Wednesday 8 July 2015

Resepi Biskut Almond London Yang Enak!!

Sempena menjelang raya yang tak lama lagi tiba, rasanya ramai yang tengah sibuk duk buat biskut raya atau yang tak sempat mesti beli je kan kat luar senang tu. Bagi eyla, kalau buat sendiri biskut raya, memang puas hati sangat sebab boleh buat makan banyak-banyak. Hehe. Setiap orang mesti ada biskut kegemaran korang kan? Macam Eyla, suka makan biskut Almond London! Biskut ni memang wajib ada kat rumah setiap tahun, kalau tak ada gamaknya tak lengkaplah raya Eyla. Hihi. Kalau berkunjung ke rumah jiran tetangga atau saudara mara memang biskut ni lah dulu jadi rebutan hati. Bagi korang yang tengah mencari idea biskut apa yang nak dibuat untuk raya ni, Nah ni resepi Almond London yang SEDAP lagi RANGGUP!!

Bahan:(150 biji)
250g mentega
125g gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
50g serbuk badam (optional)
200g tepung jagung}
300g tepung gandum}
1 sudu besar tepung beras}
1 sudu teh baking powder}-ayak bersama

200g kacang badam,digoreng tanpa minyak
50g badam cincang untuk hiasan
+/- 700g cokelat compound

Cara;
1.Pukul mentega dan gula sehingga kembang.Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan serbuk badam.Kacau.
2.Masukkan tepung yang telah diayak tadi,gaul rata.
3.Bentukkan doh bulat-bulat kecil/lonjong dan masukkan kacang di dalamnya.
4.Letakkan di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan sedikit mentega.
5.Bakar pada suhu 200'C selama 20 minit.
6.Cairkan coklat dengan kaedah doubel-boiler.Celupkan biskut tadi dan letak dalam
kertas cawan.Taburk

Almond London

Almond London

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST