Sunday 29 November 2015

Tips Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN)


Lama tak update my blog ni rindulah pulak rasa. Hari ni tak adelah story yang best sangat nak share juz teringat hari tu Eyla ada ambik exam Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41. Baru je lepas ambik exam tapi result mestilah belum keluar lagi kan. Tapi serius soalan untuk Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) ni nak cakap senang tak jugak dan nak kata susah pun tak jugak. Kita kena banyak membaca dan ada knowledge baru dapat jawab exam tu. Alhamdulillah Eyla berjaya jawab semua soalan exam tersebut walaupun masa yang diberikan agak mencabar orang kata. 

Soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) ada 3 sections A soalan psikometrik, soalan B Pengetahuan Am dan soalan C Daya Penyelesaian Masalah. Eyla nasihat kan kat korang better buat persiapan dan study sikit mengenai Pengetahuan Am ni. Cam Eyla dapat Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) Kelantan soalan dia memang banyak keluar pasal negeri Kelantan la. Kalau korang dapat jawatan PTN negeri masing-masing so kena study pasal pentadbiran negeri korang dan semua berkaitan dengannya. Kalau soalan psikometrik ni tak susah sebab soalan dia lebih kepada soalan yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Bagi Eyla yang paling mencabar adalah soalan section C tu punyalah pening nak jawab. Soalan dia tak adalah susah sangat dan tak adalah senang sangat tapi soalan tu buat kita pening nak pilih jawapan dan paling penting soalan ni menguji tahap matematik kita tau. Hehe. Kalau korang tak berapa nak pandai sangat better ajak orang yang lebih pandai duk kat sebelah tu masa nak jawab exam mesti boleh jawab punya. Ni tips berguna jugak tau. hihi

Itu sahaja mengenai Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) Kelantan ni. Kalau Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) Eyla tak sure lah soalannya jenis macam mane tapi orang cakaplah kan lagi susah sebab ia lebih menyeluruh. So, harap-harap tips ni berguna kat sape-sape yang nak jawab Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Negeri N41 (PTN) ni.Good Luck!

2 comments:

  1. Hye Eyla nak tanya keputusan exam nya dah keluar ke? awk ambik yg pengambilan november 2015 kan?

    ReplyDelete
  2. yup.. belum keluar lagi..nanti dh keluar sy akan update

    ReplyDelete

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST