Thursday 24 March 2016

Pengambilan Guru di Majlis Amanah Rakyat (MARA) April 2016

Nampaknya blog dah berhabuk sangat-sangat ni sebab dah lama tak update. Sebenarnya bukan tak nak update tapi busy sangat-sangat sekarang ni dengan new business. Harap-harap semuanya akan berjalan dengan baik dan masyukk. Hehehe

Ada siapa-siapa kat sini masih tak dapat kerja atau menganggur lagi? Ni berita baik yang Eyla nak share untuk korang semua yang teringin nak jadi cikgu ni. Permohonan untuk jawatan cikgu baru je buka. So korang, boleh lah buat permohonan sekarang dengan melayari laman web ini Jawatan Kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebagai Pegawai Perkhidmatan DG41. Jawatan ni nampaknya nak pakai banyak dalam pelbagai bidang / subjek. Mana tahu kan kot-kot rezeki korang semua ke. Walaupun ramai yang pohon, tapi kita kena percaya kat rezeki dan jangan duk mengeluh je cakap kabel ke ape. Belum cuba belum tahu kan, nak-nak jawatan ini bukan selalu dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA). So, kalau tak isi memang rugi. 

Bagi sesiapa yang nak tahu info jawatan setiap hari, korang boleh pergi ke blog ni http://myjobelist.blogspot.my/ . Mereka sentiasa update info-info jawatan kosong terbaru dan terkini. Tak pun korang join je telegram dorang di https://telegram.me/jawatankerajaan lagi senang sebab terus masuk kat telefon korang. Semoga info ini mendapat manfaat untuk semua dan selamat memohon.



Jawatan kosong di Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Monday 21 March 2016

Eksesais Pengambilan Jawatan Konstable Lelaki Mac Hingga April 2016

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan temuduga eksesais pengambilan jawatan Konstabel Lelaki di seluruh Malaysia mulai 1 Mac 2016 hingga 16 April 2016 bagi calon-calon yang telah menduduki dan berjaya melepasi ujian Malaysian Integrity Test (MIT) pada bulan November/Disember 2015. Status permohonan boleh disemak melalui Sistem Semakan Online (SSO) PDRM di http://ss0.rmp.gov.my bermula 24 Februari (Rabu).

Calon-calon yang berjaya perlu menyemak nama/tarikh/tempat temuduga masing-masing dan bawa bersama dakumen-dokumen asal berikut semasa menghadiri temuduga:

    Surat panggilan temuduga yang boleh dimuat turun dari SSO PDRM;
    Surat sokongan daripada pegawai di jabatan masing-masing (untuk kakitangan kerajaan sahaja); dan

Syarat-syarat adalah sama seperti yang dinyatakan sebelum ini yang mana boleh dilayari di Portal Rasmi PDRM di pautan www.rmp.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Unit Pengambilan PDRM melalui talian 03- 2266 8347 / 8349 / 8350 / 8351.   

lpgo pdrm

Jawatan Kosong Konstabel Polis 2016

 

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST