Wednesday 9 September 2015

Tempat Membeli Belah Murah Di Kuala Lumpur

Membeli belah merupakan satu perkara yang digemari oleh masyarakat tambah-tambah bila dapat gaji kan. hihi. Mungkin ramai yang ingin membeli belah tetapi masih lagi tercari-cari dimana lokasi yang menjual barang dengan harga yang murah dan berpatutan terutamanya mereka yang dari luar negeri Kuala Lumpur.

Barang-barang yang dijual disana sangatlah berpatutan dan murah dari tempat lain nak-nak kalau ambil secara borong memang berbaloi sangat! Antara tempat-tempat yang menarik untuk membeli belah di kuala Lumpur adalah seperti berikut :

1) Jalan TAR
Jalan TAR atau Jalan Tuanku Abdul Rahman, memerlukan 10 minit perjalanan untuk berjalan kaki atau anda boleh menaiki tren ke Masjid Jamek. Salah satu tempat pembelian yang paling mendapat tempat, walaupun kebanyakan peniaga hanya berniaga di kaki jalan, tetapi ramai yang sanggup berpanas terik untuk membeli belah disana, kerana disana bukan sahaja murah, malahan peniaga juga ramah dan kamu dibenarkan mencuba pakaian sebelum  dibeli. Terdapat juga kedai-kedai yang berhawa dingin, tetapi barangan tetap dijual dengan harga yang murah. Disana juga terdapat pemborong-pemborong pakaian, tetapi untuk membeli dengan harga borong, kamu mesti membeli barangan yang sama sekurang-kurang 10 helai.

tempat membeli belah jalan tar

2) Kenanga Wholesale City
Sesuai buat kamu yang ingin membeli dengan harga borong. Mungkin kamu boleh cuba untuk membeli belah bersama kawan-kawan sambil berkongsi, selalunya penjual disana memberi harga borong untuk pembelian 6 helai dan keatas. Tidak semua kedai membenarkan kamu mencuba pakaian.
tempat membeli belah di Kenanga Wholesale City

3. Sungei Wang
Sama juga seperti di Times Square, buat kamu tidak berpuas membeli belah di Times Square boleh lah pula berjalan kaki keluar dari Times Square, berjalan dalam 10 minit untuk ke Sungei Wang Plaza. Konsep yang sama seperti Times Square, pakaian dan aksesori dijual dengan harga yang murah, tetapi tidak semua kedai membenarkan pelanggan untuk mencuba pakaian sebelum dibeli, baik di Sungei Wang dan Times Square.

tempat membeli belah di sungei wang

4)Berjaya Times Square
Tempat sebegini selalunya dipenuhi oleh golongan pelajar. Tapi tak salahkan, walaupun kamu sudah berkerja dan bergaji besar membeli belah disini. Baju-baju disini kebanyakannya cantik-cantik dan menarik, harga boleh didapati serendah RM10 (mungkin ada kedai yang lagi murah RM5), RM19, RM25 dan RM30 (paling mahal bagi barangan yang tiada jenama).Salah satu daya tarika di Times Square adalah Taman Tema Permainannya. Pusat Membeli belah ini terletak di Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
tempat membeli belah di Berjaya Times Square

5) Sogo
Terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Barangan berjenama boleh didapati dengan harga yang lebih murah. Jika dilihat dari segi barangan berjenama yang boleh dimiliki dengan harga mampu milik,  memang sangat berbaloi membeli belah disini. Tempat berhawa dingin dan selesa.

tempat membeli belah Sogo

Tips Penting

Secara kasarnya, barangan yang tanda harga tidak boleh ditawar-menawar terutama sekali di pasar raya dan pusat-pusat beli-belah. Tetapi jika anda membeli di gerai tepi jalan atau pasar malam, gunakanlah kepandaian tawar-menawar anda untuk mendapatkan harga yang bagus.

Wang tunai diterima di pasar malam sementara kad kredit boleh digunakan di kebanyakan kedai di pusat dan kompleks membeli-belah.

Banyak pusat membeli-belah di Malaysia yang dibuka sehingga lewat malam (lebih kurang jam 10) menjanjikan masa yang banyak untuk anda membeli-belah.




No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST