Monday 27 July 2015

Gastrik : Punca, Tanda dan Rawatan

Cakap pasal gastrik ni, nak diceritakan sebelum puasa baru-baru ni Eyla kena gastrik yang sangat teruk kot. Sebelum ni dengar orang cakap gastrik kita buat tak tahu je tapi bila dah kena pada batang hidung sendiri baru rasa. Memang seksa sangat! tak boleh nak diceritakan kat orang sakitnya tu. 

Mula-mula Eyla tak tahu la pulak yang Eyla ni ada gastrik sebab sebelum ni tak pernah pun kena. Tapi tanda-tanda gastrik tu ada la. Time gastrik datang tu aduhai seksa sangat kot sampai nak makan tak lalu, rasa mual je tubuh ni, lepas tu asyik sendawa je, cirit birit (tahap kronik) badan kat belakang rasa lenguh-lenguh je semua kerja malas nak buat. Tubuh lemah dan rasa nak tidur jer. Sebab tak tahan sangat pergi lah jumpa doktor dan doktor bagi ubat gastrik lepas tu doktor tu adalah bagi tips-tips nak cegahkan gasrtik dan sebagainya. 

Bila Eyla fikirkan balik memang patut pun kena gastrik sebab Eyla ni jenis time makan yang tak menentu lepas tu Eyla ni suka diet tak makan nasi. hehe. Sekarang dah kena padan muka! Hehe.. Bagi korang yang ada simptom cam Eyla cepat-cepat pergi ke hospital tau kalau tak nak jadi semakin teruk!

GASTRIK
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.

Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

gastrik

TANDA GASTRIK

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

tanda gastrik
RAWATAN

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.

Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

JAGA PEMAKANAN DAN UBAH GAYA HIDUP 

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

Thursday 23 July 2015

Hidangan Hari Raya Pertama

Semestinya setiap kali menjelang hari raya kita akan menyediakan juadah untuk dimakan dan dijamu bersama-sama keluarga dan sanak-saudara. Macam Eyla, raya pertama baru-baru ni,  hidangan yang disediakan seperti satay dan nasi tomata. Satay ayah Eyla beli je kat kedai tak sempat nak buat. Tapi kalau nasi tomato tu Eyla buat sendiri. First time kot buat sendiri tapi menjadi juga. Suka hati! hehe

Resepi Nasi Tomato :

5 cawan beras - cuci dan toskan 
1/2 cawan susu cair 
4 biji tomato - cincang 
1/2 cawan sos tomato 
2 s/b majerin /minyak sapi 
5 s/mb minyak 
Garam secukup rasa 
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak) 
daun pandan disimpul or daun sup cincang 

bahan tumis 
3 ulas bawang putih - hiris 
5 ulas bawang merah - hiris 
1 inci halia - hiris 
3 biji Buah pelaga 
3 biji Bunga cengkih 
1 inci Kulit kayu manis 
2 kuntum Bunga lawang 

1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker tu.. 
2. Masukkan susu cair, tomato,sos tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih. 
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk kedalam tempat rice cooker dan biarkan masak. 
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur.

nasi tomato
Nah lebih kurang beginilah rupa nasi tomato Eyla buat (ni gambar dlm google lupa nak snap)

Ayam  Masak Merah :

Bahan A
1 ekor ayam
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit

Bahan B
15 tangkai cilikering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Ayam potong kecil, cuci bersih. Kemudian gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak. angkat dan ketepikan

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Hidangkan bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. 

ayam masak merah
Rupa ayam masak merah yang Eyla buat lebih kurang camni lah dan rasanya memang umphh marvelous!!


Bila Demam Melanda Diriku

Nampaknya sekejap je 1 syawal sudah pun berlabuh tirainya namun sambutan syawal masih ada lagi tau! Hari ni mood nak menulis tak ada sangat sebab tak sihat (demam). Walaupun dah jumpa doktor tapi nampaknya demam aku ni tak sembuh-sembuh jugak. Sabar je la. Orang lain seronok-seronok sambut raya aku duk kat umah jer tengok TV. Urmmmm 

Nak diceritakan 1 minggu sebelum raya aku ni memang jenis kalut sikit jadi semua benda aku nak buat tanpa fikirkan kesihatan diri. last-last dapat raya tapi dalam keadaan demam. Sedihnya :'(  

Tapi mujurlah raya pertama tu aku dapat juga beraya walaupun time tu badan aku memang tak sedap sangat tapi aku paksakan diri juga semata-mata nak beraya dan berkumpul bersama-sama keluarga. Nampaknya raya aku tahun ni memang sibuk sangat , rumah aku raya pertama dah buat makan-makan lepas tu raya kedua buat open house dan raya ketiga majlis merisik kakak aku mahu aku tak demam. Hehe

Aku rasa aku ni macam kebal je kan so aku tak layan sangat la demam aku ni, lepas raya ketiga keesokkan harinya aku demam sampai tak boleh bangun. Time ni Tuhan je tau memang seksa sangat-sangat dengan peningnya, panas badan, tak ada selera nak makan dan macam-macam lagi so, akhirnya aku mengalah pergi hospital. Hehe. 
selamat hari raya

Tuesday 14 July 2015

Resepi Pavlova Mudah dan Sedap

kek pavlova

Korang pernah tak makan benda ni? Ni lah namanya kek Pavlova yang sangat sedap dan mudah sangat nak buat. Aidilfitri yang akan menjelang tiba ni apa kata korang buat kek pavlova ni, memang sedap dan takkan menyesal punya. First time aku buat benda ni memang menjadi suka sangat-sangat! hehe

Kalau beli kat luar Pavlova ni harganya dalam rm50 1kg kalau tak silap aku la. so, kalau buat sendiri memang jimat sangat dah boleh buat untuk 5 biji kek Pavlova!

BAHAN2 YANG DI PERLUKAN :

8 biji putih telor
Gula aising 300 gram
3 sudu besar tepung jagung 
1 sudu kecil cuka makan
1 penutup esen vanilla

CARA2 BUAT MERINGUE :


Putar putih telor sampai berbuih 


Masukkan semua gula aising sikit demi sedikit sambil putar .. Putar sampai adunan kental/bertanduk dan berkilat .Bila dah kental masukkan tepung jagung.. putar lagi..  Masukkan cuka.. putar lg sekejap je.. Lepas tu bakar dgn suhu 140 celsius masa membakar 1 jam 20 minit



Tanda dah masak permukaan meringue tak lembab.. permukaan meringue kering dan crispy.. cara nak cek tunggu setelah sejam pembakaran..


UNTUK HIASAN  :

Tak kisah nak guna jenama apa untuk whiping cream ( putar sampai kental/bertanduk)

Nah ini hasilnya 

kek pavlova

Kebaikan Rawatan Spa Untuk Kecantikkan

Tinggal beberapa lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri, rasa tak sabar la pulak nak berkumpul bersama-sama keluarga. Pada tahun ni baju raya aku tak banyak sangat dua pasang je bukan tak nak tambah tapi kalau fikir-fikirkan balik membazir la pulak tambah. Maunya tidak membazir baju yang tahun lepas pun jarang-jarang aku pakai. Biasalah orang perempuan kan kalau shopping memang tak ingat dunia!

Sebelum menjelang hari raya ni, biasanya orang perempuan ni mereka akan memastikan dirinya cantik dalaman dan luaran. Jadi biasanya salun kecantikkan rawatan spa akan menjadi pilihan hati mereka untuk menyerlahkan diri pada hari raya. Macam aku sendiri aku suka jugak pergi spa ni tapi bukan selalu la. Time rajin aku pergilah, nak-nak time raya mesti pergi nak cantik kan. Hehe

Kalau kita pergi spa macam-macam perkhidmatan yang mereka tawarkan untuk kita antara rawatan wajah, mandi susu, rendam kaki, urutan muka, rawatan lulur untuk cantikkan kulit dan sebagainya. Biasanya sesetengah spa tu mereka sudah menyediakan pakej lengkap untuk kita dan siap ada diskaun lagi tau so, kat sini kita dah jimat! 

KEBAIKAN RAWATAN SPA
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy), terapi urutan, refleksologi, terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
sauna

Sauna
-menyingkir toksin dan air berlebihan dalam badan melalui proses perpeluhan
-melancarkan peredaran darah dengan teknik haba
-merehatkan otot
-membersihkan kulit
-menggalakkan tidur lena
-membakar kalori

urutan

Urutan 
-melegakan kesakitan otot
-melancarkan peredaran darah
-memperbaiki sistem limfa
-menggalakkan tidur lena
-menambah fokus

lulur

Lulur (Body Scrub)/ Masker (Body Mask) 
Lulur membantu sekatakan warna kulit secara semula jadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut merupakan antara bahan yang sering dijadikan body scrub dan body mask. Selain menghilangkan sel mati, ada fungsi lain bergantung kepada bahan yang digunakan.

Papaya Body Scrub - enzim papain dari betik mencerahkan kulit secara semulajadi.
Coffee Scrub - kafein dalam kopi membantu mengurangkan selulit yang ketara pada kulit
Green Tea Scrub - sifat teh hijau yang tinggi anti oksidan membantu mencegah radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.
Bengkoang Scrub - bengkoang mempunyai sifat mencerahkan kulit kusam.
Volcano Mud Mask - masker badan dari tanah liat gunung berapi yang kaya dengan mineral ini berupaya menyerap minyak berlebihan dan mengecutkan jerawat di belakang badan. Sangat digemari oleh wanita yang mempunyai jerawat belakang badan yang kronik.
Boreh Mask -Boreh merupakan campuran rempah ratus yang memanaskan badan dan membakar lemak. Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin untuk memanaskan badan.

facial
Facial
-membersihkan secara mendalam kotoran, minyak
-membersihkan pori tersumbat
-sekatakan / cerahkan warna kulit
-melancarkan peredaran darah
-mengurangkan garis halus
-menambah penyerapan nutrien penting untuk kesihatan kulit
-merehatkan otot muka



Monday 13 July 2015

Resepi Ayam Pedas Sedap!!

Hari ni mood aku memang tak baik jer (Panas hati)!!! Manusia ni kalau kita buat baik dengan dia, mula la naik atas kepala. Buat baik salah buat jahat pun salah! Tapi aku ni jenis yang panas sekejap je jap-jap lagi ok la mood aku ni.

Nak-nak time bulan puasa macam ni, nak marah kat orang sampai perut aku pun turut lapar sekali. Hehe. Kalau cerita pasal ramadan ni rasa sedih la pulak sebab ada beberapa hari lagi kita dah nak raya so, ramadhan akan pergi meninggalkan kita semua, tapi kalau dipanjangkan umur ramadan tahun hadapan berjumpa lagi. Insyaallah

Alang-alang cakap pasal bulan ramadan ni, aku sebenarnya tak pernah miss pun pergi bazar. Tengok tak betapa aku ni memang kaki makan. hihi. Makanan kegemaran aku kalau pergi bazar ramadan mesti beli ayam pedas! Aku ni seorang yang suka makan ayam pedas sebenarnya. Tapi rasa rugi la pulak hari-hari duk beli ayam pedas, kalau nak jimat buat sendiri lagi senang. Siapa-siapa yang minat makan ayam pedas macam aku ni boleh la cuba buat kat rumah. Selamat mencuba!

Bahan bahan:
Ayam
Cili kisar
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Sos tomato
Garam dan gula
Ajino moto
Kacang peas
Bawang besar hiris

Cara cara:
Ayam diperap dengan garam, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit. Ayam dicelur sekejap sebelum digoreng.

Blend bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan di blend hingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau hingga betul betul garing. Masukkan sos tomato, gula, garam dan sedikit aji nomoto. Bila dah betul betul masak, masukkan kacang peas dan bawang besar hiris. Akhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng.

resepi ayam pedas
Terliur la pulak tengok ayam pedas ni

Sunday 12 July 2015

Tutorial Pemakaian Shawl

Sekarang ni kalau kita tengok macam-macam fesyen tudung yang digayakan oleh wanita masa kini. Sebenarnya aku ni seorang yang suka pada fesyen tudung, aku ni bukannya arif sangat bab-bab pakai tudung yang belit-belit ni tapi aku suka guna Encik Google kalau nak tengok cara tutorial pemakaian tudung terkini. 

Sekarang ni tudung boleh digayakan dengan macam-macam jenis tudung contohnya tudung bawal pun boleh dibuat shawl taw. Bagi mereka yang ada minat yang sama macam aku tapi tak tahu macam mana nak buat fesyen tudung terkini yang belit-belit tu nah, aku tunjukkan sedikit kat korang tutorial tudung untuk korang belajar. Harap dapat membantu korang semua. 

tutorial shawl

tutorial shawl


tutorial shawl


tutorial shawl

tutorial shawl


REVIEW: SKINCARE BABIES BLINK 5 IN 1


Setiap wanita mesti ada skincare pilihan mereka sendiri bukan? Macam aku ni, suka cuba macam-macam produk kecantikan tapi first yang aku akan tengok mesti ada kelulusan KKM! Pasal ape? Kalau tak ada kelulusan KKM ni aku takut sikit nak pakai bukan apa sekarang ni kan macam-macam produk kecantikan yang berlambak kat pasaran tu dan tak semuanya ada kelulusan KKM. Jadi, nak diceritakan adalah seorang kakak dekat Facebook aku ni suka sangat promote pasal produk BABIES BLINK ni, mula-mula aku buat tak endah jer kat wall aku tapi bila aku tengok dia post tentang kehebatan produk ni aku jadi TERTARIK la pulak. Jadi, apa lagi aku try la search kat Encik Google pasal produk ni. Bila dah Search bagai, aku pun apa lagi BELI la!! Hehe. Seriusly, aku excited sangat nak pakai produk ni. Alhamdulillah baru beberapa hari pakai produk ni, memang nampak perubahannya. Bukan nak perasan ok xpi ramai yang tegur kata kulit aku Nampak GLOWING, PUTIH dan PINKISH gitu. Hehe

babies blink 5 in 1


KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK 5 IN 1

✔ Mengecilkan pori-pori wajah
✔ Mencerahkan 17x ganda dari agen pemutih
✔ Menjadikan kulit cerah + pinkish
✔ Melicinkan kulit secara maximum
✔ Membantutkan kenaikan jerawat baru
✔ Membantutkan pertumbuhan jerawat
✔ Menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantung pada jenis jeragat
✔ Melembapkan kulit seperti chewing gum
✔ Mengimbangkan minyak berlebihan

KELEBIHAN SAMPINGAN SET BABIES BLINK 5 IN 1

✔ Tiada pengelupasan
✔ Tiada bahan-bahan terlarang
✔ Produk bumiputera
✔ 1 set penggunaan untuk 1 bulan
✔ Diluluskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
KANDUNGAN DALAM SET BABIES BLINK 5 IN 1 

GLUTACOL SOAP
✔ Menghilangkan bintik-hitam
✔ Mengecutkan jerawat

SERUM
✔ Mencerahkan & memberi kelembapan pada kulit

TONER WHITEGLOW
✔ Membuang daki dan kotoran
✔ Mencerahkan 5x ganda dari bahan pemutih yg lain
✔ Mengimbangkan minyak berlebihan serta kulit tampak bersinar seawal 1 minit

ANTIBIOTIK DAY CREAM (Yellow)
✔ Mencegah pertumbuhan jerawat
✔ Meresap minyak di muka menjadi lembapan - kulit bebas minyak
✔ Mengawal pori-pori dari tersumbat
✔ Membuatkan kulit segar & berseri
✔ Memberi perlindungan penuh dengan SPF35
✔ Sesuai untuk semua jenis kulit - sensitif, jerawat, berminyak & kusam

TREATMENT MAGIC NIGHT BABIES BLINK
✔ Menghilangkan jerawat
✔ Memudarkan parut-parut jerawat & parut hitam
✔ Menggebu & menghaluskan kulit
✔ Mencerahkan kulit seawal 24jam
✔ Kulit lebih pinkish & kenyal
✔ Mengecilkan pori - sesuai untuk semua jenis kulit

NOTED : Untuk Night Cream, u olls boleh sapu di bibir pada Setiap Malam unt Dapatkan Bibir yang Pinkish & Remaja seawal 12 taun dah boleh guna Set Babies Blink

babies blink 5 in 1

babies blink 5 in 1

babies blink 5 in 1



Wednesday 8 July 2015

Resepi Biskut Almond London Yang Enak!!

Sempena menjelang raya yang tak lama lagi tiba, rasanya ramai yang tengah sibuk duk buat biskut raya atau yang tak sempat mesti beli je kan kat luar senang tu. Bagi eyla, kalau buat sendiri biskut raya, memang puas hati sangat sebab boleh buat makan banyak-banyak. Hehe. Setiap orang mesti ada biskut kegemaran korang kan? Macam Eyla, suka makan biskut Almond London! Biskut ni memang wajib ada kat rumah setiap tahun, kalau tak ada gamaknya tak lengkaplah raya Eyla. Hihi. Kalau berkunjung ke rumah jiran tetangga atau saudara mara memang biskut ni lah dulu jadi rebutan hati. Bagi korang yang tengah mencari idea biskut apa yang nak dibuat untuk raya ni, Nah ni resepi Almond London yang SEDAP lagi RANGGUP!!

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburk

Almond London

Almond London

Tuesday 7 July 2015

Petua Berkesan Untuk Kuruskan Badan

Bab-bab kurus ni aku memang suka, so kat sini aku nak share dengan korang semua petua untuk kuruskan badan. Nah, lepas ni tak payah gatal tangan nak beli produk kurus yang berlambak kat pasaran merugikan duit jer! Apa kata korang cuba dulu petua ni, Insyaallah berkesan. Selamat mencuba semua!!!

1. Elakkan makanan ringan – Jauhkan diri daripada makanan ringan mahupun segera terutamanya makanan bertepung atau mempunyai kandungan gula yang tinggi. Yang penting ialah mengawal keseimbangan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dengan cara makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang sedikit.

2. Hadkan makanan tinggi karbohidrat – Elakkan terlebih makan nasi, kentang, ubi dan sebagainya. Namun, jangan langsung tinggalkan makanan karbohidrat kerana badan kita masih perlukannya sebagai sumber tenaga.


3. Kurangkan sumber protein – Cuba kurangkan makanan tinggi protein seperti ikan, tauhu, tempe dan daging. Elok juga dipelbagaikan sumber protein untuk badan kita.

4. Pilih menu makanan yang betul – Pastikan menu makanan kita pelbagai. Masukkan sayuran dan buah-buahan kerana ia cepat mengenyangkan kita.

5. Makan banyak buah – Amalkan makan buah-buahan sebelum makan terutamanya buah-buahan seperti epak, betik, belimbing dan sebagainya.

6. Kurangkan buah manis – Cuba kurangkan makan buah-buahan yang tinggi kadar fruktosanya seperti pisang, tembikai, anggur dan mangga. Fruktosa yang tinggi akan bertukar menjadi glukosa dalam darah.

7. Banyakkan minum – Latih diri untuk perbanyakkan minum air putih. Lebih penting untuk kurangkan atau jauhkan diri dari minuman soda atau bergas.

8. Bersenam – Semua tips di atas untuk kuruskan badan akan lebih berkesan ataupun hanya berkesan dengan hanya kita meluangkan 30 minit hingga 1 jam untuk melakukan senaman ringan. Berjalan sekitar taman perumahan ataupun menaiki tangga juga cara terbaik untuk melakukan senaman mudah.


Resepi Kek Coklat Kukus

Siapa-siapa yang tak pandai buat kek coklat kukus nah, kat bawah ni saya tunjukkan kat uolss semua bahan-bahan yang perlu ada dan cara-cara hendak sediakan kek coklat kukus ni. Senang bukan?? Selamat mencuba!!!

kek coklat kukus

Bahan-Bahan Kek Coklat Kukus ( Menggunakan sukatan cawan )

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu baking powder
1 sudu soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.


Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
1 cawan susu pekat manis
ATAU

1 sudu makan serbuk koko
2 sudu mentega
Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.Sejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.


500 gram coklat masakan
220 ml susu cair
( kalau guna coklat masakan, masak guna kaedah double boiler )

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST