Monday 28 December 2015

Resepi Lasagne Daging Yang Mudah

resepi lasagna daging

Resepi Lasagne Daging Yang Mudah

Resepi Lasagne Daging Yang Mudah

Bahan-bahan :

500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna

Cara2:
1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.

Langkah-Langkah Buat Inti Lasagne :

resepi lasagne

tumis bawang, kemudian masukkan daging cincang

resepi lasagne




masukkan sos tomato

resepi lasagne

Kemudian masukkan garam dan tabur dengan oregano. ini step untuk inti je dulu ni. ermm memang mudah gile kan. pejam mata pun boleh buat ni. tak sabar aku nak try buat sendiri nanti.

Langkah-Langkah buat sos putih : 

resepi lasagne daging

cairkan sedikit butter


masukkan tepung gandum
 


masukkan susu 
 

Kemudian masukkan 4 keping keju cheddar. biarkan seketika kemudian boleh tutp api. jap lagi sos putih ni kita akan lapis lapiskan dengan inti daging cincang dan kulit lasagne. (cara sebut : la-za-ni-ya).
 

Resepi Lasagne Daging
rendam sekejap kulit lasagne


kemudian  layerkan lasgane. daging > sos putih > kulit lasagne > cheese 
 



Resepi Lasagne Daging

susun cantik-cantik 
 

kemudian bahagian paling atas sekali kena tabur keju mozarella dan parmesan banyak-banyakkkkk. pastu bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30-40 minit.  
 

Ini hasilnya!!



Resepi Tart Cheese Blueberry

Bahan tart shell :
170 gm margerin
50 gm gula icing
1 telur C (Seri Kandi guna B)
1 st esen vanilla
290 gm tepung gandum

Cara-cara :
1. Pukul sekejap margerin dan gula icing dengan senduk kayu.
2. Masukkan telur dan esen vanilla, pukul dengan senduk kayu hingga sebati.
3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh.

(Update : Cairan dalam telur yang berbeza mungkin menjadikan sukatan tepung tidak semestinya 290 gm. Masukkan tepung sedikit2 apabila ia hampir hendak menjadi doh. Berhenti letak tepung apabila doh menjadi lembut dan tidak melekat di jari dan mangkuk. Terus meletak tepung mungkin akan menyebabkan doh anda menjadi agak keras.)

4. Tekan doh pada acuan tart, jangan terlalu  nipis dan jangan terlalu tebal.

5. Cucuk-cucuk sedikit  permukaan doh pada acuan dengan garfu.
6. Bakar dengan suhu 170 - 180 darjah selsius selama 25 minit.
7. Bila suam keluarkan dari acuan. (Cuma terbalikkan dan tart shell akan keluar sendiri, jangan cungkil)

Bahan Krim:
250 gm krim keju
50 gm gula kastor
1 telur B
1 st esen vanilla/ esen lemon

Cara-cara :
1. Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan dalam piping bag.
4. Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.

5. Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
6. Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
7. Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
8. Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.

Resepi Tart Cheese Blueberry

Resepi Tart Cheese Blueberry

Resepi Tart Cheese Blueberry

Wednesday 16 December 2015

Petua Hilangkan Batuk

Keadaan cuaca sekarang ni yang tak menentu kadangkala hujan dan panas memang senang nak dapat penyakit. Dah seminggu lebih Eyla dapat batuk tak jugak hilang even dah makan ubat dari farmasi. Kalau batuk tu boleh tahan lagi tapi yg tak boleh tahannya bila selsema pun datang sekali memang seksalah rasa! Even dah makan ubat but condition masih sama jugak maybe lepas ni Eyla kena pergi check kot kat klinik takut-takut dapat penyakit yang bukan-bukan pulak kan. 

Alang-alang buka internet ni, Eyla cuba-cubalah jugak cari petua untuk hilangkan batuk. Memang banyaklah petuanya dan yang mana satu berkesan entahlah sebab Eyla pun tak cuba lagi. Hajat nak cuba dulu lah mane tahu berkesankan so tak payah pergi jumpa doktor. hehe

PETUA 1:
HALIA + LEMON + MADU

Terdapat dua cara yang boleh dipilih: 

1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.

2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.

PETUA 2:
LEMON + MADU

Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.

• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.

PETUA 3:
BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!

Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.

PETUA 4:
AIR ASAM MASIN - PALING SEDAP! 
(TANPA GULA)

Rendamkan sedikit asam masin dengan air suam lalu diminum air asam masin ini.

Tidak diketahui apakah khasiat asam masin sehingga ia boleh mengurangkan batuk tetapi ternyata ia melegakan tekak yang perit akibat sering batuk.

PETUA 5:
AIR BELIMBING -  BOLEH MINUM SELALU!
(TANPA GULA) 

Minum jus buah belimbing yang tidak dicampurkan gula.

Petua lain yang diberikan rakan-rakan:
PETUA 6:
AIR KOLA

Terdapat dua petua penggunaan air kola untuk mengurangkan batuk.

1) Rebus air kola selama setengah jam dan minum setelah air kola itu sejuk pada suhu bilik.

2) Minum setin air kola yang tidak disejukkan.

PETUA 7:
LIMAU NIPIS + KICAP + GARAM

Perah beberapa titis jus  limau nipis pada sesudu kicap dan sedikit garam untuk dijadikan ‘ubat batuk’ stail lama.

KHASIAT BAHAN-BAHAN ‘PENGUBAT’ BATUK

HALIA: Dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman, malah terdapat kajian yang menyatakan
halia dipercayai boleh membunuh sel barah.

LEMON: Buah lemon kaya dengan antioksidan dan jus buah ini dapat meningkatkan pengeluaran antibodi di dalam tubuh. Ia juga mempunyai khasiat antibakteria dan mampu membantu tubuh
menentang jangkitan, terutama sekali jangkitan dada dan melawan semput.

LIMAU NIPIS: Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau berperanan menyingkirkan toksin. Rasa masam dan bahan kimia pektin yang terkandung di dalam limau nipis dipercayai boleh membantu
menghilangkan racunracun di dalam tubuh.

MADU: Mengandungi bahan antibakteria yang dikatakan mampu melawan bakteria penyebab batuk. Turut dikatakan berkhasiat untuk mengurangkan kahak dan batuk.

BUAH BELIMBING: Dipercayai mempunyai khasiat antipiretik (boleh mengurang atau menyembuhkan demam) dan ekspektoran (meningkatkan perembesan bronkial dan memudahkan penyingkirannya), selain khasiat antiradang.

petua hilangkan batuk

Monday 14 December 2015

Resepi Sotong Masak Pedas

Sotong adalah salah satu makanan laut yang Eyla paling gemari, lebih-lebih lagi kalau air tangan mama buat sotong masak pedas wajib makan nasi 2 pinggan. Alhamdulillah, semalam keinginan nak makan sotong masak pedas air tangan sendiri tercapai jugak. Hehe. Dahlah dapat makan sotong yang segar-segar lepastu besar pulak tu. Memang sedap sangat-sangat semalam sampai tambah nasi 2 pinggan kot so, mood tak nak makan malam dah ke laut nampaknya gara-gara encik sotong segar ni. Sesiapa yang rasa free time hujung-hujung minggu ni bolehlah cuba buat sotong masak pedas kat rumah sebab nak buat benda ni tak payah pun senang je. Nah, Eyla kongsi dengan semua resepi sotong masak pedas yang sedap. hehe

Bahan Masakan:
1 kg sotong segar
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
30 tangkai cili kering diblend
sedikit air asam jawa
sedikit garam secukup rasa
sedikit gula melaka
sedikit belacan
Minyak masak secukupnya

Resepi Sotong Masak Pedas

Cara membuat:
1. Masukkan sotong ke dalam kuali tanpa air sekejap sehingga airnya keluar. Kemudian toskan.
2. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan kisar dan belacan sehingga naik bau dengan api sederhana.
3. Masukkan sedikit gula melaka lalu kacau sehingga minyak pecah.
4. Masukkan sotong tadi dan sedikit air asam jawa.
5. Masukkan sedikit garam secukup rasa.
6. Kacau beberapa ketika dan angkat sedia untuk dihidangkan.

Tuesday 8 December 2015

Majlis Pertunangan Yang Meriah!

Dua minggu lepas Eyla ada menghadiri majlis pertunangan my BFF sekolah menengah dulu. Alhamdulillah, persahabatan kami  masih kekal sehingga ke hari ini lebih kurang 12 tahun kalau tak silap. Dalam group Eyla ni kebanyakkan semuanya dah kahwin hanya Eyla dan yang bertunang ni je lah yang belum lagi. Nampaknya tinggal Eyla sorang jelah kan yang masih single. Hehe. Nak buat macam mana jodoh tak ada lagi kan.Huhu

Majlis pertunangan  berlangsung secara sederhana hanya dihadiri oleh saudara-mara dan juga kawan-kawan yang terdekat sahaja. Serius, Eyla memang suka sangat dengan pelamin tunang ni sebab very simple but nice! Bila tengok orang lain bertunang kita pulak terlebih excited. Kalau majlis sendiri nanti tak tahulah macam mana. 

Apa-apa pun Eyla tumpang gembira buat Mek Nor yang dah menjadi tunang kepada DJ tersohor Hot FM Kelantan. Siapakah DJ tersebut? Hehehe..nanti diorang dah kawin baru Eyla cakap ok! 

Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan. Hihi

Gambar majlis pertunangan


Gambar majlis pertunangan


Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Gambar majlis pertunangan

Thursday 3 December 2015

Resepi Pulut Mangga Thailand Yang Sedap!

Dah lama teringin nak makan pulut mangga ni, alhamdulillah, dapat juga Eyla makan pulut mangga yang sangat sedap semalam. Pulut mangga ni popular di Thailand dan apa yang menarik pulut mangga Thailand ni rasanya sangat enak, lemak manis gitu. Kalau makan dua pinggan pun gerenti habis, so mood nak diet tu memang ke laut lah nampaknya bulan ni. hehe

Kalau siapa-siapa yang rajin bolehlah cuba resepi pulut mangga yang Eyla kongsikan ni. 

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan untuk pulut mangga
400 gram beras pulut, rendam semalaman
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2-3 sudu besar gula
sedikit garam
beberapa helai daun pandan, atau daun pisang
2 sudu besar bijan, dibakar tanpa minyak untuk taburan
3 biji mangga
Bahan untuk kuah santan:
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil tepung beras atau tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
1 helai daun pandan, carik dan simpul
garam secukup rasa (biar kuah agak masin)

resepi pulut mangga thailand

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pulut:
Panaskan pengukus. Lapik dulang pengukus dengan daun pisang atau susun daun pandan rapat-rapat.
Bilas pulut yang telah direndam semalaman dan tapis keluar airnya. Masukkan ke dalam dulang kukusan dan kukus sehingga lembut. Anggaran masa kukus adalah selama 20 minit.
Apabila sudah lembut, angkat dan masukkan pulut kukus ke dalam mangkuk yang besar.
Satukan santan pekat, santan cair, gula dan garam dan kacau sebati. Tuang bancuhan santan ke dalam pulut yang masih panas tadi. Balik-balikkan pulut dan biar seketika supaya kuah bancuhan meresap ke dalam pulut. Apabila pulut sudah kering meresap kuah santan, ambil garfu dan gemburkan pulut.
Hidang bersama kuah santan, buah mangga dan taburan bijan.
Cara-cara untuk kuah santan:
Panaskan santan pekat di dalam periuk dan masak di atas api yang sederhana. Masukkan garam, daun pandan dan bancuhan tepung. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Anda boleh agak-agak kepekatan di sini.
Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan.

Wednesday 2 December 2015

Mee Camboo Popular Di Kelantan

Sebut je pasal mee/maggi cambo buat mulut Eyla ni meleleh tau! Mee cambo atau mee jumbo ni dia tak sama dengan mee celup sebab rasanya pun dah lain sebab kedua-duanya ada rasa keistimewaannya tersendiri. Bagi penduduk Kelantan ni, kebanyakan mereka kenal mee camboo atau mee jumbo sebab benda ni popular kat negera seberang Thailand. Kebanyakan penjual mee camboo ni kat area Pasir Mas dan Rantau Panjang. 

Walaupun rupa mee camboo dengan bakso hampir sama tapi rasa memang berbeza sangat, jauh sedap mee camboo. Hehehe. Kalau tanya orang luar dari Kelantan biasanya mereka tak kenal mee camboo ni dan kat luar dari Kelantan juga memang susahlah nak jumpa benda ni. Biasanya hidangan mee camboo wajib letak bebola daging dan seafood baru rasa  MELETOP! 

Tangan ni teringin jugak nak buat mee camboo sendiri al maklumlah Eyla ni memang suka sangat makan benda yang berkuah ni nak-nak mee camboo. Tapi sampai sekarang nak dapat susah nak dapat resepi sebenar mee camboo ni. Kalau sape-sape ada mohon kongsi ya. Hihi. Biasa Eyla suka order bihun campur kueh tiaw caamboo. Kalau mee ni kurang sikit tak berapa minat. Kalau korang nak cuba mee camboo popular kat Kelantan ni, apa kata singgah kat restoren Jak Tomyam dekat dengan Kutan. Mee camboo dia memang TERBAIK lah sedap sangat-sangat. Kalau tak percaya try korang pergi gerenti tak menyesal punya! Excited sangat cakap benda ni sebab Eyla baru je lepas makan dengan kawan-kawan mee camboo ni. OK BYE. Hehehe

MEE CAMBOO POPULAR KELANTAN
Inilah rupa mee camboo yang Eyla makan tapi bezanya tak ada seafood kat kedai ni tapi rasanya still TERBAIK!!


Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST