Thursday 30 June 2016

Cirit-Birit dan Rawatan

Tinggal beberapa hari lagi kita semua nak sambut Hari Raya Aidilfitri kan. Mood nak raya tahun ni memang excited sangat sampai kan mood nak kerja memang dah ke laut. Hehe. Alhamdulillah semua persiapan raya dah settle baju raya, tudung raya, kasut raya semua dah dibeli. Bile ramadhan dah nak berlabuh tirai ni rasa sayu la pulak hati ni. urmmmm.. 

Hari ni Eyla nak story sikit pasal makanan ni. Time puasa ni faham-faham lah nafsu nak membeli kat bazaar Ramadhan ni macam-macam. Tapi kena ingat, kat bazaar Ramadhan ni, makanannya tak semua yang baru, ada yang dah dicampurkan dengan makanan yang semalaman. ish, ish, ish tak baik jual makanan kat pembeli macam tu tau. Bukan ape, gara-gara beli makanan kat bazaar yang dah dicampur ni buat perut kita meroyan dan mulalah berlakunya keracunan makanan / cirit-birit. So, nak beli kat bazaar Ramadhan kena betul-betul pandai pilih makanan, nanti tak pasal-pasal  kita yang kena sakit. Kat bawah ni, eyla ada search sikit kat En.Google pasal cirit birit / keracunan makanan dan cara nak merawatnya.

BILA PERLU MENDAPAT RAWATAN 
Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM .  Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

CARA-CARA PENYEMBUHAN SEGERA
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air 
Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan 
Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

Ambil Makanan Lembut 
Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. 

Jangan Paksa Diri Anda 
Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

Cirit-Birit dan Rawatan

Monday 20 June 2016

Senarai Juadah Popular Di Hari Raya Aidilfitri

Suasana hari raya dah makin terasa ni, tinggal 2 minggu je lagi kita semua akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dah tak sabar rasanya nak sambut ni. Hehe. Dalam kepala Eyla ni dah berkira-kira juadah apa yang nak dihidangkan kepada tetamu yang akan datang nanti. So kat bawah ni Eyla ada cari lah sikit-sikit pasal juadah yang popular untuk dihidangkan kepada tetamu di Hari Raya nanti. 

Lemang 

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. Lemang juga merupakan makanan orang asli Negrito yang ada di Kelantan. 

Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Orang Minangkabau juga menggemari lemang, sehinggakan kota seperti Tebing Tinggi dikenal dengan julukan "Kota Lemang".

Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia. . Lemang juga merupakan makanan kegemaran kaum asli Malaysia seperti kaum Negrito, dan suku semai.

lemang


Rendang 

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau juga Melayu bersantan dengan Daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha. 

rendang

Ketupat Palas

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras. Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa. Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian. Ia enak dimakan dengan rendang ayam mahupun rendang daging.

ketupat palas

Sate

Sate ialah sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa / buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu.Kebanyakan orang Melayu tidak makan daging semata-mata. Oleh itu biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Sate mudah dimakan di tepi-tepi jalan kerana dicucuk dengan lidi kelapa. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Bau yang wangi amat penting. Boleh juga didapati, sate dihidang dengan bawang merah dan timun, selain ketupat nasi atau nasi himpit.

sate

Tuesday 7 June 2016

Senarai Chalet dan Resort di Pulau Perhentian

Assalamualaikum semua... Alhamdulillah, hari ni dah masuk hari kedua kita semua berpuasa di bulan Ramadhan ni. Hari tu Eyla ada janji kan nak sambung balik pasal artikel Tips Bercuti Ke Pulau Perhentian. Diharapkan artikel ni dapat membantu sedikit sebanyak buat korang yang nak bercuti kat sana. 

Sebelum pergi bercuti ke mana-mana semestinya kita semua akan survey tempat penginapan yang bersesuaian dengan budjet yang ada. Bagi yang ada budget lebih bolehlah menempah mana-mana tempat yang diinginkan. Sebenarnya banyak Chalet dan Resort yang menarik, selesa untuk kita menginap di Pulau Perhentian. Sebelum membuat apa-apa tempahan, make sure korang kena survey dulu tempat tersebut. Bukan apa, kalau main ambik je nanti takut tak puas hati pulak kan dengan penginapan yang ditempah.

Terdapat banyak Chalet dan Resort yang menawarkan harga yang berpatutan bersesuaian dengan budjet anda. Nah, kat bawah ni Eyla senaraikan kat korang Chalet dan Resort yang ada kat Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil.  

Perhentian kecil :
1. Shari-la Island Resort (09 - 6977 500)
2. Ombak Resort (09 - 6911 002)
3. Maya Chalet ~
4. Amelia Chalet (09 - 6911 005)
5. Senja Resort (09 - 6977 990)

Perhentian Kecil / Long Beach:
1. D'Lagoon (019 - 9857 089)
2. Moonlight Chalet (019 - 9269 441 / 019 - 9858 222)
3. Bubu Resort (09 - 6911 333)
4. Panaroma Chalet (09 - 6911 590)
5. Matahari Chalet (019 - 9142 883

Perhentian Besar:
1. New Coconut Chalet (09 - 697 4982)
2. ABC  ~
3. Tuna Bay (09 - 6902 909 / 09 -6902 902)
4. Abdul,s Chalet (019 - 9127 303)
5. Flora bay (09 - 6911 661)
6. Fauna Chalet (09 - 6911 607)
7. Samudera chalet (09 - 6911 677)
8. Awana Resort ~
9. Coral View Resort

Diharapkan perkongsian mengenai senarai chalet dan resort di Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil ini, dapat membantu korang untuk membuat pilihan yang bijak untuk memilih tempat penginapan yang selesa. 

Senarai Chalet dan Resort di Pulau Perhentian

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST