Thursday 23 July 2015

Bila Demam Melanda Diriku

Nampaknya sekejap je 1 syawal sudah pun berlabuh tirainya namun sambutan syawal masih ada lagi tau! Hari ni mood nak menulis tak ada sangat sebab tak sihat (demam). Walaupun dah jumpa doktor tapi nampaknya demam aku ni tak sembuh-sembuh jugak. Sabar je la. Orang lain seronok-seronok sambut raya aku duk kat umah jer tengok TV. Urmmmm 

Nak diceritakan 1 minggu sebelum raya aku ni memang jenis kalut sikit jadi semua benda aku nak buat tanpa fikirkan kesihatan diri. last-last dapat raya tapi dalam keadaan demam. Sedihnya :'(  

Tapi mujurlah raya pertama tu aku dapat juga beraya walaupun time tu badan aku memang tak sedap sangat tapi aku paksakan diri juga semata-mata nak beraya dan berkumpul bersama-sama keluarga. Nampaknya raya aku tahun ni memang sibuk sangat , rumah aku raya pertama dah buat makan-makan lepas tu raya kedua buat open house dan raya ketiga majlis merisik kakak aku mahu aku tak demam. Hehe

Aku rasa aku ni macam kebal je kan so aku tak layan sangat la demam aku ni, lepas raya ketiga keesokkan harinya aku demam sampai tak boleh bangun. Time ni Tuhan je tau memang seksa sangat-sangat dengan peningnya, panas badan, tak ada selera nak makan dan macam-macam lagi so, akhirnya aku mengalah pergi hospital. Hehe. 
selamat hari raya

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST