Tuesday 19 January 2016

Resepi Rainbow Kek Yang Sedap!

Hati ni dah lama teringin nak buat rainbow kek ni tapi mood nak buat tak kesampaian orang kata. Al maklumlah diri kita ni busy je semacam kan. Hajat dihati nak buat rainbow kek weekend ni, harap-harap tak busy lah minggu ni dan yang penting mood nak buat pun mintak-mintak jangan malaslah. Hehe. Eyla pun try lah cari resepi ni kat En Google, banyak sangat resepi yang ada tapi resepi ni nampak macam mudah je tu Eyla ambil. Terima kasih ye kat blog saudara ape entah nama lupa pulak nak ambik address blog tadi. 

Bahan-bahan:

150g tepung superfine / hongkong
150g gula kastor
6 biji telur
80ml butter / marjerin yang dicairkan / minyak sayuran
80ml susu segar
1sk esen vanila
1sk baking powder
1sb ovelete

6 pewarna yang berbeza
(Ungu,biru,hijau,kuning,oren,merah) 

Cara-cara:

1. Satukan tepung, gula, telur, ovelete, esen vanila dan baking powder dan pukul sebati sehingga gebu dengan kelajuan mixer yang tinggi.Dalam masa 6-7minit.

2.Tambahkan susu perlahan, dan pukul sebati sampai gebu selama 1 minit.

3.Griskan loyang pembakar.Saya guna loyang 7x3inci.Panaskan oven 160'.

4. Tambahkan butter yg dicairkan dan disejukkan perlahan lahan dan kacau sebati menggunakan spatula.

5. Bahagikan adunan sama banyak kepada 6 bahagian  menggunakan senduk.

6.Titiskan 2-3 titik pewarna ke dalam setiap bahagian.

7. Bakar setiap 1 bahagian selama 10 minit secara berasingan.Maknanya bakar 1 adunan persatu, bukan lapiskan.

8.Biarkan sejuk sebelum dilapiskan dan dihias dengan cream chese froastig

Resepi Creame Chese Froasting

250g cream chese
100ml thicked/whipped cream
50g gula kastor

Cara-cara :

1.Satukan cream chease dan thicked cream pukul sampai lembut, gebu.

2.Tambahkan gula kastor dan pukul sampai gebu.

Bila kek betul-betul sejuk, bolehlah lapiskan kek bersama cream chese froasting tadi.

resepi kek rainbow
Gambar sekadar hiasan. Hehe

Monday 18 January 2016

Resepi Kek Batik Yang Mudah

Nak buat kek batik ni sebenarnya tak adalah susah sangat, yang penting kena rajin buat mesti menjadi punya. Tengok je dekat internet berlambak resepi kek batik. Jom Eyla share dengan korang semua resepi kek batik yang sangat mudah untuk dibuat. Selamat mencuba! 

Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie

Cara buat kek batik:
-Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
-Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
-Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
-Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
-Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
-Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam
-Kalau nak makan, keluarkan dahulu kek batik kira-kira 30 menit karena pasti sudah keras sebab masuk di peti sejuk.
-Kek batik siap di hidangkan. 

resepi kek batik
Beginilah rupa kek batik yang dah siap! Gambar dari En. google

Thursday 7 January 2016

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Tidak dinafikan, wanita bertudung memerlukan penjagaan rambut yang lebih rapi dan menyeluruh berbanding wanita yang tidak bertudung. Malah, penting bagi wanita bertudung mengetahui langkah penjagaan yang rapi terhadap rambut mereka. Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya. 

Tambahan lagi jika rambut tidak mendapat cahaya matahari pagi yang bagus untuk kulit. Keadaan lebih buruk jika anda berambut panjang dan kerap pula mencuci rambut pada waktu pagi. Rambut tidak akan kering sempurna dalam masa setengah jam, tambahan lagi cuaca sejuk pada waktu itu. Jika anda membiarkan rambut kering hanya 50 peratus dan kemudian terus mengikatnya sebelum mengenakan tudung, ini boleh memudaratkan rambut.

Beberapa masalah yang sering di alami oleh orang yang bertudung adalah :
1) Berkelumumur
2) Rambut berbau
3) Kulit kepala berminyak
4) Rambut gugur
5) Hujung rambut berbuah

Anda seorang yang bertudung? Jika Ya, Adakah penting penjagaan rambut bagi wanita bertudung? Sesetengah pendapat ada mengatakan bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal rambut ni. Rambut ada kutu? Kelemumur? Berminyak? Semua boleh sorok bila bertudung. Pemikiran macam tu, haruslah dikikis dan dibuang jauh-jauh ya.

Tudung atau tidak bukan ukurannya. Yang penting sebagai wanita, anda tidak boleh menafikan istilah yang rambut itu adalah mahkota wanita. Sayangilah ia sama seperti anda menjaga kulit wajah dan penampilan diri yang lain. Walaupun anda bertudung, pastikan rambut anda sentiasa terjaga dengan mengamalkan beberapa tips berikut:

1. Pilihlah tudung dari jenis kain yang mudah menyerap peluh seperti fabrik dari kain kapas. fabrik yang mudah menyerap peluh akan memudahkan aliran udara dikepala anda.

2. Trend pemakaian tudung terkini menyaksikan gabungan beberapa lapis tudung bagi sekali pemakaian. Kita boleh menvariasikan gaya namun ingat, jangan melebihi empat lapisan kain ya. Ini kerana semakin tebal tudung anda, semakin sukar rambut anda bernafas dan mudah lembab dan berbau.

3.Hindari pemilihan kain tudung berwarna gelap seperti hitam jika kita banyak menghabiskan masa di bawah sinar matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak dan ini kadangkala akan membuatkan anda tidak selesa, berasa pening dan kulit kepala akan mudah gatal dan berpeluh.

4. Sebaik sahaja sampai di rumah selepas bekerja mahupun daripada beriadah, teruslah membuka tudung dan biarkan kulit kepala bernafas terlebih dahulu. Berehatlah seketika dalam masa setengah jam sehingga peluh di tubuh dan kulit kepala anda benar-benar kering. Sebaik-baiknya bukalah ikatan rambut anda dan biarkan angin meresap ke seluruh kulit kepala. Elakkan terus mandi sebaik sahaja sampai di rumah.

5.Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikatlah rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya
Keadaan kulit kepala dan rambut yang bertutup sepanjang hari boleh menjadi punca kepada kerosakan rambut jika tidak kena caranya.

6. Elakkan memakai tudung ketika rambut anda basah. Keadan ini akan menimbulkan masalah kelemumur, rambut berminyak dan rambut berbau yang kurang menyenangkan.

7. Jagalah kebersihan rambut dan kulit kepala dgn penggunaan produk yang bersesuaian dengan keadaan rambut anda. Penggunaan produk rambut yang lengkap seperti syampu, perapi, minyak rambut (sebelum cucian), serum/ tonik ( selepas cucian) dan masker rambut amat penting khususnya bagi wanita yang menghadapi masalah rambut.

Tips Penjagaan Rambut Wanita Bertudung

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST