Sunday 30 August 2015

Tanda-tanda Demam Denggi

Nampaknya sekarang ni ramai yang terkena penyakit demam denggi. Kat kampung Eyla pun ramai yang kena demam denggi dan paling menakutkan ada yang membawa maut! Memang bahaya sungguh demam denggi ni kan. Sebelum ni, Eyla sendiri pun pernah terkena demam denggi ni. Demam denggi ni macam demam yang berlanjutan sampai satu tahap sakit satu badan sampai tak boleh nak cakap kat orang.

Tengok tubuh Eyla yang lemah, my family terus bawa ke klinik, sampai je kat klinik doktor kata demam denggi dan paling terkejut, Eyla suspek denggi berdarah pulak tu. Ermmm. Dah la kena naik ambulans nak pergi ke hospital. First time kot pengalaman naik ambulans. Hihi. Bile sampai je kat hospital terus je kena tahan dan masuk wad. Lama juga la Eyla masuk wad dalam 5 @ 6 hari camtu. Alhamdulillah Eyla makan sup ketam dah berasur pulih dan doktor benarkan pulang. Sup ketam memang elok sangat untuk pesakit demam denggi ni. 

sup ketam

Bagi siapa yang berasa badan demam berlanjutan Eyla nasihatkan korang eloklah pergi ke klinik @ hospital kerajaan sebelum parah. Eyla suggest kan korang pergi ke klinik kerajaan sebab mereka lebih cakna sikit berbanding dekat klinik swasta. Kalau pergi klinik swasta mereka tak ambik darah just bagi ubat demam je. Lagi satu orang cakap, kalau korang rasa demam denggi kalau pergi klinik swasta and then Doktor nak cucuk jangan korang bagi bukan apa, dah ada kes lepas cucuk akhirnya meninggal dunia sebab doktor ingat tu demam biasa. Kat bawah ni Eyla kongsikan korang sedikit info mengenai demam denggi ni, semoga mendapat manfaat bersama.

Demam Denggi
Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan gejala
Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever) dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klassik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes DHF juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi.

Rawatan 
Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.Cara yang lain untuk mencegah penyakit ini juga pesakit perlu bersenam pada waktu pagi atau berjoging dan beriadah.Minum air paling penting dalam hidupan harian kita.Minum air mineral sekurang-kurangnye 8 gelas sehari atau selebih-lebihnya pun hanya maksimum 16 gelas sehari.

Mengenal pasti demam denggi
Demam denggi adalah sejenis penyakit berjangkit berbahaya yang disebabkan oleh virus denggi dan dibawa oleh nyamuk aedes.

Pada masa ini, tiada ubat khusus untuk merawat penyakit itu kecuali aktiviti pencegahan adalah amat penting.

Antara tanda-tanda demam denggi ialah:

Demam kuat yang mengejut dan berterusan
Bintik merah pada kulit
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
Berdarah pada badan, hidung dan mulut
Hilang selera makan
Muntah-muntah
Sakit perut
rasa pahit pada lidah
lemah dan tidak bermaya
demam denggi

Thursday 27 August 2015

Tanda-tanda Terkena Sihir

Seram je kalau cakap pasal sihir-sihir ni kan. Tapi lebih baik kita beringat sebelum terkena buatan orang kan. Manusia yang ada sifat sakit hati iri hati, berdendam, benci dan sebagainya sanggup melakukan perkara terkutuk seperti ini. Jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi kepada kita dan ahli keluarga lebih baik kita berwaspada. 

Tanda- tanda Terkena Sihir

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih/Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan/Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan.

Tanda-tanda Terkena Sihir
Sakit kepala selepas waktu asar keatas.
Badan terasa berat dan malas.
Sukar mendapat jodoh.
Badan terasa bisa-bisa.
Sakit ketika ziarah orang meninggal.
Sukar tidur malam.
Sakit pinggang tanpa sebab.
Sakit dada bila waktu asar keatas.
Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
Bermimpi di tempat tinggi.
Bermimpi di tempat yang kotor.
Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
Bayi kerap menangis.
Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
Malas beribadat.
Nyanyuk ketika usia lanjut.
Panas baran.
Sikap berubah secara mendadak.
Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
Suka melakukan tabiat buruk.
Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
Kerap keguguran.
Gagal melakukan hubungan kelamin.
Mengantuk bila dengar al-quran.
Bermimpi seram yang menakutkan.
Darah haid turun lebih 15 hari.
Batuk yang berpanjangan.
Selalu ditindih ketika tidur.
Kuat berangan.
Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
Nafsu seksual yang melampau.
Selalu melihat kelibat dirumah.
Terasa diri selalu diperhatikan.
Mandul.
Kerap mendengar sesuatu bisikan.
Melihat jin secara terus.
Sakit mental atau gila.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :- 
1.)    Surah Al-Baqarah 2 : 1-6 
2.)    Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.)    Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

ayat pendinding sihir

Bagi sesiapa yang merasakan ada tanda-tanda di atas eloklah amalkan ayat-ayat yang diberikan insyaallah dengan izinNYA akan hilang sihir tersebut. Ingat setiap penyakit yang Allah berikan ada buatnya. Kita hanya perlu iktiar dan berserah sahaja.

Wednesday 26 August 2015

Makanan Popular Di Kelantan

Bercakap pasal makanan ni, Eyla memang suka sangat sebab Eyla ni pun kaki makan orangnya. Hehe. Setiap negeri mesti ada makanan popular mereka yang tersendiri bukan? Macam di Kelantan ni banyak makanan popular yang korang boleh cuba. Bagi mereka yang nak datang ke negeri Cik Siti Wan Kembang bolehlah cuba sendiri makanan popular kat sana.

1. Kuih Akok
Kuih Akok merujuk kepada sejenis kuih tradisi tradisional yang popular di Kelantan. Terdapat beberapa jenis Kuih Akok iaitu berbentuk bujur, mengikut acuan bahulu dan Akok Bunga yang dikenali juga sebagai Akok Kemboja. Akok rasanya manis bertelur. Cara adunan dan pembakaran merupakan faktor yang menjadikan sesuatu kuih akok itu sedap.

kuih akok

2. Nasi Kerabu
Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi Melayu, sejenis nasi ulam dimana nasinya berwarna biru dan dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, solok lada, keropok, jeruk dan sayur atau ulam yang lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga kembang telang yang digunakan dalam masakan itu. Nasi ini boleh juga dimasak sebagai nasi putih atau nasi menggunakan kunyit.

kuih lompat tikam

3. Kuih Tahi Itik
Kuih Tahi Itik merupakan sejenis kuih yang dibuat menggunakan telur dan disira panas dalam air gula. Ia dibentuk bertempek-tempek seperti tahi itik. Kuih ini disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan daripada kuning telur. Selepas itu, putih telur yang telah diasingkan itu akan disira dengan dimasak dalam air gula pekat dan dituang sedikit demi sedikit bagi menghasilkan bentuk akhir.
kuih tahi itik

4. Kuih Jala Mas
Kuih Jala Mas merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula. Ia disediakan dengan kuning telur yang diurai ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya ditompokkan pada bahagian kecil atau juga boleh diletak begitu sahaja dalam bekas.
kuih jala mas

5. Kuih Lompat Tikam
Makanan Kelantan banyak dipengaruhi dengan rasa yang manis seperti Kuih Lompat Tikam ini. Ia mempunyai dua lapisan iaitu lapisan tepung beras yang biasanya berwarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang berwarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air manisan atau gula kabung dan sesuai diminum bersama air putih.

kuih lompat tikam

6. Ayam Percik Kelantan
Ayam Percik Kelantan sememangnya begitu lazat dan menyelerakan. Kuahnya yang berbeza dari tempat lain menjadikan ayam percik Kelantan begitu unik dan digemari ramai.

resepi ayam percik

7. Nasi Tumpang
Nasi Tumpang istimewa dari Kelantan ini merupakan gabungan nasi bersama lauk yang diletakkan di dalam daun pisang dan digulung menjadi bentuk kon. Lauknya terdiri daripada masak lemak ikan, udang, serunding, sambal daging dan lain-lain lagi mengikut citarasa pembuatnya. Biasanya kelongsong daun pisang akan dibuat terlebih dahulu dan dimasukkan nasi panas seakan nasi impit yang akan diletakkan berselang-seli dengan pelbagai jenis lauk.

Nasi Tumpang

8. Laksam Kelantan
Laksam amat terkenal sebagai salah satu menu sarapan pagi di negeri Kelantan. Laksam yang diperbuat daripada tepung beras dan tepung jagung ini dimakan bersama kuah ikan bersantan pekat. Lebih enak sekiranya digaul bersama ulam-ulaman dan sambal belacan.
Laksam Kelantan

9. Budu
Budu adalah sejenis sos ikan yang cukup terkenal di Kelantan yang biasanya dimakan bersama nasi dan ulam-ulaman. Ia diperbuat daripada ikan bilis dan garam yang diperam sehingga memberikan rasa dan bau yang unik. Bukan sahaja rasanya yang sedap malah ia juga sumber terbaik Vitamin B12 dan garam galian seperti kalsium, natrium, magnesium, zat besi dan fosforus.

budu

10. Nasi Kak Wok
Nasi berlauk ayam dipotong kecil-kecil, digoreng dengan campuran rempah tersendiri, dan gulai dengan resepi tersendiri ditambah dengan sambal belacan cukup memberi rasa enak tatkala dimakan panas-panas pada waktu tengahari. Nasi Kak Wok ini sangat popular di kawasan Kota Bharu dan kini, boleh juga didapati di kawasan Lembah Klang.

Nasi Kak Wok

11 Kuih Badak Berendam
Kuih Badak Berendam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di negeri Pantai Timur. Kuih ini terdiri daripada adunan tepung beras yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur manisan. Bahagian tepung ini dibuat tawar kerana ia mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama kuah santan kelapa bagi memberikan rasa lemak.

Kuih Badak Berendam

13. Kuih Asam Gumpal
Kuih Asam Gumpal merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis dan dihasilkan dengan menggunakan sagu mata ikan atau sagu biji dengan inti dan dimasak dalam kuah santan. Sagu biji yang telah direbus dengan air, dicampurkan dengan garam bagi membangkitkan rasa. Selepas itu, sagu yang telah dimasak akan diisi dengan inti dan dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir. Biasanya, kuih ini akan digumpal menjadi bulat sebesar satu gumpalan tangan. Ia kemudiannya akan dimasak dalam kuah santan sehingga pekat. Campuran gula merah, halia dan halba juga ditambah bagi menambahkan rasa.

Kuih Asam Gumpal

14. Pulut Bakar
Pulut Bakar ini disediakan dengan beras pulut, santan pekat, gula pasir, bunga cengkih dan halba. Ia berbeza dengan pulut panggang yang biasa dimakan di negeri lain.

pulut bakar

15. Ketupat Sotong
Ketupat Sotong bukanlah ketupat yang selalu dimakan pada hari raya, tetapi Ketupat Sotong ini menggunakan pulut yang diisikan ke dalam sotong kemudian dimasak dengan gula Melaka dan bahan-bahan lain.

ketupat sotong

16. Etak
Etak atau turut dikenali sebagai Etok-Etok merupakan sejenis hidupan seperti kerang. Tetapi, yang menariknya adalah ia hanya popular di negeri Kelantan.

Etak

Resepi Otak-otak Ikan Johor

Hujan-hujan macam ni kalau duk kl ni best dapat makan otak-otak johor yang panas-panas. Hihi. Dulu masa study kat UKM ni Eyla memang suka sangat makan benda ni. First time cuba dah jatuh cinta orang kata. Kalau kat kelantan pun orang panggil otak-otak jugak tapi otak-otak johor ni dia lain sikit dari otak-otak kat kelantan. Bentuk otak-otak memang sama cuma rasanya yang lain. Eyla lebih suka otak-otak johor. Hihi.

Dulu selalu makan benda ni kat sebuah restoren popular di Bangi, tapi orang cakap kalau makan kat Johor lagi best sebab kat sana diorang lebih mahir nak membuatnya. Org kata otak-otak ikan kempas sangat best. Teringin la pulak nak makan benda ni kat Kempas. Insyaallah kalau ada jodoh sampai kat Johor Eyla WAJIB cuba benda ni.

Tapi kalau tak sampai-sampai jugak kat Johor, nampaknya nak kena belajar buat sendirilah benda ni. Mane tau kot-kot air tangan sendiri lagi sedap.ahakz

resepi otak-otak ikan johor
Tengok benda ni dah buat mulutku berair

resepi otak-otak ikan kelantan
Otak-otak ikan kelantan 


resepi otak-otak ikan kelantan
Otak-otak ikan Kelantan (sama sahaja yang beza hanyalah bentuk sahaja)
Bahan-bahannya :

● 3 keping ikan tenggiri atau ikan merah - diambil isinya sahaja dan dicincang halus
● 1 sudu teh serbuk ketumbar
● 3 batang cili merah - dibuang biji dan dikisar halus
● 5 tangkai cili kering - direndam hingga lembut dan dikisar halus
● 4 ulas bawang merah - dikisar
● 2 ulas bawang putih - dikisar
● 3 biji buah keras - dikisar
● 1 cm halia - dikisar
● 1 batang serai - dikisar
● 1 cm kunyit hidup - dikisar
● 175 ml pati santan
● garam secukup rasa
● 20 helai daun kelapa
● Lidi secukupnya

Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan kecuali isi ikan dan daun kelapa.

2. Panaskan atas dapur sekejap hingga didih dan pekat kuahnya

3.Tunggu sehingga kuah sejuk

4. Bila dah sejuk gaulkan dengan isi ikan tadi

5. Sudukan ramuan ke atas daun kelapa.

6. Sematkan dengan lidi kemas di kedua-dua hujungnya dan siap boleh disimpan dalam peti sejuk atau...

7. Bakar kedua-dua belah sehingga masak.

Monday 24 August 2015

Persediaan Sebelum Perkahwinan

Sejak dua menjak ni Eyla busy sangat dengan urusan kakak yang akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi segala urusan dia banyak serahkan kat Eyla sebab dia kerja kat KL. Sekarang, baru Eyla tahu sebenarnya nak kahwin ni banyak persediaan yang harus dilakukan. Sambil-sambil tu boleh jugak la Eyla tahu serba serbi sebelum nak kahwin nanti, Hehe

Kesian jugak kat Kakak sebab dia buat persiapan kahwin 1 bulan lebih je, jadi kalut la sikit kan. Nak-nak majlis dia raya haji ketiga ni nanti jadi, kebanyakkan bridal, jurufoto kebanyakkannya penuh. Sampai satu tahap tu Eyla jadi kesian kat dia sebab stress sedangkan majlis ni dah tak lama.

Tapi Alhamdulillah, Eyla cuba bantu Kakak untuk cari apa yang patut dan akhirnya segala persiapan dah hampir 90% siap. Jadi kepada semua bakal pengantin yang berniat untuk berkahwin  better korang buat persiapan awal-awal nanti korang tak sakit kepala. 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Sebelum Kahwin 
1. Daftar kursus kawin. Perkara pertama yang perlu dilakukan. Contohnya anda daftar 6 bulan sebelum berkahwin. Dalam masa tersebut anda berpeluang merancang dengan teliti dan teratur.

2. Tetapkan tarikh (nikah dan sanding). Perkara ini amat penting. Bincang dengan kedua-dua belah pihak. Pengantin pula perlu mengambil cuti kerja yang agak lama kerana terdapat kenduri untuk dua belah pihak.

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan. Segala borang-borang perlulah disediakan dan disiapkan secepat mungkin bagi melancarkan kerja menguruskan hal yang lain.

4. Tentukan tema majlis kahwin. Perkara ini jarang diberi keutamaan. Namun begitu, zaman sekarang tema perkahwinan banyak diserahkan kepada orang tua kita untuk memilih warna kegemaran mereka sebagai tema. Walau bagaimana pun, perkara ini masih memerlukan kata sepakat dari pihak pengantin dan ibu bapa pengantin.

5. Medical check-up (HIV) test . Perkara wajib dibuat. Medical check-up HIV test ini telah dikuatkuasakan kepada semua bakal pengantin oleh kerajaan Malaysia. Tanpa keputusan medical check-up HIV ini, perkahwinan tidak dapat diteruskan kerana keputusan ini wajib disertakan bersama dokumen-dokumen lain.

6. Beli barangan hantaran. Rancang dengan pasangan barangan yang diperlukan sebagai hantaran. Bagi mengelakkkan pembaziran, barangan hantaran yang digalakkan ialah barang kegunaan harian seperti minyak wangi, set penjagaan diri dan lain-lain.

7. Cari/Survey souvenir dan bunga telur. Souvenir untuk tetamu adalah sangat penting. Cari buah tangan yang sesuai dengan bajet anda. Buah tangan perlulah yang boleh mendatangkan kebaikkan kepada tetamu majlis anda tidak kira lah tua atau muda.
souvenir

8. Gubah barang hantaran. Untuk jimat, anda boleh gubah sendiri atau DIY barang hantaran anda. Gunakan barangan yang sedia ada didalam rumah anda untuk menjadikan hantaran anda cantik dan mahal. Sekiranya ibu anda peminat barangan vintage, pinjam sahaja sangkar hiasan ayang digantung di luar rumah. Sangkar hiasan tersebut boleh dijadikan tempat letak cincin. Kreatif dan jimat kan?

barang hantaran kahwin

9. Tempah juru nikah atau tok kadi. Tok Kadi atau Juru Nikah zaman sekarang tersangatlah sibuk dengan pelbagai urusan. Bukan setakat nak menikahkan orang, malah mereka sendiri ada perkara peribadi yang perlu diselesaikan. Jadi bagi mengambil langkah selamat, tempah juru nikah atau tok kadi apabila tarikh pernikahan anda telah ditetapkan. Jangan lupa untuk ingatkan juru nikah/tok kadi anda tentang tarikh pernikahan anda. Mereka juga manusia biasa yang kadang kala boleh jadi terlupa.

10. Senaraikan nama atau tetapkan bilangan tetamu. Penting untuk keluarga pengantin menetapkan bilangan tetamu yang bakal datang kerana ini akan menentukan bajet sesebuah perkahwinan. Sekiranya lagi ramai tetamu yang dijemput, maka lagi tinggi bajet yang anda perlu keluarkan.

11. Tempah atau cetak kad jemputan. Tempah atau cetak sendiri kad jemputan anda. Perkara ini digalakkan untuk dibuat awal. Proses mereka sesebuah kad agak mengambil masa kerana perkara iniperlu mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

kad jemputan perkahwinan

12. Tempah pelamin idaman anda.

pelamin cantik

13. Tempah Juru solek atau mak andam. Semakin ramai juru solek yang ada di Malaysia. Anda perlu menempah juru solek atau mak andam kegemaran anda seawal yang boleh dengan membayar deposit kepada mereka supaya nama anda dimasukkan kedalam 'makeup booking list' mereka.

14. Pilih busana pengantin.

busana pengantin

15. Selesaikan urusan menempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain) serta kanopi dan catering. Sebelum mengambil keputusan untuk mengambil catering, anda perlu membuat 'food test' dengan pihak catering agar anda berpuas hati dengan masakan mereka. Bagi tempahan khemah, anda boleh mula membuat bayaran pendahuluan sebagai tanda setuju anda untuk mengambil servis mereka.

khemah pengantin

16. Cari jurugambar dan / atau juru video yang sesuai dengan kehendak dan keinginan anda. Proses pencarian jurugambar agak lama. Anda perlu meneliti hasil dari jurugambar samada berbaloi dengan harga yang ditawarkan ataupun tidak. Sekiranya anda mahu jurugambar yang murah, anda jangan lah mengharap yang gambar anda akan secantik jurugambar professional dengan bayaran yang lebih tinggi.
jurugambar

17. Tempah kompang, silat gayung ker, marhaban, tarian atau band. Untuk memeriahkan majlis, anda digalakan untuk menempak servis-servis ini sekali gus menghiburkan hati tetamu yang datang. Sekarang makin banyak pengantin yang menggunakan atau menempah set karaoke, khas untuk tetamu yang dijemput agar bergembira di majlis mereka.

kompang perkahwinan

18. Tempah atau cetak banting atau signage. Perkara ini wajib dilakukan agar tetamu jemputan anda tahu kemana arah yang sepatutnya mereka pergi, kemana arah sepatutnya mereka parking. Ini memudahkan semua pihak termasuk pihak keluarga pengantin kerana tidak perlu kerap menjawab talifon sekiranya ada tetamuyang sesat mencari lokasi majlis.

banting perkahwinan

Cara Merawat Masalah Cirit-birit

Cirit-Birit Dan Rawatannya

Bagi kebanyakan orang, cirit-birit tidak dianggap berbahaya dan ramai orang seringkali mengalaminya. Cirit-birit berlaku apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui salur penghadaman dan biasanya adalah akibat daripada jangkitan pada salur tersebut. Bagi individu yang sihat, cirit-birit biasanya akan reda selepas meminum banyak air dan berehat.

Serangan cirit-birit yang teruk yang berlanjutan dari beberapa jam hingga tidak lebih dari tiga hari, biasanya berlaku akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, atau sekadar kerana tabiat makan yang tidak sihat. Mikroorganisma atau toksin yang dihasilkan menyebabkan gastroenteritis, iaitu radang pada lapisan perut dan usus, manakala makanan yang tidak sihat pula mengganggu keseimbangan mikroflora dan menambah beban sistem penghadaman.

Keadaan ini biasanya berlaku kerana badan kita cuba membersihkan organ dalaman dengan mengeluarkan toksin ini. Dalam keadaan ini, seseorang mungkin juga mengalami muntah-muntah, kekejangan perut, kembung perut, angin dan demam yang tidak teruk.

Cirit-birit yang berlarutan dan seringkali berlaku mungkin menunjukkan masalah yang kronik. Keadaan ini memerlukan perhatian yang serius kerana cecair penting dan elektrolit dikeluarkan dengan banyaknya dari badan (termasuk garam, magnesium, potasium dan kalsium).

Kehilangan zat-zat ini mengganggu kesihatan badan secara keseluruhannya kerana zat-zat tersebut diperlukan untuk menjalankan proses-proses penting dalam badan. Jika ia berterusan, cirit-birit yang teruk akan membahayakan kesihatan.

Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi beberapa kondisi seperti:
-alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)
-kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan
-berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif
-pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus
-jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)
-situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif
-penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman
cirit birit

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan
Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.
Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM .  Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

Cara-Cara Penyembuhan Segera
Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air 
Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan 
Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

Ambil Makanan Lembut 
Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya. 

Jangan Paksa Diri Anda 
Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.

Tips Untuk Putihkan Gigi

Masalah gigi kuning merupakan masalah yang biasa dialami oleh sesiapa. Akibat daripada penjagaan gigi yang tidak betul, akibatnya gigi menjadi kuning dan ini sedikit sebanyak menjejaskan penampilan kita untuk senyum dan berhadapan dengan orang ramai. 

4 Faktor Gigi Tidak Putih
Kita semua mempunyai gigi yang putih pada masa kanak-kanak. Dan gigi kita akan memudar dan berubah warna di sebabkan oleh beberapa faktor.faktor gigi kuning

1. Penuaan – Salah satu faktor gigi tidak kekal putih adalah disebabkan proses semulajadi manusia. Semua orang akan tua, dan termasuklah semua anggota badan anda. Gigi menjalani proses penuaan dengan warnanya yang luntur.

2. Minum minuman seperti kopi, teh, minuman bersoda dan minuman yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi. Semua minuman tersebut mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesan kepada warna gigi anda.

3. Merokok – Selain merosakkan badan dan paru-paru anda, merokok juga boleh menyebabkan warna gigi anda bertukar kepada warna kuning kehitam-hitaman.

4. Penjagaan gigi yang tidak baik – Sesetengah kes masalah gigi berwarna adalah disebabkan penjagaan yang tidak baik, sebagai contoh tidak menggosok gigi seperti yang dicadangkan oleh kementerian dan doktor gigi. Hal ini menyebabkan pembiakan bacteria di celah gigi dan memudarkan warna gigi.
gambar gigi putih

2 Cara Untuk Memutihkan Gigi

1. Pelunturan (Bleaching)

Pelunturan adalah salah satu cara yang terbaik untuk memutihkan gigi anda. Doktor gigi juga mengesyorkan cara ini untuk mengembalikan warna gigi kepada warna putih.

Kaedah ini dilakukan dengan menyapu sejenis gel ataupun getah keatas lapisan gum gigi anda untuk melingdunginya daripada terdedah. Kemudian, produk pemutih akan disapukan keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu untuk mendakap seluruh permukaan gigi tersebut.

Produk pelunturan ini kebiasaannya mempunyai carbamide peroksida dan hidrogen peroksida sebagai bahan aktif. Apabila bahan-bahan tersebut di pecahkan, oksigen yang dibebaskan akan memasuki enamel gigi, lantas membuatkan warna gigi tersebut luntur dan mengembalikan warna putih tersebut.

Cara rawatan tersebut boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga hingga empat minggu.

Sekiranya anda berminat dengan cara ini, anda perlu membuat perjumpaan dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali. Pada perjumpaan pertama, doktor gigi akan membuat ala-ala pendakap gigi. Setelah selesai, anda digalakkan untuk melakukannya di rumah.

Anda perlu menyapu produk tersebut secara berkala setiap hari selama 4 minggu.

Sesetengah produk yang baik memerlukan anda menyapu produk tersebut untuk beberapa jam sekali. Anda juga boleh menyapunya sebelum anda tidur. Dengan amalan ini, anda boleh mendapatkan hasil yang positif dalam hanya 1 minggu. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi dan tahap tertentu.

Resepi Oreo Cheese Cake Yang Sedap

Base:
200g biskut oreo, dihancurkan 
50g butter, dicairkan

Cara2 membuat base:
1. Satukan biskut oreo yang dihancurkan dengan butter cair. Gaul rata.

2. Tuang dalam loyang bersaiz 8 inci & tekan hingga rata.

3. Bakar sekejap pada suhu 160 c selama 10 minit. Ketepikan & biarkan sejuk.

Filling:
A
750g cream cheese
130g gula kaster

B
1/2 sk esen vanila

C
3 biji telur

D
200g whipping cream

E
15 keping biskut oreo, buang intinya

resepi kek oreo cheese

Cara-cara membuat filling:
1. Pukul bahan A hingga lembut & berkrim. Kemudian masukkan bahan B, pukul lagi.
2. Masukkan pula bahan C satu persatu. Pukul sebati.
3. Masukkan bahan D, pukul sebati.
4. Akhir sekali, masukkan bahan E, gaul guna spatula atau boleh susunkan bahan E satu persatu dalam loyang supaya kemas.
5. Tuang adunan kedalam loyang berisi base tadi. Ratakan permukaannya sedikit.
6. Bakar guna teknik waterbath selama 1 jam pada suhu 160 C.
7. Bila kek sudah masak. Biarkan kek sejuk sepenuhnya dalam oven selama 1 jam dengan pintu oven terbuka sedikit. Alihkan dari waterbath, tutup & simpan dalam peti sejuk selama 5 jam atau semalaman baru di potong.
8. Kek boleh di hias dengan fresh cream atau ganache, terpulang ikut citarasa.

Resepi Satay Ayam Yang Enak

Bahan

1.5 kg- 1.6kg Daging Ayam beserta kulit ( dipotong dadu )
1 ½ suudu besar Biji Ketumbar ( disangai dan dikisar )
1 ½ sudu besar Jintan Manis ( disangai dan dikisar )
Segenggam Serai ( dipotong halus dan dikisar )
1 sudu besar Serbuk Kunyit
10 biji Bawang Merah ( dikisar )
500gm Gula
½ cawan Minyak Masak
Lidi Satay secukupnya ( perlu direndam dalam air sebelum dicucuk pada daging ayam )

p/s- Resepi diatas boleh digandakan sekiranya ingin membuat dalam kuantiti yang banyak

Cara Membuat :

1.Daging ayam beserta kulit ayam yang telah dipotong dadu diletak dalam penapis biar seketika.

2.Kisar sekali bahan seperti biji ketumbar , jintan manis , serai dan bawang merah sehingga halus.

3.Marinate ayam yang telah dipotong dadu dengan bahan yang telah dikisar, masukkan gula , serbuk kunyit dan akhir sekali minyak masak, pastikkan daging ayam dimarinate sekata.Biar 30 minit dalam peti sejuk.

4.Cucuk daging ayam yang telah dimarinate ke lidi satay, anggaran 4-5 potongan dadu ayam bercampur kulit ayam dalam sebatang lidi satay.Cucuk sehingga selesai.Siap untuk dibakar…sebaiknya dengan kayu arang@charcoal..terbaik.

5.Sediakan minyak dan serai untuk disapu ke atas satay apabila dibakar, supaya aroma satay akan lebih wangi dan menyelerakan.

6.Jika korang nak bakar satay lambat lagi, boleh lah korang packingkan satay dalam plastic 10 batang 1 plastik.dan simpan dalam freezer, bila hendakgunakan baru lah defrost.Selamat Mencuba!

Satay ayam sedap dimakan dengan kuah kacang marbeles dan sambal garing, beserta potongan bawang merah , timun dan nasi impit.

Tips – Jangan sesekali korang letak garam walau secubit dalam resepi membuat satay.Pantang adalah garam, bile korang letak garam dah tak jadi satay, jadi ayam panggang atau daging panggang, satay perlu manis dan aroma rempah ratus sahaja.

Sunday 23 August 2015

Tempat Menarik Untuk Berkunjung di Terengganu

Kalau sebut je pasal negeri Terengganu mesti korang akan terbayangkan pantai dan juga pulau-pulau menarik yang terdapat disana. Baru-baru ni Eyla berkesempatan untuk mengunjungi negeri Terengganu sambil-sambil cuci mata orang kata. Hehe.

Sesiapa yang pergi ke Terengganu kalau tak beli keropok lekor memang tak sah orang kata kan! Keenakan keropok lekor Terengganu memang tiada tandingannya sedap berbanding kat lain. Sebelum pulang hari tu, banyak jugaklah beli keropok lekor. hehe. Bukan selalu kan kita berkunjung ke negeri orang so bajet kena lebih la sikit kan baru best nak berjalan. Hihi

Seperti yang kita tahu, Terengganu juga mempunyai pantai dan pulaunya yang tersendiri. Ramai orang suka untuk berkelah di tepi pantai Negeri Terengganu yang putih bersih dengan tiupan bayu lembut Laut China Selatan yang mendamaikan jiwa. Di tepi pantai kita boleh nikmati keenakan keropok lekor dan membasahkan tekak dengan air kelapa muda yang menyegarkan. Antara panatai dan pulau yang menarik di Terengganu seperti Pantai Batu Buruk Pantai Tok Jembal Pantai Airport Pantai Mengabang Telipot Pulau Kapas Pulau Perhentian Pulau Redang Pulau Lang Tengah Pulau Gemia Pulau Rhu Hentian Pulau Tenggol Pulau Bidong Rantau Abang.

Selain itu juga, air terjun dan jeram merupakan tempat menarik yang boleh anda kunjungi seperti Air Terjun Sekayu, Hutan Lipur Chemerong, Air Terjun Lata Payung, Air Terjun Saok, Tasik Kenyir ,Air Terjun Sungai Buweh, Tasik Kenyir, Air Terjun Tembat, Tasik Kenyir Belukar Bukit Lata Belatan Lata Tembakah, La Hot Spring.

Kalau pergi Terengganu, destinasi yang menjadi tumpuan semestinya, Taman Tamadun Islam Masjid Kristal, Muzium Negeri Losong, Pasar Besar Kedai Payang, Keropok Lekor Losong dan juga Masjid Terapung. Bagi korang yang mahu bercuti tetapi masih lagi tercari-cari tempat yang sesuai dan menarik untuk dikunjungi, apa kata korang bercuti ke Terengganu memang berbaloi! Eyla suggest kalau yang nak honeymoon ke pulau tu baik pergi ke Terengganu sebab pulau kat sana memang cantik-cantik. Dan yang nak bawa keluarga boleh berkunjung ke tempat yang Eyla bagitahu tadi. 

masjid kristal terengganu
Masjid  Kristal



keropok lekor terengganu
Keropok Lekor Terengganu antara makanan popular disana
Pantai Batu Buruk
Pantau Batu Buruk antara destinasi tumpuan pelancong
Pulau Redang
Pulau Redang menjadi tumpuan pelancong terutamanya mereka yang nak pergi Honeymoon
Terjun Lata Payung,
Terjun Lata Payung,


Punca Masalah Rambut Gugur

Rambut merupakan salah satu mahkota wanita yang harus dijaga dengan bersih dan kemas. Bercakap mengenai rambut ni, Eyla percaya, salah satu masalah wanita diluar sana adalah masalah rambut gugur. Mungkin setengah wanita fikir masalah rambut gugur adalah masalah NORMAL tapi harus diingat, jika tidak dicegah dari awal akan memberi kesan buruk kepada diri anda.

Sejak akhir-akhir ni, Eyla sendiri mengalami masalah rambut gugur. Nak kata teruk tu tak adalah sangat tapi kalau sikat rambut tu adalah rambut melekat kat sikat tu. Eyla fikir mungkin masalah rambut ni berpunca dari rambut Eyla yang panjang so, pergilah kat salon rambut untuk  gunting rambut yang panjang ni. Eyla sayang sangat kat rambut ni sebab dah lama simpan, tapi nak buat macam mana kan. Urmm

Ingatkan bila dah gunting rambut pendek-pendek, masalah rambut gugur hilang rupa TIDAK! Jadi peliklah jugak kan. Tapi sekarang Eyla dah tahu kenapa rambut Eyla mudah sangat gugur rupa-rupa sebab SYAMPU! Jangan ingat semua produk syampu rambut ni sesuai dengan kita. Sebelum ni Eyla pakai syampu rambut PANTENE tapi tangan ni gatal sangat nak pakai syampu SUNSILK yang warna hijau tu! Sejak pakai syampu ni, Eyla perasan rambut makin lama makin gugur. Now, dah STOP guna syampu tu!
punca rambut gugur

PUNCA-PUNCA LAIN KEGUGURAN RAMBUT YANG SERIUS
Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut ini biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.
Keguguran rambut bagi kategori ini biasanya berpunca daripada:
* Melahirkan anak
Selepas seseorang wanita melahirkan anak, pusingan rambut akan memasuki fasa berehat yang agak lama. Dalam masa itu fasa keguguran rambut akan terjadi dalam tempoh 2 hingga 3 bulan. Dalam tempoh dua hingga tiga bulan, sesetengah wanita mengalami keguguran rambut yang banyak. Dalam masa 1 hingga 6 bulan ia akan pulih.
* Penyakit tiroid
Kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Demam, jangkitan dan selesema yang serius
Selepas empat minggu hingga tiga bulan demam yang serius, seseorang mungkin terkejut melihat rambut gugur dengan banyak. Namun keguguran rambut ini akan pulih seperti sediakala.
* Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
* Ubat-ubatan
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan keguguran rambut untuk sementara waktu. Ubat-ubatan terdiri daripada penyakit gout, artritis, kemurungan, masalah jantung, hipertensi dan ubat mencairkan darah (coagulant). Pengambilan vitamin A secara berlebihan juga boleh menyebabkan keguguran rambut.
* Rawatan kanser
Sesetengah rawatan kanser akan menyebabkan sel-sel rambut terhenti membahagi yang mengakibatkan rambut menjadi nipis dan mudah terputus apabila ia keluar dari kulit kepala.

Wednesday 19 August 2015

Azanis Scar Serum Untuk Hilangkan Parut

Korang ada masalah PARUT yang sukar untuk dihilangkan? Apa kata korang cuba produk AZANIS SCAR SERUM memang puas hati sangat-sangat. Produk ni dijamin berkesan untuk memudarkan dan menghilangkan parut diseluruh anggota badan.

Artikel Menarik : Petua Hilangkan Jerawat 

Sebenarnya susah jugak kan nak cari ubat parut yang betul-betul berkesan ni sebab berlambak kat pasaran tapi tak semuanya berkesan. Eyla ni ada juga parut kat kaki ni tapi tak banyak la ada 2 je tu pun sebab jatuh. hehe. Kecil-kecil dulu kan nakal sangat tu yang tinggal parut. Kalau nak buat rawatan tu rasanya tak mampu kot sebab mahal kan tapi sejak dikenalkan dengan prosuk AZANIS SCAR SERUM ni rasa yakinlah dengan produk ni. 

Eyla baru je pakai beberapa hari produk ni dah nampak kesannya. Parut semakin kurang uolzz serius tak tipu! Memang berbaloi, harga dah la tak mahal orang kata apa tu HARGA MAMPU MILIK. hehe

Dengan Azanis Scar Serum hanya disapu pada parut dengan pergerakan membulat, dua kali setiap hari sudah cukup untuk menghapuskan parut tegar yang ada pada kulit anda. Kandungan anti oksidan yang tinggi membantu untuk hasilkan sel kulit yang baru dan sihat.

> Walaupun 10 tahun kesan parut yang ada pada kulit anda, dapat hilang dengan mudah.

> Hanya semudah sapu sahaja pada kesan parut baru atau lama dalam masa kurang dari 1 bulan anda boleh lihat kesan parut akan pudar.

> 99.9% pengguna berikan ★★★★ pada Azanis Scar Serum selepas lihat kesan parut tegar hilang macam tak pernah ada parut.

Diluluskan KKM, diyakini halal serta dijamin berkesan.

azanis scar serum


Formulasi yang reka khas ini sesuai bagi jenis kulit yang berikut :- 
~Kulit yang berminyak 
~Kulit berjerawat bengkak dan bernanah. 
~Kulit Kemerahan (Hypersensitive Skin) 
~Mereka yang pernah menggunakan produk Hydrokuinon & Merkuri kerana lapisan Asid Matel kulit telah terhakis (Kulitnya sudah nipis) 

KEISTIMEWAAN AZANIS SCAR SERUM :

- Hanya sapu, tapi kesan hebat persis rawatan laser!
- 99% pengguna pasti merasai beza ketara hanya dalam 1 bulan penggunaan
- Tinggi kandungan antioksidan, membantu pertumbuhan sel kulit baru yang sihat lebih cepat
- Sesuai untuk rawatan parut lama juga baru
- Mencantik dan mensekatakan tona kulit
- Turut membantu melembabkan kulit kering dan kesan penuaan
- Mendapat kelulusan KKM, halal dan dijamin selamat
- Sesuai untuk semua usia dan jantina

Testimoni azanis scar serum

Testimoni azanis scar serum

Testimoni azanis scar serum


Punca Perempuan Suka Merajuk

Tiada perempuan yang tidak pernah merajuk dengan pasangannya bukan. Apabila wanita disakiti dia tidak akan marah tetapi dia hanya simpan dalam hati dan hanya mampu menangis sahaja. Sebenarnya wanita ni mereka mahukan perhatian dari lelaki jadi seorang lelaki tu kena fahamlah kalau pasangan dia tengah merajuk dan janganlah buat tak tahu jer sebab itu lagi la buat perempuan saki hati!

Seorang perempuan ni kalau mereka merajuk sekejap je janji lelaki tu pandai pujuk. Tapi kalaulah dapat lelaki yang jenis EGO dengan pasangan memang malanglah perempuan tu. Orang kata ape tu 'makan hati berulamkan jantung' hihi. Sadiss kan.

gambar perempuan merajuk

Kenapa perempuan suka merajuk sebab utamanya dia perlu perhatian lelaki agar pujuk mereka. Perempuan sentiasa inginkan perhatian daripada lelaki agar sentiasa ambil berat tentang mereka. Perempuan nak lelaki sentiasa ada dengan dia sebab tu bila lelaki tak text perempuan. dia akan merajuk dan inginkan lelaki pujuk supaya tahu yang mereka sedang tertunggu-tunggu.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab hati perempuan ini lembut mudah terasa, sebab tu bila tersalah cakap sikit je kadang-kadang perempuan akan terasa hati dan merajuk dan tugas lelaki nak pujuknya balik agar tidak merajuk. Sebab itu nak cakap dengan perempuan jangan tinggikan suara, nanti dia merajuk, jangan cakap bahasa yang kesat nanti dia merajuk. Cakap kata-kata yang manis itu membuat dia lebih suka.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab dia nak uji lelaki boleh tahan lama denggannya. Perempuan bila merajuk lelaki tak pujuk dia akan marah. Bila lelaki dah pujuk dia akan lagi merajuk. Lelaki kena anggap itu comel bukan beban. Kadang-kadang dia bukan nak uji lelaki tetapi dah itu sifatnya.

Kenapa perempuan suka merajuk sebab nak manja-manja dengan lelakinya. Lelaki perlu memahami dan jangan terlalu amik sensitif tentang hal ini. Layan la dia dengan kesempatan yang ada itu dapat merapatkan lagi hubungan. Cara perempuan nak manja dengan lelaki dengan merajuknya.

Kenapa perempuan merajuk sebab dia Cemburu. Kadang perempuan taknak lelaki terlalu rapat dengan perempuan atau kawan perempuan lain itu boleh buat dia cemburu dan marah tiba-tiba merajuk. dan merajuk ini berpanjangan.

Kenapa wanita suka merajuk

So, kepada lelaki kat luar sana tu please take note ye. Cuba hargai pasangan anda, kalau tak nak pasangan anda curang dengan anda. Hihi

Petua Hilangkan Jerawat

Siapa pernah ada masalah jerawat?? Masalah jerawat bukanlah masalah yang baru dalam kalangan wanita, tapi jika tidak dicegah dengan cepat mungkin jerawat akan menjadi semakin teruk. Sebenarnya banyak faktor kenapa jerawat ni suka sangat tumbuh kat muka kita antaranya kulit yang terlalu berminyak, hormon, faktor keturunan dan lain-lain. Tapi Eyla ni memang jenis muka yang tak ada masalah dan jerawat pun jarang sangat tumbuh kat muka ni.

Tapi baru-baru ni jerawat ni gatal pulak tumbuh kat dahi, tak banyak pun tapi sebab tak pernah tumbuh tu yang kalut sikit. hehe. Untuk menghilangkan jerawat apa kata korang cuba petua ni mana tau berkesan kan. Tapi kalau yang ada masalah jerawat yang teruk tu Eyla suggest kan baik korang jumpa pakar, jangan main pakai je produk kat pasaran tu, bukan ape takut muka korang jadi lebih teruk lagi nak-nak muka yang sensitif. 

muka berjerawat

CARA
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang. 

Selamat mencuba semua!!

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST