Wednesday 30 September 2015

Review: Ameyrah Coffee Collagen

Sekarang ni macam-macam produk kecantikkan yang ada kat pasaran sampaikan tak tahu nak cuba yang mana satu. Nak beli produk untuk kecantikkan ni mestilah nak yang berkesan dan berbaloikan. Nah, Bagi peminat coffee, AMEYRAH COFFEE COLLAGEN ada jawapannya! Nak CANTIK, nak MONTOK, nak KETAT nak TEGANG, nak KURUS dan nak PUTIH, apa kata korang cuba produk ni memang BERKESAN! Ramai dah yang suka dengan produk AMEYRAH COFFEE COLLAGEN ni. Serius tak tipu!

Khasiat dalam AMEYRAH COFFEE COLLAGEN memang banyak. Belum cuba belum tahu, kalau dah cuba gerenti jatuh hati. Hehe. AMEYRAH COFFEE COLLAGEN merupakan rahsia untuk memikat si suami dan pastinya suami semakin sayang!

Coffee montok ! Coffee cantik ! Coffee ketat !
Kesan seawal 3Sachet sahaja !! 

Ameyrah Coffee Collagen


KEHEBATAN COFFEE COLLAGEN AMEYRAH :-

Merawat masalah kulit dari luar dan dalam
Menstabilkan berat badan
Menaikkan seri wajah
Menjadikan wajah awet muda
Memutih dan mencerahkan kulit
Melambatkan proses penuaan
Mengawal berat badan
Mengurangkan rasa lapar
Mencegah pertumbuhan jerawat
Menghapuskan jerawat dari dalam kulit
Mengeluarkan air kencing/urine yang tidak berbau
Detoks terbaik
Membantu menganjal dan menegangkan payudara
Merapatkan bahagian intim wanita
Membantu mengurangkan masalah dalaman wanita
Memberi tenaga sepanjang hari
Ibu mengandung lebih bertenaga dan berseri-seri
Mampu memberikan susu badan yang melimpah banyaknya.

Dirumus untuk wanita sahaja dengan HERBA terpilih termasuk MIRIFICA yang diproses sendiri di Malaysia.

KEBAIKKAN COFFEE COLLAGEN AMEYRAH KEPADA ASET WANITA :-


kebaikan Ameyrah Coffee Collagen


KEBAIKKAN COFFEE COLLAGEN AMEYRAH KEPADA DALAMAN WANITA:-
#Senggugut yang Teruk
#Period Tidak Teratur
#Longgar dan Berbau
#Gatal Pada Miss V
#Berair dan Melekit

kebaikan Ameyrah Coffee Collagen


KEBAIKKAN COFFEE COLLAGEN AMEYRAH KEPADA IBU MENYUSU:-

^^Menggalakkan Penghasilan Susu Ibu
^^Membuatkan Ibu Kekal Bertenaga dan Ceria
^^Kulit akan semakin cantik dari kedutan
^^Merawat Gangguan Pencernaan
^^Mengawal Kolestrol dalam darah
^^Menghapuskan Kolestrol buruk "LDL" dari tubuh
^^Membantu mengecutkan sistem peranakkan ibu

CARA PENGAMBILAN AMEYRAH COFFEE COLLAGEN :-

3 Hari Pertama :- di ambil pada waktu pagi sahaja
7 Hari Kedua :- - di ambil pada waktu pagi dan petang
Hari-Hari berikutnya :- di ambil pada waktu pagi dan malam

Bancuh 1 sachet AMEYRAH COFFEE COLLAGEN kedalam cawan berisi air panas suam untuk rasa yang lebih baik

Monday 21 September 2015

Punca Kematian Pelajar dari UiTM Arau Syarafina Mansor

Kes kematian yang membabitkan Pelajar dari UiTM Arau Syarafina Mansor yang ditemui Mati begitu mengejutkan dan menyayat hati kita semua. Syarafina Mansor ditemui meninggal dunia dalam sebuah bilik air di asrama terbabit pada Sabtu lalu.

Syarafina Mansor, 18, merupakan pelajar jurusan Diploma Sains bagi sesi 2015/2016. Beliau ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik air kira-kira pukul 2 petang oleh rakannya selepas dia tidak kembali ke bilik selepas dua jam.

Rektor UiTM Perlis, Prof Datuk Ahmad Redzuan Abd Rahman berkata Syarafina dikatakan meninggalkan biliknya untuk mandi. "Apabila dia tidak kembali ke biliknya selepas dua jam, rakannya mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan dia pergi ke bilik air untuk mencari Syarafina. Akhirnya Pelajar UiTM Arau Syarafina Mansor Ditemui Mati.
"Rakannya terkejut apabila mendapati Syarafina ditemui terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai bilik air," kata Ahmad Redzuan. Pihak pengurusan asrama kemudiannya membawa mangsa ke Hospital Tunaku Fauziah di Kangar di mana dia disahkan meninggal dunia pada 3.20 petang. Pelajar UiTM Arau Syarafina Mansor Ditemui Mati.
"Laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di kepala. "Syarafina sentiasa mengadu sakit kepala kepada rakannya. Kesakitan itu kadang kala menyebabkan dia tidak hadir ke kelas," kata Ahmad Redzuan.
Kematiannya sungguh menyedihkan lebih-lebih lagi apabila diketahui arwah merupakan anak yatim piatu. Kepada seluruh ahli keluarga Syarafina Mansor diharapkan bersabar dengan ujian ni. Apa yang penting, sama-samalah skita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin

Rasa kes yang membabitkan kematian disebabkan pendarahan otak bukan sesuatu yang baru. Eyla dengar pun rasa takut tak sangka pendarahan otak ni boleh membawa maut jika tidak dikesan / dicegah dari awal. Jadi, jangan ambil mudah jika anda ada masalah sakit kepala (migrain). Bagi sesiapa yang masih lagi tidak jelas mengenai pendarahan otak apa kata rajin kan diri untuk baca kat bawah ni.

PENDARAHAN OTAK
Perdarahan otak (brain hemorrhage) adalah sejenis stroke. Ia disebabkan oleh arteri dalam otak yang pecah dan menyebabkan perdarahan lokal pada jaringan-jaringan sekelilingnya. Perdarahan ini membunuh sel-sel otak.

Apa Yang Terjadi Ketika Perdarahan Otak (Brain Hemorrhage) ?

Ketika darah dari trauma mengganggu jaringan-jaringan otak, ia menyebabkan pembengkakan. Ini dikenal sebagai cerebral edema. Darah yang bersatu terkumpul kedalam masa yang disebut hematoma. Keadaan-keadaani ini meningkatkan tekanan pada jaringan otak yang berdekatan, dan itu mengurangi aliran darah yang vital dan membunuh sel-sel otak.

Perdarahan dapat terjadi didalam otak, antara otak dan selaput-selaput yang menutupinya, antara lapisan-lapisan dari penutup otak atau antara tengkorak dan penutup dari otak.

Penyebab Perdarahan Otak (Brain Hemorrhage)
Ada beberapa faktor-faktor risiko dan penyebab-penyebab dari perdarahan otak (brain hemorrhages). Yang paling umum termasuk:
1. Trauma kepala. Luka adalah penyebab yang paling umum dari perdarahan dalam otak pada mereka yang berumur dibawh 50 tahun.
2. Tekanan darah tinggi. Keadaan ini selalunya mengambil waktu yang panjang, melemahkan dinding-dinding pembuluh darah. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat adalah penyebab utama yang dapat dicegah dari perdarahan otak (brain hemorrhages).
3. Aneurysm. Ini adalah pelemahan pada dinding pembuluh darah yang membengkak. Ia dapat pecah dan berdarah kedalam otak, menjurus pada stroke.
4. Kelainan-kelainan pembuluh darah. Kelemahan-kelemahan pada pembuluh-pembuluh darah di dan sekitar otak mungkin hadir pada waktu kelahiran dan terkesan hanya jika gejala-gejala berkembang.
5. Amyloid angiopathy. Ini adalah ketidaknormalan dari dinding-dinding pembuluh darah yang adakalanya terjadi dengan bersama proses penuaan. Ia mungkin menyebabkan banyak perdarahan-perdarahan yang kecil dan tidak terasa sebelum menyebabkan yang besar.
6. Penyakit-penyakit darah atau perdarahan. Hemophilia dan anemia sel sabit dapat keduanya menjalar pada tingkat-tingkat yang berkurang dari platelet-platelet darah.
Penyakit hati. Situasii ini berhubungan dengan perdarahan umum yang meningkat.
7. Tumor-tumor otak.

Gejala-Gejala Dari Perdarahan Otak (Brain Hemorrhage)

Gejala-gejala dari perdarahan otak (brain hemorrhage) dapat berbeza-beza. Bergantung pada lokasi perdarahan, keparahan perdarahan, dan jumlah jaringan yang terpengaruh. Gejala-gejala mungkin berkembang secara tiba-tiba atau mengambil masa. Mungkin menjadi parah secara progresif atau nampak secara tiba-tiba.

Jika anda menunjukkan apa saja dari gejala-gejala yang berikut, anda mungkin mempunyai perdarahan otak (brain hemorrhage). Petanda ini mungkin mengancam nyawa anda, dan anda harus bertindak untuk pusat rawatan dengan segera. Gejala-gejala termasuk:
-sakit kepala parah yang tiba-tiba
-serangan-serangan (seizures) dengan tidak ada sejarah serangan-serangan sebelumnya
-kelemahan pada lengan atau tungkai
-mual atau muntah
-kesiap siagaan yang berkurang; kelesuan
-perubahan-perubahan pada penglihatan
-kesemutan atau mati rasa
-kesulitan berbicara atau mengerti pembicaraan
-kesulitan menelan
-kesulitan menulis atau membaca
-kehilangan ketrampilan-ketrampilan motor yang halus, seperti gemetaran-gemetaran tangan
-kehilangan koordinasi
-kehilangan keseimbangan
-rasa selera yang abnormal
-kehilangan kesadaran

Merawat Perdarahan Otak (Brain Hemorrhage)
Apabila anda mengunjungi pegawai perubatan, ia dapat menentukan bahagian mana dari otak yang terpengaruh berdasarkan pada gejala-gejala anda.
Doktor mungkin menjalankan x-ray, seperti CT scan, yang dapat mengungkap perdarahan internal atau akumulasi darah, atau MRI. Pemeriksaan neurological atau pemeriksaan mata, yang dapat menunjukan pembengkakan dari saraf optik, mungkin juga dilakukan. Ujian darah dan lumbar puncture (spinal tap) mungkin juga diperlukan.
Perawatan untuk perdarahan dalam otak tergantung pada lokasi, penyebab, dan luas dari perdarahan (hemorrhage). Pembedahani mungkin diperlukan untuk meredakan pembengkakan dan mencegah perdarahan. Ubat-ubat tertentu mungkin juga diberikan. Ini termasuk painkillers (penahan sakit), corticosteroids atau diuretics untuk mengurangi pembengkakan, dan anticonvulsants untuk mengawal seizures (serangan-serangan). Produk-produk darah atau cairan-cairan intravena mungkin dimasukan jika diperlukan.

Dapatkah Pesakit Sembuh Dari Perdarahan Otak Dan Apakah Ada Sebarang Komplikasinya?
Tahap kesembuhan  pesakit perdarahan otak (brain hemorrhage) tergantung pada ukuran dari perdarahan dan jumlah pembengkakan.
Ada juga pesakit yang boleh  sembuh sepenuhnya. Kemungkinan komplikasi-komplikasi termasuk stroke, kehilangan fungsi otak, atau kesan-kesan sampingan dari ubat ubat atau perawatan-perawatan. Kematian adalah mungkin, dan mungkin terjadi dengan cepat meskipun dengan perawatan medik yang segera.

Dapatkah Perdarahan Otak (Brain Hemorrhage) Dicegah ?
Diantara faktor-faktor risiko yang spesifik, anda dapat mengecilkan risiko anda dalam cara-cara yang berikut:
-Rawatan Darah Tinggi. Kajian menunjukan bahwa 80% dari pesakit-pesakit cerebral hemorrhage mempunyai sejarah tekanan darah tinggi. Perkara  yang paling penting yang anda harus lakukan adalah dengan mengawal diet pemakanan, latihan (olahraga), dan pengubatan atau makanan tambahan.
-Jangan merokok.
-Jangan menggunakan ubat-ubat  terlarang. Cocaine dapat meningkatkan risiko perdarahan dalam otak.
-Memandu secara berhemah dan memakai talipinggang keledar
-Jika anda menunggang motosikal, selalulah gunakan topi keledar.
-Jumpa pakar perubatan anda. Jika anda menderita kelainan-kelainan, seperti aneurysms, pembedahan mungkin membantu mencegah perdarahan masa depan.
Yang paling penting dari segala-galanya adalah anda menjalankan  gaya hidup sehat dari anda masih muda dengan diet yang;

-rendah kalori,
-menghindari makanan-makanan segera,
-makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran,
-tidak merokok,
-tidak minum alkohol berlebihan,
-tidak stres,
-berolahraga secara teratur.
Ini dapat mencegah anda dari penyakit-penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup tidak sehat seperti; penyakit jantung koroner, diabetes dan lain-lainnya.

Thursday 17 September 2015

Petua-petua Orang Tua Dahulu

Walaupun hidup kita ni semakin hari, semakin moden tapi petua orang-orang tua zaman dahulu kita tidak boleh tinggalkan. Sebelum ni pun Eyla ada mengamalkan petua orang tua dulu jugak apabila senggugut datang. Tips dan Cara Mengatasi Senggugut Ketika Period Eyla perolehi daripada sumber En Google. Memang berkesan, sakit senggugut cepat hilang. Cubalah kalau tak percaya! Petua orang tua zaman dulu ni banyak sebenarnya kat bawah ni Eyla share dengan korang petua orang tua ahulu yang sangat bagus untuk diamalkan. Selamat Mencuba!!

Petua Cepat Dipinang (Ringan Jodoh)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menegangkan Kulit Muka
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Menyerikan Wajah
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

Menghaluskan Kulit
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Menghilangkan Bau Badan
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu. Badan Ringan Dan Bertenaga Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

Melembutkan Rambut
Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

Merawat Kulit Berkedut
Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf.. Amalkan setiap pagi. Merawat Senggugut Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut
Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yg masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

Mengurangkan Dengkur
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Mengempiskan Perut
1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Mengekalkan Kecantikan
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

Mengatasi Senggugut
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Petua ini saya amalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut , tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menaikkan Seri Muka
Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit. Merawat Panau Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

Mengelak Rambut Gugur
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

Mengurangkan Air Pada Faraj
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

Sihat Tubuh Badan
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun.

Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Menghilangkan Parut di Kulit
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air.. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

Mengelak Keguguran Rambut
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

Menghilangkan Bau Ketiak
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Rambut Gugur
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilang Sakit Kepala
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

Menghilang Ketumbit Mata
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

Menurunkan Berat Badan
1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur. Menurunkan Berat Badan

2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

Mengatasi Tumit Pecah
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Awet Muda
1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

Mudah Bangun Pagi
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

Menghilangkan Jerawat
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

Meluruskan Rambut Kerinting
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

Menghaluskan Kulit Muka
Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

Memerahkan Bibir
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

Tegangkan Payudara
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

Menghaluskan Kulit Muka
Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam. Menguatkan Gigi Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

Menghilangkan Bau Mulut
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

Menghilangkan Lebam Mata
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung
Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

Mengelak Santau
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Jerebu : Punca, Kesan dan Cara Pencegahan

Nampaknya sekarang ni negara kita sedang mengalami masalah jerebu yang sangat teruk. Sejak akhir-akhir ni mesti ramai yang tak sihat kan? Jadi, untuk mencegah jerebu daripada menganggu aktiviti harian, kita semua disarankan supaya memakai mask penutup hidung supaya mengelakkan daripaa mengganggu kesihatan diri sendiri. Dengar-dengar ada sekolah yang terpaksa di tutup sebab jerebu teruk sangat. Harap-harap semuanya akan kembali normal selepas ni, tak sanggup rasanya nak keluar rumah dalam keadaan persekitaran yang tak sihat ni. Urmmmm

Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu 
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :

-Pembakaran Secara Terbuka
-Asap Dari Kilang
-Asap Dari Kenderaan

Indeks Pencemaran Udara (IPU) 
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPU
Status

0 - 50

Baik

51 - 100

Sederhana

101 - 200

Tidak Sihat

201 - 300

Sangat Tidak Sihat

301 - 500

Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA 
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-

-Kanak-kanak
Orang tuaMereka yang mengalami penyakit
• asma 
• bronkitis 
• radang paru-paru 
• penyakit paru-paru yang kronik 
• jantung 
• alahan
Perokok
Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.
Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:

• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.


CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-

-Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
-Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
-Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
-Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
-Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
-Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
-Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
-Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
-Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.

jerebu

Wednesday 16 September 2015

Dekorasi Rumah Kontemporari Moden, Enggeris Style dan Klassikal Mewah

Rumah anda ruang peribadi kita. jadi, jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut kita hendak lakukan pada rumah kita. Setiap orang mesti nak bilik tidur cantik, ruang makan rumah cantik, bilik tamu yang cantik dan macam-macam lagi la kan. Tapi kalau nak buat dekorasi ni kena la bajet tu lebih barulah hasilnya PUAS HATI! Nak cantikkan rumah ni, tak payah sebenarnya kena pandai kreatif barulah hasilnya pun meletop! Gabungan dalam pemilihan warna adalah sangat penting dalam sesebuah dekorasi kerana jika tersalah pilih warna hasilnya agak mengecewakan. 

Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza termasuk dalam hal menghias rumah. Masing-masing mempunyai konsep hiasan tersendiri, tetapi jika setiap individu boleh bertolak ansur dan saling menghormati pendapat orang lain, akan tercetus ilham hiasan yang menarik dan memuaskan hati semua pihak. Pada masa sekarang ramai yang suka memilih dekorasi kontemporari moden sebab ianya akan menampakkan mewah dan esklusif pada sesebuah rumah. Namun ada juga yang suka kepada konsep yang klasik bergantung kepada seseorang individu. 

Bagi yang masih lagi tercari-cari idea untuk menggunakan konsep bagaimana dalam dekorasi rumah anda, Terdapat beberapa konsep dalam dekorasi rumah antaranya yang boleh dipertimbangkan :

KONTEMPORARI  MODEN
Moden dan kontemporari, kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama, ringkas dan tidak berserabut. Salah satu ciri yang menyerlahkan stail moden ialah penggunaan warna tona hitam, kelabu, perak dan juga putih. Idea kontemporari terkini lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri.
dekorasi ruang makan moden

dekorasi ruang makan moden

dekorasi bilik tidur moden


dekorasi ruang dapur moden
INGGERIS STYLE
Konsep dan gaya kedesaan Inggeris mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Konsep sebegini dikatakan mampu memberikan ketenangan dan menyuntik eleman kelembutan kepada pemilik. Kedesaan Inggeris menjurus kepada warna lembut, gelap dan yang paling ketara adalah penonjolan motif flora pada langsir, kusyen dan alas meja.



dekorasi bilik tidur inggeris style

dekorasi runag makan inggeris style

dekorasi ruang tamu inggeris style



 KLASIKKAL MEWAH
Setiap orang mempunyai citarasa pilihan mereka tersendiri. Ini juga banyak bergantung kepada corak kehidupan dan baget. Gaya Klasikal ialah sentuhan dekorasi yang mengadunkan elemen Greek dan Roman pada abad ke 18. Perabut kebanyakkannya bergaya mewah dengan fabrik mewah dari sutera, brocade, kapas dan wool menjadi kemestian dalam konsep ini.

    Dekorasi bilik tidur klasikkal mewah

    Dekorasi ruang dapur klasikkal mewah

    Dekorasi ruang tamu klasikkal mewah

    Dekorasi ruang makan klasikkal mewah




Tuesday 15 September 2015

Produk Kurus Dz Garcinia Herbal Plus

Korang pernah dengar tak pasal produk DZ GARCINIA HERBAL Plus??? Dah guna macam-macam produk kurus tapi tak jugak jadi? Apa kata korang try produk kurus ni gerenti tak menyesal dan puas hati!! Dah ramai testimoni-testimoni produk ni berjaya kuruskan badan yang mereka inginkan. Bukan nak propa je lebih tapi TERBUKTI BERKESAN!!

DZ GARCINIA HERBAL Plus dirumus khas untuk membantu mereka yang ingin mengurangkan pengambilan makanan tanpa sekatan.

- Selera makan tidak terkawal buat berat badan terus meroket naik?
- Letih lesu tidak bermaya kerana makanan tidak dicerna dengan baik?
- Nak bersenam pun malas perut makin membuncit?

Cara Langsing Bertenaga dengan Mudah

NIKMATI KELEBIHANNYA
✔ MEMBAKAR LEMAK
✔ MENGAWAL SELERA MAKAN
✔ MENINGKATKAN METABOLISME
✔ MENSTABILKAN HORMON

Kelebihan DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
✔Kesan KETARA seawal 1 minggu
✔Menghentikan selera makan
✔Menyekat pertambahan berat badan
✔Membaiki sistem pengahadaman
✔Membakar lemak dengan pantas secara semulajadi
✔Tiada kesan sampingan yang memudaratkan anda
✔Menghalang pembentukan lemak berlebihan
✔Meningkatkan metabolisme badan untuk membantu bakar lemak
✔Membuang toksin dalam badan
✔Tiada masalah kulit menggelebeh
✔Tanpa perlu bersenam
✔Membantu mengekalkan berat badan secara sihat (untuk yang dah kurus)

Keistimewaan DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
✔ Dapat membakar Lemak dengan Pantas tanpa senaman
✔ Sesuai Kepada semua yang Bekerja
✔ Dapat mengurangkan Lemak pada Peha, Perut, dan Leher
✔ Menghapuskan Lemak tersembunyi pada Organ
✔ Kesan seawal 7 Hari sahaja
✔ Memberi tenaga Sepanjang hari
✔ Menghilangkan Bau badan
✔ Sesuai kepada yang berada di bawah hawa dingin
✔ Boleh di ambil seawal USIA 15 tahun
✔ Ibu menyusu boleh mengambil Dz Garcinia tetapi usia baby 6 bulan keatas
✔ Diluluskan KKM (NO MAL15040029T)

KANDUNGAN;
Teh hijau (100mg)
Asam Gelugur (Garcinia) (100mg)
Guarana (100mg)
Aloevera (100mg)
Fructus Citrus (limau Nipis) (100mg)

PANTANG
✔ Digalakkan minum air 3-4 liter sehari..
✔ Pastikan tidur cukup supaya hormon bdn stabil
✔ Gula kurangkan
✔ Makan 2 kali sehari
✔ Kurangkan makanan berminyak.
✔ Elakkan minuman bercafein & berais
✔ Bersenaman 20minit sehari
✔ Pesakit kencing manis / darah tinggi boleh ambil sekiranye mengalami masaalah kegemukan
✔ Yang ada masalah Fibroid & Cancer tidak digalakkan mengambil
✔ Ibu Mengandung TIDAK di Benarkan

CARA PENGAMBILAN
Sehari makan 2 kapsul ambil 1 biji pagi dan 1biji malam sahaja
1 botol untuk sebulan.

UNTUK KESAN OPTIMUM
Disarankan makan 2 biji pagi dan 2 biji mlm sebelum makan untuk seminggu pertama.
Selepas seminggu hanya ambil 1 biji pagi dan 1biji malam sahaja.


DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
SIHAT, KURUS DAN MENAWAN


Kandungan: 60 biji kapsul x 500mg

BERMINAT NAK KURUS??? WHASSAP KE 01112990190

testimoni dz garcinia herbal plus

testimoni dz garcinia herbal plus
testimoni dz garcinia herbal plus

testimoni dz garcinia herbal plus


Fruitamin Soap Sabun Putihkan Badan

FENOMENA Fruitamin Soap by wink white dah menjadi-jadi sekarang ni. Seriusly first time, Eyla pakai sabun ni memang best sangat-sangat. Kulit makin putih dan tak kering pun. Biasa kalau pakai sabun ni kulit kita mudah jadi keringkan tapi dengan Fruitamin Soap ni Eyla pakai tak kering pun kulit. Memang hebat sangat produk ni. Harga pun memang MURAH dan semua orang mampu beli kot! 

Fruitamin Soap by wink white adalah salah satu Produk best seller dari wink White,Fruitamin Soap by Wink White  adalah sabun pemutih kulit yang super duper memutihkan kulit dengan cepat kerana ia mengandungi 10 jenis pati buah-buahan dalam 5 warna,Formula 10x lebih berkesan daripada sabun gluta.

Fruitamin Soap by wink white diperbuat dari campuran Gluta +buah + vitamin ini sangat berkesan memutihkan dan mencerahkan kulit.Serta dapat menghentikan melanin pada kulit.Sesuai digunakan pada badan dan juga wajah.

Kandungan dan manfaat dari Fruitamin Soap by Wink White
~Tomato =Mengandungi lycopene,kulit wajah menjadi putih merona pink.
~Oren = Kaya dengan vitamin c membuatkan kulit menjadi segar dan cerah.
~Kiwi = Sebagai antioksidan dan merangsang kolagen pada kulit.
~Mullberry = Kaya dengan vitamin dari buah mullberry yang sangat  bermanfaat baik bagi kulit.
~ Pisang = Membuatkan kulit menjadi halus,lembut dan lembab bervitamin.
~Anggur = Menjadikan kulit anjal dan tegang
~ Delima = Mencegah penuaan sebelum waktu dan membantu mengurangkan kedut.
~Lemon = Membasmi jerawat dan mencerahkan kulit
~Asam jawa = Menghilangkan bekas luka, parut jerawat dan kesan hitam.
~Epal =menjaga kesihatan kulit dan merangsang sel kulit baru

Komposisi Fruitamin Soap by Wink White :coconut oil,rice bran oil,sunflower oil,glutathione,vit E,vit B3,perfume,ekstrak 10 buat diatas.

Fungsi utama Fruitamin Soap by wink White
~Memutihkan kulit 10x lebih berkesan daripada sabun gluta.
~Mengurangi serta memudarkan  kesan parut jerawat dan parut luka.
~Menjadikan kulit berseri-seri dan glowing
~Menyamaratakan warna kulit yang kusam kerana terkena sinaran matahari
~Melembabkan kulit dan membuat kulit menjadi sihat dan anjal.

Cara Menggunakan:
Pakai sabun ketika mandi,biarkan selama 3-5 minit,kemudian bilas bersih.


BERMINAT NAK BELI??? 

<WHASSAP SAYA KE 01112990190>

OPEN BORONG / RETAIL DIALU-ALUKAN!!!

FRUITAMIN SOAP

Testimoni fruitamin soap




Sunday 13 September 2015

Tips dan Cara Mengatasi Senggugut Ketika Period

Cakap pasal senggugut ni, hal ni adalah perkara normal bagi seorang wanita yang datang period setiap bulan. Ada sesetengah wanita tu, dia tidak akan rasa sakit ketika datang period dan ada sesetengah wanita tu akan rasa sakit di perut (senggugut) yang biasanya terjadi pada hari pertama hingga ketiga, bergantung pada hormon individu. Macam Eyla, jarang sangat nak kena senggugut ni tapi ada jugaklah kena senggugut. Sakit tu memang tak boleh cakap kat orang la!

7 Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah senggugut yang sentiasa membelenggui wanita :

1) Anda dinasihatkan untuk meningkatkan pengambilan makanan yang mempunyai kalsium yang tinggi. Ini kerana kalsium berkeupayaan untuk memberikan ketenangan sekaligus menghindarkan ketegangan serta mengimbangi kadar kandungan cecair dalam badan. Makanan yang berkalsium tinggi termasuklah kekacang, tempe dan susu. 

2) Cara yang kedua adalah anda perlu mengambil sumber vitamin C dalam dos yang tinggi. Banyak buah-buahan contohnya seperti limau yang diperkaya dengan kandungan Vitamin C yang tinggi. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurang 7 biji limau untuk mendapatkan nilai Vitamin C yang mencukupi. 

3) Ambillah makanan tambahan (supplemen) yang kaya dengan vitamin B6 dan Vitamin E untuk menghindarkan dari ketegangan pada perut ketika datang bulan. Memang tak dapat dibayangkan betapa sakitnya bila perut menegang akibat senggugut. Pengambilan vitamin B6 dan Vitamin E dapat mencegah ketegangan perut. 

4) Semasa tempoh ‘period pain’ ini, anda perlu mendisiplinkan diri dan mengurangkan jumlah pengambilan garam. Kawalan terhadap pengambilan garam akan berupaya mengurangkan pengumpulan air yang berlebihan dalam badan kita. 

5)Ada yang mencadangkan agar makan coklat untuk mengurangkan stress. Namun, hakikatnya jika kita diserang angin senggugut yang kronik kita perlu mengurangkan pengambilan makanan yang berkafein, bercoklat dan bertepung. Kurang pengambilan kopi, teh mahu pun coklat dalam tempoh ini. 

6) Ambillah makanan yang kaya dengan serat. Apa makanan yang kaya dengan serat itu? Makanlah makanan yang berserat tinggi seperti avocado, jagung, bijirin oat, sayuran dan buah-buahan. Lengkapkan dengan pengambilan 8 gelas air sehari bagi penyerapan maksimum. Ini dapat mengurangkan sakit kepala dan migrain ketika period. 

7) Buat mereka yang mempunyai masalah anemia iaitu kurang darah, saranan terbaik adalah untuk mengambil makanan tambahan atau supplemen yang kaya dan tinggi dengan zat besi. 



Tips dan Cara Mengatasi Senggugut Ketika Period

Punca Lelaki Curang Isteri Perlu Tahu!


Pernah tak anda dicurangi oleh seorang lelaki yang anda sangat cintai dan sayangi? Mesti hati ni rasa sakit, hancur, kecewa, sedih dan macam-macam lagi perasaan yang ada tak dapat digambarkan. Isteri atau wanita perlu tahu, kenapa perkara tersebut boleh terjadi dalam sesuatu hubungan yang terjalin.  

Lelaki selalunya akan memberikan pelbagai alasan untuk menutupi kesalahan yang mereka lakukan. Perbuatan lelaki seperti ini adalah sangat zalim buat seorang isteri. Isteri diciptakan untuk menenteramkan hati suami. Seberapa berat pun tugas dan peranannya dalam rumahtangga, isteri yang baik akan sentiasa bersedia menyediakan hatinya untuk suami merasakan keselesaan. Mengapa hati? Ya, kerana hati anda adalah punca kesempurnaan keperibadian anda di sisi suami.

Bayangkanlah jika hati anda sakit, mesti porak peranda isi rumah, anak-anak disakiti perasaannya, suami pula umpama penjenayah yang dimusuhi. Tiada sedikit pun kebaikan suami yang diingat, semua terkubur hanya kerana anda tidak puas hati dengan kesalahan remeh yang dilakukannya.

Jika hati isteri sakit, dia hanya mahu suami memujuk dan membelai, mengalah dan kalau boleh mencium kaki meminta maaf. Tetapi, dia tidak sedar bahawa suami pun memiliki hati yang akan terluka jika terus menerus ditekan dan dipersalahkan atas semua konflik yang berlaku.

Suami juga manusia yang perlukan belaian, kasih sayang dan teman untuk berkongsi rasa. Dia bukanlah sebuah robot yang hanya tahu menjalankan tanggungjawap, menyelesaikan tugasan dan menyediakan diri untuk semata-mata berkhidmat. Suami dan isteri hakikatnya sama-sama memiliki perasaan dan akal fikiran.

Satu kelemahan yang amat ketara dalam diri suami dan isteri adalah kurangnya kemahiran membelai pasangan. Bukan hanya isteri yang mempunyai masalah sebegini, suami pula kadang-kadang memandang remeh masalah ‘sentuhan’ ke jiwa isteri.

Beban kerja di pejabat yang sudah terlalu berat, ditambah pula usaha mencari pendapatan sampingan di luar waktu pejabat yang memenatkan fikiran dan tubuh badan, di rumah suami mesti bertarung pula untuk mempastikan perasaan isteri tidak tercedera. Masa amat mencemburui mereka berdua, kadang-kadang sentuhan dan belaian yang diberi seolah-olah sekadar basa-basi sahaja. Lebih teruk lagi, mereka telah kepenatan dengan komitmen lain sehingga sama-sama rela tidak dibelai dan membelai.

Apabila mereka lebih banyak menghabiskan waktu dengan teman sekerja dalam menjalinkan hubungan sosial dengan orang lain, maka tiada maknanya perkahwinan itu berdiri. Masing-masing tidak mampu menjalankan fungsi dan tanggungjawapnya kepada pasangan.

Akibatnya terjadi banyak perceraian dalam kehidupan metropolitan yang mencabar iman kerana suami dan isteri tidak memiliki masa yang cukup untuk bersama. Sebenarnya benang yang kusut itu dapat dileraikan jika mereka mahu berusaha dan bekerja keras mendapatkan kembali belaian dari pasangan masing-masing. Jadi bagaimana teknik membelai pasangan untuk mereka yang sibuk?

Berjanjilah untuk menjayakan pertemuan dengan gembira

Sudahlah jarang bersama, masing-masing kepenatan jadi apabila bertemu, ambil peluang pula untuk bercakaran. Simpan dulu rasa tidak puas hati terhadap pasangan, tinggalkan dulu pakaian dari dunia luar sana yang penuh tekanan dan kesedihan, gantilah dengan baju baru, suasana baru dan pembawaan imej diri yang segar, ceria dan gembira.

Bukan anda seorang saja yang mesti melakukannya, tapi buatlah ‘aku janji’ dengan pasangan anda jika bertemu, kedua-duanya mesti melupakan kesedihan dan stress dari luar rumah. Pertemuan yang indah tidak akan berjaya jika suami melampiaskan kemarahannya kepada isteri akibat tekanan dari luar, begitu pula isteri yang suka merungut di depan suami semua serba tak cukup, susah dan mengadu perkara-perkara yang tak sedap didengar telinga suami. Cubalah berjanji dengan pasangan, setiap kali bertemu, anda berdua mesti melupakan kesedihan dan tekanan sebaliknya meraikan pasangan dengan gembira.

Singkirkan gangguan yang menjejaskan misi romantik

Suami perlu bersedia apabila berjumpa isteri, begitu juga dengan isteri, sekurang-kurangnya menyikat rambut dan memakai pakaian yang wangi dan cantik. Mereka mesti pandai membangkitkan syahwat pasangannya dengan pelbagai gaya romantik, tidak semestinya berakhir dengan hubungan seks, sekurang-kurangnya sentuhan dan belaian ikhlas itu boleh menenteramkan hati.

Singkirkan rasa malu, takut bertepuk sebelah tangan dan keraguan untuk membelai pasangan. Kalau anda tidak mulakan, Mungkin tiada peluang lagi untuk memperbaiki hubungan. Kalau suami mengeluh kepenatan, anda boleh melakukan urutan untuk melegakannya. Suami mesti adil jika isteri mennyentuh, sekurang-kurangnya berikanlah respons positif.

Jangan habiskan malam di bawah kawalan internet dan membiarkan isteri putus asa di dalam bilik tidurnya. Agihkan masa dengan bertanggungjawap, jika mahu melakukan sesuatu, ajaklah isteri bersama-sama.

Libatkan isteri walaupun anda terlalu sibuk, sekurang-kurangnya minta dia duduk menemani anda sambil bersentuhan kulit. Isteri pula jangan leka dengan anak-anak sehingga melalaikan suami. Setiap malam tidur bersama anak dan suami pula tidak berpeluang merasai hangatnya degupan jantung isteri.

Masa bersama pasangan menjanjikan syurga

Sekali lagi anda mesti mengejar masa. Masa bersama suami adalah ibadah yang akan mendatangkan ganjaran besar. Dari mula memandangnya, bercakap manis dan menyentuhnya, mempamerkan senyuman ikhlas, ketawa bahagia dan lupakan sengketa adalah pahala.

Menyediakan segala keperluan, mengenyangkan perut dan menghapuskan dahaga akan mengalirkan pahala ke dalam catatan amal seorang isteri. Suami pula membalas kebaikan isteri dengan layanan yang lebih baik lagi seolah-olah sedang membina mahligai cinta mereka di syurga.

Pasangan anda adalah sumber pahala dan kebaikan, Namun mereka boleh berubah menjadi mimpi ngeri dan neraka hidup jika anda tidak melayan pasangan dengan niat ibadah kerana Allah.

Belaian iman jangan dilupakan

Kadang-kadang semua telah pun dilakukan untuk membuat pasangan anda bahagia, dengan pengorbanan mental, fizikal dan wang ringgit yang tidak terkira. Namun tidak jua datang harapan indah hidup bersamanya. Mengapa? Kerana anda dan suami melupakan belaian iman di jiwa.

Kembalilah kepada agama, tuntunlah pasangan anda mendekatkan diri kepada Allah. Hubungan yang rapat dengan Tuhan akan membersihkan hati, menguatkan keyakinan dan mendatangkan cinta yang tulus. Iman pasti mampu menjaga setiap pasangan dari penyelewengan nafsu yang memburu.

lelaki curang

Cara Berkesan Untuk Kurus Dengan Diet Atkins

Pernah tak korang dengar mengenai DIET ATKINS ni? Diet Atkins Had 20 gram karbohidrat selama Induction ini bukan bertujuan untuk menyusahkan anda tetapi untuk memastikan badan anda membakar lemak, bukan glukosa. Dari segi sainsnya, badan akan menggunakan glukosa sebagai bahan api terlebih dahulu sebelum lemak. Jika anda mengehadkan karbohidrat kepada hanya 20 gram atau kurang sehari, store glukosa badan anda akan habis dalam masa 48 jam (2 hari). Selepas tu, apa yang dibakar oleh badan anda sebagai tenaga adalah lemak semata-mata dan dengan cara inilah anda akan menghilangkan lemak.

Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.

Dengan mengurangkan dan mengehadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut.

Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan, semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.

Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka mengehadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih  banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama.Itulah sebabnya mereka yang mengamalkan diet rendah lemak (low-fat diet) sering tidak berjaya. Bukan apa, walaupun mereka makan makanan rendah lemak seperti low-fat yoghurt, minum jus buah-buahan, makan hanya roti sahaja tapi tak makan daging atau telur, makan makanan low-fat dalam paket, yang pastinya makanan tersebut mengandungi karbohidrat dari gula, tak kira gula buah-buahan atau karbohidrat biasa.

Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:

Prinsip ini dari diet Atkins 'adalah bahawa, dengan menyekat karbohidrat, tubuh kita dipaksa untuk membakar lemak yang disimpan, bukan karbohidrat untuk bahan bakar.

Diet Atkins 'mempunyai empat tahap induksi rancangan karbohidrat, penurunan berat badan yang sedang berlangsung, pra-rawatan dan penjagaan seumur hidup. Dengan bantuan dari empat tahap, anda boleh mengurangkan serta menjaga berat badan anda sepanjang hidup anda

Induction (fasa 1) 
Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Jika berat badan sangat berlebihan atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction(20g) selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda. Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan. Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. 

Dilarang makan Semasa Induction (Fasa 1): 
-Semua jenis beras/nasi, semua jenis mee & spagetti.
-Semua jenis roti, tak kira putih atau berfiber, berinti atau tidak.
-Gula pasir, gula melaka, gula perang, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
-Semua jenis buah-buahan & jus buah-buahan
-Semua jenis minuman bergula, milo , barli, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!
-Segala bentuk kekacang, tempe & sebagainya.
-Makanan berproses seperti bebola ikan, bebola sotong, bebola ayam(bertepung)
-Makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih dan semua produk bergandum.
-Sos & Kicap (kebanyakkannya tinggi karbohitrat)
-Sayuran berkarbohidrat tinggi seperti kentang, segala jenis ubi, lobak. 
-Produk tenusu seperti susu, yoghurt, dadih, tak kira rendah lemak atau tidak.
-Makanan ringan seperti gula-gula, potato crisps, chocolate, pop-corn, aiskrim, twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
-Elakkan kopi, teh dan minuman ringan yang mengandungi kafein. Kafein yang berlebihan menyebabkan gula darah yang rendah, yang boleh membuat ketagihan gula.
-Sate yang diperap dengan gula @ madu. Keropok lekor, oat, otak-otak, sata.

Boleh Makan:
-Ayam(semua bahagian) - panggang, steam, bakar, sup, digoreng tanpa tepung.
-Telur ayam, Telur itik, Telur ikan. - telur dadar, rebus, goreng.
-Ikan, Udang, Ketam -  (kurangkan sotong & kerang kerana karbohidrat tinggi.)
-Daging(semua bahagian) - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai, keropok kulit lembu.
-Sayur, terutamanya sayur hijau. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun, Rumpai laut. Kurangkan lobak merah, kacang panjang, bendi & tomato.
-Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Cuba limit kepada 2-3 keping sehari.
-Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
-Burger & hotdog? daging sahaja, roti2 buang...(pastikan burger rendah karbohitrat)
-Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
-Garam & rempah-ratus boleh digunakan asalkan asli, tak ditambah gula atau perasa tiruan.
-Minyak masak, olive oil & sebagainya.
-Chewing gum yang sugar free, selalunya 1 carb sebiji, cukup 2 or 3 biji sehari kalau nak makan.
Psyllium husk, teh hijau, teh herba, teh org kampung.(tanpa gula)

Syarat-syarat Induction:
-Pastikan cukup minum air, 1 liter setiap 25kg berat anda atau lebih.  (Penting)
-Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa) atau 4-5 kali sehari (tapi portions kecil). 
-Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 8.00pm atau 4 jam sebelum tidur. 
-Jangan ponteng makan (menyebabkan badan dalam mood lapar & metabolisma menurun)
-Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Jangan menganggap apa-apa makanan rendah karbohidrat tanpa membaca label! Periksa kiraan carb (pada setiap paket)
-Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. 
-Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang tidak dibenarkan di atas. -Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis.
-Berjaga-jaga untuk karbohidrat yang tersembunyi dikuah . Kuah sering dibuat dengan tepung atau tepung jagung dan gula.
-Minum banyak air. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.
-Makanan boleh digoreng, dipanggang, direbus, disalai asalkan tidak ditambah gula dan madu.BERHATI2 KETIKA MAKAN DI KEDAI, tomyam/sup kemungkinan ada gula dalam masakan.
-Ambil supplement seperti spirullina dan vitamins untuk lebih menyihatkan badan lagi. Pastikan product tidak mengandungi gula.
-Kurangkan makan berproses seperti burger & hotdog(boleh makan, cuma kurangkan)

diet atkins

Thursday 10 September 2015

REVIEW : Produk Penjagaan Rambut Shayla

Cakap pasal rambut gugur ni rasa trauma lah pulak kan. Tapi inilah realiti masalah wanita bertudung mahupun tidak bertudung pada masa kini. Kat pasaran terlalu banyak produk penjagaan rambut yang dijual hinggakan kita semua ingin mencuba semuanya konon-kononnya nak hilangkan masalah rambut kan. 

Sebelum ni Eyla ada cerita mengenai Punca Masalah Rambut Gugur yang seringkali berlaku kepada wanita terutamanya. Bagi Eyla, pemilihan produk penjagaan rambut juga sangat penting untuk memastikan masalah ini dapat diatasi. Rambut yang kerap gugur biasanya terjadi kepada wanita yang memiliki rambut yang panjang. Sebab tu, kalau wanita tu rambut panjang memang kena jaga elok-eloklah kan. Eyla pun rambut panjang jugak sebab tu rambut mudah gugur. Sebabkan rambut gugur ni Eyla terpaksa pendekkan rambut. Tapi rupanya tak juga jadi, dan sekarang Eyla dah tahu apa puncanya berlakunya rambut gugur, puncanya sebab penggunaan SYAMPU! Salah pilih syampu pun punca keguguran rambut jugak tau!

Alhamdulillah sejak menggunakan produk penjagaan rambut Syampu Shayla rambut gugur dah makin kurang. Memang seronok sangat! Dah tak perlu nak stress lagi fikir nak pakai produk penjagaan rambut apa lepas ni. Hihi

Eyla memilih syampu Shayla untuk rambut gugur sebab rasa tertarik dengan kebaikan Habbatus Sauda yang Eyla rasa tak ada pada produk syampu yang lain. So, bagi korang yang mengalami masalah yang sama seperti eyla apa kata korang cuba dahulu salah satu dari produk syampu keluaran Safi mana tau dapat menyelesai masalah rambut anda kan. Hikhik

syampu shayla
syampu shayla untuk rambut gugur
inilah syampu Shayla yang Eyla pakai untuk rambut gugur


Cara Menangani Stress Dalam Hidup

Tekanan atau stress memang terjadi dalam kalangan manusia. Palbagai faktor yang menyebabkan berlakunya tekanan seperti masalah percintaan, keluarga, rakan-rakan, kerja dan sebagainya. Jika anda inginkan kehidupan yang gembira, anda haruslah bijak mengatasi perasaan tersebut.

Seperti anda, Eyla pun pernah mengalami masalah stress atau tekanan yang menyebabkan banyak perkara dalam aktiviti seharian terganggu. Sebenarnya stress ni, adalah perkara yang normal dialami oleh sesiapa sahaja. Semua orang pernah menghadapi stress dan orang yang bijak akan cuba mengatasi stress atau tekanan dengan melakukan beberapa perkara berikut :

Jangan tinggal solat

Sebagai seorang umat islam, kita hendaklah melakukan perkara yang wajib dilaksanakan dan meninggalkan perkara yang salah. Dirikan lah solat lima waktu dan tingkatkan ibadah sunat akan membuat hati menjadi lebih tenang. Berdoa lah kepada Tuhan agar diberikan petunjuk dan masalah duniawi dapat diselesaikan dengan baik.

Positif 

Semua orang senang untuk mengatakan “saya seorang yang positif” tapi sebenarnya susah hendak dilakukan. Untuk menjadi seorang yang positif, kita hendaklah kuatkan semangat diri dan yakin bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya. Fikirlah yang baik dan jadikan lah diri kita sebagai seorang yang berani menerima dan mahu mengubah untuk menjadi lebih baik. Tambahan lagi, tiada siapa yang dapat mengubah diri anda selain daripada kemahuan anda sendiri.

Kawal emosi

Biasanya, tekanan akan menyebabkan mood menjadi tidak menentu. Adakalanya anda bermasam muka dan ada masanya anda akan marah secara tiba-tiba. Situasi tersebut adalah bergantung apa yang kita hadapi dan alami. Namun, semua itu tidak akan menyelesaikan masalah oleh itu adalah lebih baik jika kita mengawal emosi agar diri menjadi lebih tenang dan tidak mengikut perasaan.

Ambil masa anda 

Luangkan masa untuk bersendirian dan tenangkan fikiran anda yang sedang bercelaru tersebut. Anda boleh pergi ke tempat yang anda rasa boleh menenangkan fikiran anda disamping mencari penyelesaian terhadap situasi yang berlaku. Dengan bersendirian anda mampu berfikir dengan lebih baik dan mengurangkan perasaan tekanan tersebut.

Luangkan masa dengan keluarga dan rakan anda 

Ketika menghadapi tekanan, keluarga adalah penyembuh utama segala kedukaan di hati kita. Keluarga sentiasa ada di sisi kita ketika susah dan senang oleh itu bersama mereka adalah sesuatu yang membahagiakan dan mengembirakan. Selain itu, anda juga boleh meluangkan masa bersama rakan anda seperti beriadah dan makan malam bersama. Dengan itu, hati akan menjadi lebih ceria dari sebelumnya.

Diharap melalui panduan yang diberikan, kita dapat bersabar dan tabah dengan apa sahaja masalah yang di alami. Jangan mudah putus asa dan elakkan daripada melakukan perkara yang tidak baik ketika menghadapi tekanan.


Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST