Wednesday 28 October 2015

Produk Babies Blink 5 in 1 Berkesan

Sebelum ni Eyla ada buat Review Mengenai Babie Blink 5 in 1 yang nyata sesuai dan serasi sangat dengan my skin. Paling penting Babies Blink 5 in 1 ni ada kelulusan KKM! so, lepas ni korang tak perlu nak pening-pening atau was-was dengan produk ni. Walaupun Babies Blink 5 in 1 ni selalu je tukar dia punya packing tapi paling penting produk ni masih lagi berkesan untuk mereka yang nak kulit yang cantik, putih dan bebas daripada segala masalah JERAWAT!

Baru-baru ni, tangan ni, gatal sangat nak bertukar kepada skincare lain, jadi Eyla pun terpaksalah tinggalkan Babies Blink 5 in 1 ni gara-gara terpengaruh dengan skincare yang tengah HOT sekarang ni! Tapi bila dah pakai memang HAMPEH dan TAK BERBALOI langsung! Rasa rugilah pulak kan bertukar skincare yang sedia ada ni. Urmmmm

Sekarang ni, dah tak nak lagi tukar skincare yang lain sebab bagi Eyla Babies Blink 5 in 1 ni the best yang Eyla pernah guna walaupun harganya tidak semahal skincare yang lain tapi hasilnya sangat meletop!
babies blink 5 in 1

No make up OK! Pinky gitu.. hehe

Babies Blink 5 in 1 yang terbaru Eyla beli ni nampak macam lain skit dia punya packing. Macam sabun dia warna pun dah tak macam sebelum ni dan dia punya krim siang dan malam still sama cuba bau je lain. Yang toner dan serum pula sama sahaja teksturnya cuma yang beza hantalah wangian sahaja. Baru je 1 minggu pakai kesan dah nampak. Suka sangat! Tapi bagi Eyla Babies Blink 5 in 1 yang dulu dan sekarang memang rasa lain la, sebab Eyla lebih suka yang dulu sebab kesannya memang cepat! Hehe.

KELEBIHAN UTAMA SET BABIES BLINK 5 IN 1

✔ Mengecilkan pori-pori wajah
✔ Mencerahkan 17x ganda dari agen pemutih
✔ Menjadikan kulit cerah + pinkish
✔ Melicinkan kulit secara maximum
✔ Membantutkan kenaikan jerawat baru
✔ Membantutkan pertumbuhan jerawat
✔ Menghilangkan jeragat dalam 5 hari bergantung pada jenis jeragat
✔ Melembapkan kulit seperti chewing gum
✔ Mengimbangkan minyak berlebihan

KELEBIHAN SAMPINGAN SET BABIES BLINK 5 IN 1

✔ Tiada pengelupasan
✔ Tiada bahan-bahan terlarang
✔ Produk bumiputera
✔ 1 set penggunaan untuk 1 bulan
✔ Diluluskan oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Thursday 22 October 2015

Resepi Nasi Air Sedap

Bahan-bahan nasi (utk 2-3 orang)

1 cawan beras
4 cawan air rebusan tulang/daging
3 hiris halia*
2 ulas bawang butih*
sebatang serai *
garam
(bahan bertanda * perlu diketuk)

Bahan-bahan sup

5 cawan air rebusan tulang
4 hiris halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
kayu manis
buah pelaga
bunjut sup

Bahan-bahan aksesori

ikan bilis goreng
daging goreng (dipotong kiub kecil-kecil dan digoreng)
sayur kobis dihiris halus
daun sup
bawang goreng
sayur jeruk
lada sulah
daun sup


Cara penyediaan nasi
Rebus tulang dan daging sehingga empuk (air ini akan digunakan untuk menyediakan sup dan juga memasak nasi)
Basuh beras sehingga bersih.
Kemudian masukkan halia, bawang putih, serai yang telah diketuk/titik dan sedikit garam kedalam periuk yang berisi beras.
Masukkan air rebusan tulang & daging kedalam periuk yang berisi beras tadi. Anggaran nisbah air dan beras adalah air perlu sekali ganda lebih banyak daripada sukatan air utk memasak nasi biasa.Masak nasi seperti biasa. (Nasi perlu sedikit lembik drp biasa).

Cara penyediaan sup
Tumis kayu manis, buah pelaga, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. (Tips utk mendapatkan sup yg enak, saya memasukkan garam dan gula dalam tumisan bawang, goreng sehingga bawang bertukar warna perang gelap. Karamel drp gula hangus akan menjadikan sup lebih sedap).
Masukkan air rebusan tulang/daging kedalam periuk.
Masukkan bunjut sup.
Masukkan garam secukup rasa.

Cara hidangan
 Sendukkan nasi yang telah masak kedalam mangkuk
Letakkan ikan bilis, daging goreng, daun sup, bawang goreng, sayur kobis, sayur jeruk dan lada sulah kedalam mangkuk.
Sendukkan kuah sup kedalam mangkuk
Sedia untuk dimakan.

resepi nasi air
Gambar sekadar hiasan. Huhu

Tuesday 20 October 2015

Meatball Ala-ala IKEA Yang Sangat Sedap!


Dah lama nak makan meatball ala-ala IKEA gitu, nak pergi IKEA memang tak mungkinlah kan sebab kita ni duk kat Kelantan jauh, Urmmm. Tapi, tak sangka akhirnya jumpa jugak maetball ala-ala IKEA ni kat Kota Bharu. Dapat jugaklah merasa akhirnya so, lepas ni tak payah nak risau lagi nak cari benda ni kat mane sebab kat Kota Bharu dah ada kedai yang jual meatball ala-ala IKEA gitu. 

Nak diceritakan, macam mana Eyla boleh tahu kat kelantan ni ada kedai yang jual meatball ala-ala IKEA. Adalah seorang kawan ni post meatball ala-ala IKEA gitu kat Facebook, Eyla ingatkan dia makan meatball tu kat KL tapi rupanya kat kelantan. So, Eyla apa lagi, carilah kedai yang dia cakap tu dan akhirnya jumpa. Tapi yang nak tergelaknya, kedai tu dekat je dengan kawasan rumah Eyla tu, macam mana Eyla tak tahu. hehe..Maybe sebab kedai tu baru buka kan so, mungkin ramai lagi yang tak tahu kewujudan kedai tu. Tapi serius, dia punya meatball tu memang sedap sangat-sangat. Memang berbaloi la dan harga pun tak de mahal sangat hanya RM6.00 satu hidangan. Murah kan? So, apa tunggu lagi, jom serbu kedai ni dekat area depan maybank Lundang. Nama kedai ni lupa  la nak ingat. hehe. Kalau korang malas nak pergi kedai buat jer sendiri benda ni kat rumah tak susah pun, janji kena rajin. Ahakz

resepi meatball ala-ala ikea
Bungkus je nak makan kat kedai ramai sangat. tapi memang sedap Meatball ni. 


eylamohd.blogspot.my
Muka kepuasan dapat makan meatball. Huk3

Resepi Meatball 


Sosnya :
2 sudu mentega
1 1/2 sudu tepung gandum
1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
1 1/2 cwn air sejuk
100 ml susu segar/susu cair
3 sudu sos tomato
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam (Seri Kandi tukar dengan 1 sb serbuk Cukup Rasa Maggi)
1 sudu gula
1 kiub pati daging (Seri Kandi tak letak)

Caranya :
 1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu.
3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
5. Kacau sebati. tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng dan jem blueberry.


Monday 19 October 2015

Senarai Pulau-Pulau Cantik di Malaysia,

Bercakap pasal pulau ni Eyla tertarik lah nak kongsi kat blog ni.  Eyla ni seorang yang suka kepada kecantikkan dan ketenangan jadi pulau merupakan salah satu tempat yang harus kita kunjungi untuk merehatkan minda bersama-sama keluarga atau yang tersayang! Jangan ingat luar negara je ada pulau yang cantik-cantik, kat Malaysia ni pun boleh tahan jugak tau cantik pulaunya. Mungkin  ramai lagi diantara kita yang tidak tahu dan tidak pernah berkunjung ke pulau jadi artikel yang Eyla kongsikan dengan semua ni, dapat menarik uolzz berkunjung ke pulau-pulau yang ada kat Malaysia. Nak harap bercuti kat pulau luar negara make sure kumpul duit dulu dan bajet  uolzz kenalah lebih. hihi

Tapi kalau tak nak pusing kepala bercuti je kat pulau Malaysia ni, banyak sangat pulau-pulau yang cantik kat negara kita. Kalau ikutkan Eyla kan, impian nak pergi ke Pulau Bora-bora Haha. Memang kuat jugaklah berangan i ni tapi yang pasti tak tahu boleh pergi bile, suami pun tak dak. Hehe

ARTIKEL MENARIK : Tempat Menarik Untuk Berkunjung di Terengganu

Berikut merupakan beberapa pulau-pulau yang cantik dan menarik yang terdapat kat Malaysia ni :

1. ) Pantai Juara, Pulau Tioman , Pahang



Pantai Juara terletak di Pulau Tioman, Pahang. Bagi yang mencari ketenangan di pulau dan jauh dari orang ramai dengan pantai yang cantik, ini adalah tempatnya. Selain daripada bercuti, terdapat resort yang menyediakan kemudahan kayak, restoran, Wi-Fi , pakej percutian/snorkelling yang murah dan sebagainya. Pada 1970-an, Pulau Tioman Malaysia telah dinamakan sebagai salah satu daripada sepuluh pulau yang paling indah di dunia oleh majalah Time dan telah dinobat sebagai salah satu daripada 100 pantai tercantik di dunia oleh CNN.

Di sini terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik dan bergantung kepada bajet anda seperti Berjaya Tioman Resort, Selesa Tioman, Tunamaya Beach & Spa Resort dan Paya Beach Resort.

2. ) Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu

2. ) Pantai Perhentian Kecil,Pulau Perhentian, Terengganu

Tersenarai sebagai di antara 100 pulau tercantik di dunia oleh CNN, pastinya anda tidak boleh melepaskan peluang ke sini. Pulau Perhentian Kecil mempunyai ‘Long Beach‘ di mana tempat yang paling meriah pada waktu malam di Pulau Perhentian dan pantai di Perhentian Kecil merupakan di antara pantai tercantik di Malaysia. Kebanyakkan pengunjung masih tidak mengenali pantai ini dan bot tidak dibenarkan memasuki pantai ini kerana terdapat banyak terumbu karang dengan air yang cetek. Di sini terdapat pemandangan indah ketika matahari terbenam. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk binatang, burung yang berhijrah dan sebagainya.

Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau-pulau berhampiran, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan di sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam. Selain itu juga, ramai pengunjung ’backpacker’ gemarkan destinasi ini kerana terdapat pelbagai pilihan penginapan dan makanan dengan harga yang berpatutan.

3.) Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah
Pantai Tanjung Rhu, Langkawi, Kedah

Terletak di luar Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu mempunyai salah satu persisiran pantai terbaik Langkawi. Air di kawasan pantai jelas seperti kristal, pasirnya pula halus menjadikan pantai ini tersenarai sebagai salah satu pantai tercantik di dunia.

Terdapat beberapa gerai di tepi jalan menjual makanan popular di Langkawi dan terdapat beberapa buah resort seperti Tanjung Rhu Resort serta Four Seasons Resort bagi mereka yang ingin menginap di sini. Kebanyakkan pelancong di Langkawi berkunjung ke pantai Pantai Cenang, tetapi bagi yang inginkan ketenangan, Tanjung Rhu adalah pilihan yang tepat.

4.) Pulau Lankayan, Sabah

Pulau Lankayan, Sabah

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau batu karang tropika yang amat kecil yang berada di Laut Sulu, terletak di barat laut Pulau Borneo, dibawah naungan negeri Sabah, Malaysia. Pulau ini terletak kira-kira 15 km dari Sandakan.

Pantai di pulau ini ini terkenal dengan pasirnya yang amat putih yang hampir sama dengan suasana di pulau Maldives. Pulau ini mempunyai perairan yang dilindungi dan diisytiharkan sebagai sebuah taman laut negara. Pantai di Pulau Langkayan juga mempunyai resort yang eksklusif, bermakna anda boleh berehat dan menikmati keindahan alam semula jadi.

Pulau Lankayan adalah sebuah pulau kecil, ditutup sepenuhnya dengan tumbuh-tumbuhan tropika dan pokok sena tinggi. Pulau ini adalah bersih, tidak mempunyai pekerjaan yang dialami manusia untuk panjang, jadi pantai dan air laut yang bersih dan jernih adalah bebas daripada kotoran dan plastik

5. ) Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah

Pantai Pulau Mataking, Sipadan, Sabah

Pulau Mataking termasuk di dalam kawasan Borneo Nusantara Malaysia dan ia terkenal kerana menjadi sebahagian daripada “syurga penyelam” sama juga seperti Pulau Mabul dan Pulau Sipadan. Tidak seperti destinasi pelancongan yang berada di bawah pentadbiran langsung Daerah Sabah, kawasan ini adalah kawasan persendirian.

Kedua-dua bahagian pulau iaitu Mataking Besar dan Mataking Kecil adalah dihubungkan secara semula jadi melalui jalan pasir yang sempit, di mana anda boleh berjalan ketika air surut. Pulau ini adalah seluas 40 ekar, tetapi walaupun saiz yang kecil, anda boleh membuat pelbagai aktiviti di sini.
Untuk ke sini, anda perlu mengambil penerbangan ke Tawau melalui Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu. Anda boleh menggunakan pengangkutan kereta sewa/van dari bandar Tawau pada siang hari ke Semporna dan dari situ anda boleh menggunakan perkhidmatan bot laju ke Pulau Mataking ( perjalanan selama 1 jam ). Anda juga boleh menggunakan bot ke pulau melalui Pulau Sipadan atau Pulau Mabul.

6. ) Pantai Pulau Sapi, Sabah
Pantai Pulau Sapi, Sabah

Pulau Sapi terletak di luar pantai pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan tarikan utama di Taman Marin Tunku Abdul Rahman. Dari Hyatt Regency Kinabalu, anda perlu menaiki teksi ataupun 10 minit berjalan kaki untuk ke jeti di terminal feri Jesselton Point, Kota Kinabalu.

Air laut dan pantai Pulau Sapi adalah sangat jernih dan mungkin adalah salah satu pantai yang paling indah di Malaysia. Pada siang hari, pantai meriah dengan pelbagai aktiviti pantai. Pada waktu siang di Pulau Sapi, pelbagai aktiviti pantai diadakan seperti selam skuba dan kawasan pantainya sesuai untuk aktviti renang.

7. ) Pantai Pulau Mabul, Sabah

Pantai Pulau Mabul, Sabah

Pantai ini mungkin salah satu pantai yang terbaik yang pernah anda lihat. Imej indah pulau di lautan Pasifik Selatan akan segera berada di fikiran anda sebaik sahaja anda melangkah kaki ke pantai di sini.

Pulau Mabul terletak kira-kira 15 minit dari Pulau Sipadan dengan menaiki bot, pulau yang berada di luar pantai tenggara Borneo, di Sabah, ini adalah permata sebenar Laut Selatan. Terkenal bukan sahaja kerana berdekatan dengan Pulau Sipadan, tetapi juga untuk kecantikannya yang tersendiri, pulau kecil dikelilingi pasir putih, dan terkenal sebagai yang terbaik bebas kotoran untuk para penyelam.

Lapangan terbang paling dekat dengan Mabul adalah Tawau, dengan penerbangan harian yang kerap dari Kuala Lumpur dan Singapura. Dari Tawau, anda boleh mengambil teksi atau van mini untuk ke Semporna, sebuah pelabuhan dengan masa pemanduan kira-kira 2 jam. Dari Semporna, anda mengambil kira-kira 45 minit untuk sampai ke sana dengan bot laju.

8. ) Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor

Pantai Pasir Putih, Pulau Dayang, Mersing , Johor

Sebenarnya, nama rasmi pantai ini adalah pantai Pasir Panjang, seperti yang tercatat di jeti, akan tetapi oleh kerana terlalu banyak pantai yang diberi nama Pantai Pasir Panjang di pulau seluruh Malaysia, iaitu di Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman, jadi penggunaan nama Pantai Pasir Putih adalah bersesuaian dan pemandangan di sini adalah sama seperti namanya, pasirnya yang putih,lembut dan tidak tercemar. Terdapat beberapa kerusi pantai disediakan oleh Dayang Blues Resort di mana anda boleh bermain air laut di bawah cahaya matahari ataupun anda boleh mengajak rakan anda bermain bola tampar pantai yang disediakan oleh resort.

Menurut maklumat dari Utusan, Pulau Dayang merupakan pulau paling hampir dengan Pulau Aur di Mersing. Pelancong boleh ke pulau ini dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5jam. Di sini juga terdapat fasiliti selam skuba yang cukup untuk meneroka perairan Mersing yang kaya dengan hidupan marin serta pelbagai jenis ikan.



Sunday 18 October 2015

Nenas Baby Popular Di kelantan

Sejak akhir-akhir ni ramai orang suka post pasal nenas baby @ nenas kecil ni. Biasa Eyla makan nenas yang besar je kan, yang kecil tak pernah lagi rasa. Selama ni, Eyla tak tahu pun buah nenas ni ada yang saiz kecil. Hehe. Ramai duk post dalam Facebook kata nenas baby ni manis sangat-sangat dan rasa pun memang sedap! Mulut dah lama terliur nak makan benda ni,  so hari tu berjalan-jalan la kat pasar kan, and then terjumpa la nenas baby ni so ape lagi beli la satu plastik ni. Nak try kan, kalau beli banyak-banyak takut tak habis pulak kang membazir. 

Fist time makan nenas baby ni, memang sedap sangat-sangat dan manis sangat sebab Eyla ni jenis tak suka masam-masam sebenaenya. hehe. Habis satu plastik tu Eyla makan rasa nyesal la pulak tak beli banyak-banyak. Huhu.. Satu plastik nenas baby yang Eyla makan ni harganya RM10 je uolzz. Rasanya memang berbaloi lah beli nenas baby ni. Benda ni kalau nak cari kat pasar pun ada, tak pun kat facebook sekarang ni ramai yang buat delivery kat sesetengah kawasan. 

Nenas baby ni, diimport dari negara seberang Thailand, dan kalau nak beli banyak dan dapat harga borong pergi beli kat sana lagi murah berganda-ganda orang cakap. Kalau setakat nak beli satu plastik tu, beli kat pasar je lah kan. Hihi

eylamohd.blogspot.com
Sempat lagi berpozing. Hehe

eylamohd.blogspot.com

eylamohd.blogspot.com
Muka Kepuasan dapat makan nenas baby. Hehe

Thursday 8 October 2015

Tempat Makanan Stemboat Yang Sedap Di Kelantan

Kenapalah sejak akhir-akhir ni selera makan menjadi-jadi betul. Sekarang ni mulut teringin sangat-sangat nak makan stemboat . Kalau kat kelantan orang panggil benda ni Chim Chum tempat lain tak tahu la pulak dorang panggil apa benda ni. Kalau kat Kelantan Chim Chum yang paling popular kat Restoren Food Village. Macam-macam seafood yang mereka sediakan untuk pelanggan contohnya isi ketam, ayam, daging, sotong dan banyak lagi banyak pilihan lain. Disamping tu juga, kat restoren ni bukan ada menyediakan seafood sahaja tapi ada pelbagai makanan sampingan yang lain seperti laksa, nasi goreng, mee goreng, ABC, nasi air, somtam dan banyak lagi. Kalau sebut kat sini memang tak habis la jawabnya.  

Makanan kat sana semua kena ambil sendiri (layan diri) dan harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan hanya rm25 satu kepala untuk dewasa dan untuk kanak-kanak tak pasti la pulak berapa harganya. Biasanya kalau nak makan Chim Chum best makan time malam-malam. Bukan ape, suasana kat Food Village tu viewnya memang cantik dan selesa sangat. Biasanya orang yang datang kat restoren ni, ramai yang suka bawa keluarga dan saudara mara bukan apa nampak meriah lah sikit kan. 

Selain di Food Village, terdapat satu lagi restoren yang menyediakan hidangan Chim Chum adalah di Seoul Garden, KB Mall. First time makan kat situ masa dengan rakan sekerja. Sebelum ni, Eyla tak tahu pun yang kat situ ada hidangan macam kat Food Village. Tapi bagi Eyla la kan, Seoul Garden lebih best sebab banyak sangat pilihan makanannya berbanding dari Food Village tetapi harga semestinya berbeza la kan. Hehe. Kalau kat Seoul Garden kalau tak silap untuk satu kepala dewasa  harganya RM38. Tapi makan kat sana memang sedap dan berbaloi-baloi. Antara aneka Chim chum kat sana seperti  3 @ 4 jenis daging yang berbeza berbanding di Food Village yang hanya ada satu sahaja jenis daging. Kalau nak ikotkan rasa sedap ke tak kedua-dua restoren ni memang mempunyai tarikannya tersendiri dan rasa sedap tu pula bergantung kepada individu. Ada yang cakap Food Village sedap dan ada yang kata sedap makan di Seoul Garden. Kalau Eyla mestilah pilih Seoul Garden! And then kalau kat Seoul Garden ada pencuci mulut seperti aiskrim dan banyak lagi lah memang tak tertulis lah kat sini. So, Eyla prefer kalau nak makan puas hati tapi berbaloi baik makan Seoul Garden dijamin datang balik! Hehe  

Aiskrim Kepala Paling Sedap di kelantan

Korang pernah dengar tak Aiskrim Kepala? Dulu benda ni memang popular kat Kelantan sampaikan nak makan benda ni pun kena beratur. Tapi sekarang ni, dah ramai yang menjual Aiskrim Kelapa so tak perlu nak beratur lagi. Hari ni tekak rasa mengidam nak makan aiskrim kepala je, jadi tempat pilihan untuk Eyla kunjungi adalah di Restoren Kahfi. Sape-sape orang Kota Bharu mesti kenal sebab restoren ni memang popular dengan masakan thai dan jugak bakar.

Serius aiskrim kelapa ni kalau makan time panas memang best sangat-sangat tekak pun rasa lega je. Tak makan pun tak pe orang kata. Askrim ni tak mahal pun harganya hanya RM5 satu bekas. Berbaloi bukan? Dalam Aiskrim Kelapa tu ada askrim perisa kelapa, ada jelly, kacang, dan ada setengah tempat tu dia bubuh coklat rai warna warni supaya nampak colourful gitu. 

Kalau nak kasi best lagi, makan dengan bihun/mee/kue tiaw celup lagi sedap! Bagi yang duk kat kelantan boleh la kunjungi ke Restoren Kahfi memang sedap Aiskrim kepala diorang buat. Rugi taw sape-sape yang tak cuba

Wednesday 7 October 2015

Gubahan Hantaran Moden dan Terkini

Zaman sekarang ni, gubahan hantaran tidak lagi sama seperti zaman nenek moyang kita terdahulu. Bukan ingin menidakkan tradisi warisan turun temurun tetapi percambahan dunia teknologi moden dan lebih canggih membuatkan ramai lebih kreatif dalam memilih gubahan hantaran yang diidamkan. Gubahan hantaran yang memikat hati pasangan yang ingin berkahwin biasa mereka lebih suka kan Fresh Flowers. Selain tu juga, seiring dengan arus pemodenan teknologi hantaran kini banyak yang berbentuk gajet seperti  tablet, camera, laptop, telefon Pintar dan lain-lain.

Jika dahulu pengantin lebih tertarik pada satu warna untuk dijadikan tema gubahan hantaran kini tidak lagi. Kebanyakkan rona warna yang dipilih cenderung kepada warna yang nampak lembut @ terang dan digabungkan dengan beberapa rona warna yang lain dalam satu hantaran untuk menampakkan barangan hantaran tersebut lebih colourful dan menarik.

Pada Majlis Persandingan Kakak Tercinta baru-baru ni, gubahan hantaran untuk Majlis Menyambut Menantu Di Pasir Puteh Eyla buat sendiri je. Sebab tak banyak sangat barang yang nak digubah jadi tak perlu nak membazir duit upah orang lain buatkan. Serius Eyla memang tak pernah belajar @ buat benda ni tapi tak tahu la tangan ni gatal nak buat sendiri je. So inilah hasilnya!! Hehe


gubahan hantaran terkini


gubahan hantaran terkini
Ni gubahan hantaran masa majlis menyambut menantu.

Sebelum ni pun Eyla ada buat juga untuk majlis merisik akak masa raya aidilfitri baru-baru ni tu yang semangat dan yakin boleh buat. Alhamdulillah akak pun puas hati dengan gubahan tersebut, Simple but nice kan. Hehe. Tapi masa majlis persandingan tu kan, gubahan hantaran akak Eyla tu dia tempah tempah so dalam 9 hantaran untuk lelaki dan perempuan kos dah cecah rm1000k lebih. j Eyla buat untuk 3 gubahan hantaran masa majlis merisik tu and bajet RM110 je. Jimatkan? so, nasihat Eyla nak buat gubahan ni memang tak susah pun janji kena minat dan kreatif! Selamat , mencuba kepada sesiapa yang berjinak-jinak dalam gubahan ni. :-)

 gubahan hantaran terkini
Gubahan hantaran majlis merisik

gubahan hantaran terkini
Gubahan Hantaran yang diupah
gubahan hantaran terkini
Gubahan hantaran yang diupah


Tuesday 6 October 2015

Semakan Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) jawatan Inspektor Polis (Lelaki / Wanita) 2015

Rasa mesti ramai yang tak sabar nak tahu keputusan Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) bagi Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (Lelaki / Wanita) kan? Jika sebelum ni Eyla ada bercerita sedikit mengenai Pengalaman Ujian Fizikal Pengambilan Inspektor Polis 2015 sebagai rujukan dan persediaan kepeda mereka yang mendapat panggilan Ujian tersebut.

Untuk makluman semua, Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) bagi Eksesais Pengambilan bagi jawatan Inspektor Polis (L/W) akan diadakan mulai 12 hingga 25 Oktober 2015. Hanya calon-calon yang telah menjalani dan melepasi Ujian Fizikal dan Larian 2.4km yang diadakan pada bulan Julai dan Ogos 2015 dikehendaki membuat semakan melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM bermula 5 Oktober 2015.

Sistem SSO boleh dilayari di http://sso.rmp.gov.my bagi calon menyemak nama/tarikh/tempat ujian dan surat perlu dicetak untuk dibawa bersama semasa menghadiri ujian.

Calon juga dikehendaki membaca lampiran panduan sebelum menduduki ujian.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan PDRM)

Selamat Berjaya Semua!!!

Semakan Ujian Malaysian Integrity Test (MIT) jawatan Inspektor Polis (Lelaki / Wanita)  2015

Monday 5 October 2015

Majlis Menyambut Menantu Di Pasir Puteh

Sebelum ni Eyla ada update pasal Majlis Persandingan Kakak Tercinta yang berlangsung dengan penuh kemeriahan. Setelah selesai majlis persandingan, keesokkan harinya pada raya haji keempat majlis bertandang atau orang kelantan panggil majlis hantar menantu @ majlis menyambut menantu. Biasanya majlis di belah lelaki diadakan @ dilakukan secara bersederhana berbanding dengan majlis persandingan di pihak perempuan.

Rombongan Eyla bersama keluarga terdekat tiba di rumah pengantin lelaki pada pukul 12.00 tengahari. Apa yang paling best nak cerita, makanan kat belah lelaki memang sedap dan banyak pilihan boleh makan. Antaranya kambing golek 2 ekor, dessert yang bermacam-macam pilihan, aiskrim dan banyak lagi dan yang bestnya Eyla dapat makan bersama pengantin. Hehe. 

Setelah selesai makan semua, Eyla dan keluarga bersama pengantin bergambar sebagai kenangan. Sedihnya rasa sebab Akak Eyla kerja KL dan kami berdua memang rapat so, bila dia dah kahwin tanggungjawab dia pun dah bertukar. Apa-apa pun Eyla doakan semoga Akak dan suami berbahagia selama-lamanya dan cepat-cepat dapat baby yang comel. Hehe.  

Eylamohd blogspot

majlis bertandang

majlis bertandang

majlis bertandang

eylamohd blogspot




eylamohd blogspot

eylamohd blogspot

Sunday 4 October 2015

Majlis Persandingan Kakak Tercinta

Alhamdulillah.. Selesai sudah majlis persandingan akak tercinta Eyla ni. Walaupun penat sangat-sangat sebab majlis berlangsung selama 3 hari berturut-turut tapi kami satu keluarga rasa gembira dengan majlis tersebut. Kemeriahan majlis lagi terasa meriah dengan kehadiran saudara mara yang datang dari jauh semata-mata nak menghadiri majlis akak Eyla. 

Pada pukul 12.00 tengahari, rombongan daripada pihak lelaki datang dan selepas itu, sesi bergambar bersama pengantin. Walaupun dalam majlis perkahwinan yang sederhana, tapi tetap meriah.

Oleh itu, Eyla nak ucapkan terima kasih kepada keluarga, catering, jurugambar, dan semua yang terlibat dalam majlis ini secara langsung mahupun tidak langsung. Akak dah kahwin so next..???? Hehe

hantaran perkahwinan terkini


gambar perkahwinan

gambar perkahwinan

gambar perkahwinan

khemah perkahwinan

khemah perkahwinan


Thursday 1 October 2015

Majlis Malam Berinai

Malam Berinai merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu / Mamak atau jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing.

Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. 

Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. 

Malam berinai bukan apa, nak ikut adat je kan. Ada sesetengah orang tu, buat tema bollywood lagi tapi majlis akak Eyla ni tak ada tema-temalah buat majlis berinai biasa-biasa je. Walaupun malam berinai akak Eyla biasa-biasa je tapi kemeriahan tu memang terasa nak-nak kakak sulung yang kahwin kan. 
malam berinai


Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST