Sunday 4 September 2016

Petua Hilangkan Senggugut Dengan Berkesan

Masalah yang sering dihadapi oleh wanita setiap kali datang bulan @ period adalah SENGGUGUT. Tapi tak semua wanita yang mengalami senggugut setiap kali datang bulan. Macam Eyla, kena juga senggugut tapi bukan kerap. Bagi wanita yang tak pernah mengalami senggugut anda memang beruntung kot! Sakit senggugut memang tak boleh nak cakap kat orang la sebaba  rasa sakitnya tu memang tak boleh tahan. Tapi yang pernah mengalami je tahu sakit tu macam mana. Serba sedikit Eyla nak share mengenai masalah senggugut dan petua untuk mengurangkan rasa sakit senggugut. Harap dapat membantu korang semua!

Senggugut atau istilah perubatan menyebut sebagai "dysmenorrhoea’ yang membawa maksud pengaliran haid yang sakit. Senggugut terjadi apabila berlakunya pengecutan dinding rahim yang lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Jadi pengaliran darah juga terganggu dan menambah kesakitan tersebut.

Sakit senggugut adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang, rasa lenguh dan sakit di bahagian bawah perut, belakang,sesekali ke kaki. Sakit yang datang secara ‘crampy’/mencengkam atau sakit berterusan atau kedua-duanya. Kebiasaannya kesakitan akibat senggugut ni berlaku lebih dari 24 jam dan boleh berpanjangan sehingga 2 hari.

PETUA HILANGKAN SENGGUGUT :

1. Minum air suam dengan kerap

air suam


Air suam dikatakan dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Ini kerana bagus untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot rahim yang kejang.

2. Elakkan minuman berkafein


minuman berkafein







Sebaiknya hentikan sekejap pengambilan minuman berkafein. Boleh cuba minum teh chamomile untuk meredakan senggugut.

3. Tuam bahagian perut/abdomen

Tuam bahagian perut


Petua yang ketiga ni, Eyla suka buat sebab memang menjadi. kalau tak percaya cuba buat. Caranya, Cuba tuam atau demah bahagian abdomen dengan tuala kecil yang dicelup dengan air panas. Boleh juga menggunakan bekas yang dikhaskan untuk menuam perut seperti gambar di bawah ini. Isikan air panas dan balut dengan kain jika air terlalu panas. InsyaAllah ia mampu mengurangkan rasa sakit.

4 Senaman ringan

senaman untuk period
Senaman yang dicadangkan yang boleh diamalkam semasa kedatangan haid atau sebelem kedatangan haid boleh membantu mengurangkan rasa sakit senggugut. Antara senaman ringan yang boleh dilakukan ialah yoga dan aerobik. Aktiviti ini dapat membnatu melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

5 Minum air rebusan halia



Anda boleh merebus halia atau hiris halia kemudian masukkan ke dalam air panas. Minum air halia dikatakan membnatu menghilangkan rasa sakit senggugut

1 comment:

  1. Admin numpang promo ya.. :)
    cuma di sini tempat judi online yang aman dan terpecaya di indonesia
    banyak kejutan menanti para temen sekalian
    cuma di sini agent judi online dengan proses cepat kurang dari 2 menit :)
    ayo segera bergabung di fansbetting atau add WA :+855963156245^_^
    F4ns Bett1ng agen judi online aman dan terpercaya
    Jangan ragu, menang berapa pun pasti kami proseskan..
    F4ns Bett1ng

    "JUDI ONLINE|TOGEL ONLINE|TEMBAK IKAN|CASINO|JUDI BOLA|SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWw.F4ns Bett1ng.COM

    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855963156245^_^

    ReplyDelete

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST