Tuesday 14 July 2015

Kebaikan Rawatan Spa Untuk Kecantikkan

Tinggal beberapa lagi kita semua akan menyambut hari raya aidilfitri, rasa tak sabar la pulak nak berkumpul bersama-sama keluarga. Pada tahun ni baju raya aku tak banyak sangat dua pasang je bukan tak nak tambah tapi kalau fikir-fikirkan balik membazir la pulak tambah. Maunya tidak membazir baju yang tahun lepas pun jarang-jarang aku pakai. Biasalah orang perempuan kan kalau shopping memang tak ingat dunia!

Sebelum menjelang hari raya ni, biasanya orang perempuan ni mereka akan memastikan dirinya cantik dalaman dan luaran. Jadi biasanya salun kecantikkan rawatan spa akan menjadi pilihan hati mereka untuk menyerlahkan diri pada hari raya. Macam aku sendiri aku suka jugak pergi spa ni tapi bukan selalu la. Time rajin aku pergilah, nak-nak time raya mesti pergi nak cantik kan. Hehe

Kalau kita pergi spa macam-macam perkhidmatan yang mereka tawarkan untuk kita antara rawatan wajah, mandi susu, rendam kaki, urutan muka, rawatan lulur untuk cantikkan kulit dan sebagainya. Biasanya sesetengah spa tu mereka sudah menyediakan pakej lengkap untuk kita dan siap ada diskaun lagi tau so, kat sini kita dah jimat! 

KEBAIKAN RAWATAN SPA
Spa biasanya menawarkan gabungan beberapa jenis kaedah perawatan termasuk terapi gelombang air (hydrotherapy), terapi panas (thermotherapy), terapi elektrik (electrotherapy), terapi urutan, refleksologi, terapi warna, terapi muzik, terapi ramuan tumbuhan atau jamu, terapi zat makanan, meditasi dan rawatan mengikut pendekatan agama. Bergantung kepada keperluan dan tubuh pengunjung individu, semua kaedah rawatan di spa dapat memberikan kesan positif jika dilakukan dengan cara yang betul.

Spa berupaya menyembuhkan penyakit dalaman, menyegarkan tubuh badan selain memberi tenaga dan oksigen serta menegangkan otot, menghaluskan kulit, meningkatkan daya tahan tubuh dalam melawan penyakit, meningkatkan proses metabolisme tubuh, mengurangkan ketegangan dan menenangkan fikiran.
sauna

Sauna
-menyingkir toksin dan air berlebihan dalam badan melalui proses perpeluhan
-melancarkan peredaran darah dengan teknik haba
-merehatkan otot
-membersihkan kulit
-menggalakkan tidur lena
-membakar kalori

urutan

Urutan 
-melegakan kesakitan otot
-melancarkan peredaran darah
-memperbaiki sistem limfa
-menggalakkan tidur lena
-menambah fokus

lulur

Lulur (Body Scrub)/ Masker (Body Mask) 
Lulur membantu sekatakan warna kulit secara semula jadi, menggunakan bahan-bahan semulajadi. Berikut merupakan antara bahan yang sering dijadikan body scrub dan body mask. Selain menghilangkan sel mati, ada fungsi lain bergantung kepada bahan yang digunakan.

Papaya Body Scrub - enzim papain dari betik mencerahkan kulit secara semulajadi.
Coffee Scrub - kafein dalam kopi membantu mengurangkan selulit yang ketara pada kulit
Green Tea Scrub - sifat teh hijau yang tinggi anti oksidan membantu mencegah radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit.
Bengkoang Scrub - bengkoang mempunyai sifat mencerahkan kulit kusam.
Volcano Mud Mask - masker badan dari tanah liat gunung berapi yang kaya dengan mineral ini berupaya menyerap minyak berlebihan dan mengecutkan jerawat di belakang badan. Sangat digemari oleh wanita yang mempunyai jerawat belakang badan yang kronik.
Boreh Mask -Boreh merupakan campuran rempah ratus yang memanaskan badan dan membakar lemak. Sangat sesuai untuk wanita selepas bersalin untuk memanaskan badan.

facial
Facial
-membersihkan secara mendalam kotoran, minyak
-membersihkan pori tersumbat
-sekatakan / cerahkan warna kulit
-melancarkan peredaran darah
-mengurangkan garis halus
-menambah penyerapan nutrien penting untuk kesihatan kulit
-merehatkan otot muka



No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST