Wednesday 9 September 2015

Petua Menghilangkan Sakit Gigi Yang Berkesan

Sejak seminggu lalu, Eyla kerap sakit kat gigi sampaikan nak makan pun tak lalu sebab sakit sangat. Patutlah ramai yang cakap sakit gigi ni memang sakit sangat sampai nak buat kerja pun rasa terganggu je. Eyla sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba rasa sakit gigi ni, selama ni tak pernah lagi kena kan so, bila kena kat batang hidung sendiri baru tahu rrasa sakit gigi tu macamana! 

Walaupun sakit Eyla tak pergi hospital @ klinik pun, just guna petua orang-orang dulu. Hihi. Tapi oklah berkurang sikit rasa sakit tu. Sape-sape yang ada masalah sakit gigi macam Eyla apa kata korang cuba guna salah satu petua kat bawah ni, mana tau berkesan kan. Tapi kalau rasa tak tahan sangat pergi je terus jumpa doktor. Selesai masalah. Hihi

1. Bawang Putih
Hancurkan bawang putih dan campurkan dengan garam. Letakkan pada bahagian gigi yang sakit beberapa minit.

2. Cengkih
a. Rebus cengkih, lebih kurang  2 cengkih untuk segelas air.
b. Buat minyak cengkih. Ambil beberapa biji cengkih,  minyak dalam 5 sudu, panaskan beberapa minit. Kemudian jadikan minyak sapu untuk gigi yang sakit.

3. Bawang Merah
Kunyah bawang merah mentah beberapa kali. Tertakluk pada keadaan kesakitan, kalau terlalu sakit,  kunyah banyak biji di antara 6 hingga 8 biji sehari.

4. Garam
Kumur air garam ketika sakit gigi. Anda juga letak sedikit garam halus pada ubat gigi. Ia boleh meredakan sakit gigi serta menguatkan gigi anda.

5. Serbuk Lada
Campurkan serbuk lada dengan garam. Seterusnya,  gosok pada  gigi yang sakit. Ia juga baik untuk anda yang memiliki gigi sensitif.

6. Buah Limau
Buah limau dikatakan mempunyai kandungan vitamin c  yang tinggi. Ia amat sesuai dijadikan pembantu redakan sakit gigi.

INFO Sakit Gigi
Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokt0r gigi Amerika yang bekerja di Universiti Berlin menemukan penyebab sakit gigi. Ia menemukan bahawa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteria dan gula. Bakteria akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam, dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada gigi. Bila lubang terjadi pada gigi, kita belum merasakan sakit gigi.

Tetapi, lubang kecil selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteria akan membuat lubang semakin besar. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi. Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

Apakah punca gigi sakit?
Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
* Kerosakan gigi (karies gigi)
* Penyakit gusi (penyakit periodontium)
* Gigi sensitif
* Sakit pada sendi rahang
* Sinus tersumbat
* Sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?
Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:
* Gigi mati
* Gusi bengkak
* Gigi dicabut atau kehilangan gigi
* Kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?
* Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
* Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
* mengambil ubat penahan sakit
* berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
* kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?
Anda boleh mencegah sakit gigi seperti berikut:
* Mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
* Berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
* Gunakan flos
* Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
* Kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

sakit gigi

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST