Monday 24 August 2015

Tips Untuk Putihkan Gigi

Masalah gigi kuning merupakan masalah yang biasa dialami oleh sesiapa. Akibat daripada penjagaan gigi yang tidak betul, akibatnya gigi menjadi kuning dan ini sedikit sebanyak menjejaskan penampilan kita untuk senyum dan berhadapan dengan orang ramai. 

4 Faktor Gigi Tidak Putih
Kita semua mempunyai gigi yang putih pada masa kanak-kanak. Dan gigi kita akan memudar dan berubah warna di sebabkan oleh beberapa faktor.faktor gigi kuning

1. Penuaan – Salah satu faktor gigi tidak kekal putih adalah disebabkan proses semulajadi manusia. Semua orang akan tua, dan termasuklah semua anggota badan anda. Gigi menjalani proses penuaan dengan warnanya yang luntur.

2. Minum minuman seperti kopi, teh, minuman bersoda dan minuman yang mempunyai kadar pewarna yang tinggi. Semua minuman tersebut mempunyai kandungan yang boleh memberikan kesan kepada warna gigi anda.

3. Merokok – Selain merosakkan badan dan paru-paru anda, merokok juga boleh menyebabkan warna gigi anda bertukar kepada warna kuning kehitam-hitaman.

4. Penjagaan gigi yang tidak baik – Sesetengah kes masalah gigi berwarna adalah disebabkan penjagaan yang tidak baik, sebagai contoh tidak menggosok gigi seperti yang dicadangkan oleh kementerian dan doktor gigi. Hal ini menyebabkan pembiakan bacteria di celah gigi dan memudarkan warna gigi.
gambar gigi putih

2 Cara Untuk Memutihkan Gigi

1. Pelunturan (Bleaching)

Pelunturan adalah salah satu cara yang terbaik untuk memutihkan gigi anda. Doktor gigi juga mengesyorkan cara ini untuk mengembalikan warna gigi kepada warna putih.

Kaedah ini dilakukan dengan menyapu sejenis gel ataupun getah keatas lapisan gum gigi anda untuk melingdunginya daripada terdedah. Kemudian, produk pemutih akan disapukan keatas gigi anda dengan menggunakan kaedah dan teknik yang tertentu untuk mendakap seluruh permukaan gigi tersebut.

Produk pelunturan ini kebiasaannya mempunyai carbamide peroksida dan hidrogen peroksida sebagai bahan aktif. Apabila bahan-bahan tersebut di pecahkan, oksigen yang dibebaskan akan memasuki enamel gigi, lantas membuatkan warna gigi tersebut luntur dan mengembalikan warna putih tersebut.

Cara rawatan tersebut boleh diselesaikan dalam jangka masa tiga hingga empat minggu.

Sekiranya anda berminat dengan cara ini, anda perlu membuat perjumpaan dengan doktor gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali. Pada perjumpaan pertama, doktor gigi akan membuat ala-ala pendakap gigi. Setelah selesai, anda digalakkan untuk melakukannya di rumah.

Anda perlu menyapu produk tersebut secara berkala setiap hari selama 4 minggu.

Sesetengah produk yang baik memerlukan anda menyapu produk tersebut untuk beberapa jam sekali. Anda juga boleh menyapunya sebelum anda tidur. Dengan amalan ini, anda boleh mendapatkan hasil yang positif dalam hanya 1 minggu. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada situasi dan tahap tertentu.

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST