem pencernaan. Berkesan untuk mengatasi masalah perut buncit.

6.Strawberi + Oren +Daun Pudina
 
air detox

Air detoks campuran strawberi, oren dan daun pudina sangat baik untuk diamalkan. Hal ini kerana strawberi mampu mengurangkan kolesterol. Oren pula membantu mengatasi masalah sembelit manakala daun pudina pula mencegah masalah angin dan kembung perut.

Antara fungsi terbaik jika kita amalkan minum minuman detox ni ialah ianya dapat :
  •  mencuci dalaman perut dan usus
  •  menurunkan berat badan
  • mengempiskan perut
  • melegakan sakit tekak
  • mencantikkan kulit kerana kandungan vitamin C yang tinggi
  • membuang toksin dalam badan
  • mengurangkan masalah selsema

Saturday 6 August 2016

Jawatan Kosong Kerani Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) 08 Ogos 2016

Nampaknya bulan ni banyak betul kekosongan jawatan kosong yang di buka dalam sektor kerajaan. Kalau nak cari jawatan kosong yang baru, Eyla suka singgah kat portal blog http://ejobskini.blogspot.my/ yang popular tu. Eyla suka singgah kat blog ni sebab mereka sentiasa update jawatan kosong baru setiap hari. Kalau korang nak tahu kekosongan baru yang dibuka dengan cepat join je telegram mereka di telegram.me/jawatankerajaan. Lepas tu jangan lupa tau, share info jawatan kosong terbaru kepada rakan-rakan yang lain.

Jawatan kosong kerajaan di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Ogos 2016. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) sebagai :

1. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) N19

Traikh tutup untuk jawatan ini adalah pada 08 Ogos 2016. Cara nak mohon Oonline untuk mengisi jawatan ini korang pergi KE link ni Permohonan jawatan secara online . Semua cara-cara nak mohon ada kat situ, korang hanya perlu ikut smua langkah yang diberikan je. Semoga berjaya!

Jawatan Kosong Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM)

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST