Wednesday 16 September 2015

Dekorasi Rumah Kontemporari Moden, Enggeris Style dan Klassikal Mewah

Rumah anda ruang peribadi kita. jadi, jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut kita hendak lakukan pada rumah kita. Setiap orang mesti nak bilik tidur cantik, ruang makan rumah cantik, bilik tamu yang cantik dan macam-macam lagi la kan. Tapi kalau nak buat dekorasi ni kena la bajet tu lebih barulah hasilnya PUAS HATI! Nak cantikkan rumah ni, tak payah sebenarnya kena pandai kreatif barulah hasilnya pun meletop! Gabungan dalam pemilihan warna adalah sangat penting dalam sesebuah dekorasi kerana jika tersalah pilih warna hasilnya agak mengecewakan. 

Setiap orang mempunyai cita rasa yang berbeza termasuk dalam hal menghias rumah. Masing-masing mempunyai konsep hiasan tersendiri, tetapi jika setiap individu boleh bertolak ansur dan saling menghormati pendapat orang lain, akan tercetus ilham hiasan yang menarik dan memuaskan hati semua pihak. Pada masa sekarang ramai yang suka memilih dekorasi kontemporari moden sebab ianya akan menampakkan mewah dan esklusif pada sesebuah rumah. Namun ada juga yang suka kepada konsep yang klasik bergantung kepada seseorang individu. 

Bagi yang masih lagi tercari-cari idea untuk menggunakan konsep bagaimana dalam dekorasi rumah anda, Terdapat beberapa konsep dalam dekorasi rumah antaranya yang boleh dipertimbangkan :

KONTEMPORARI  MODEN
Moden dan kontemporari, kedua-duanya mempunyai ciri yang hampir sama, ringkas dan tidak berserabut. Salah satu ciri yang menyerlahkan stail moden ialah penggunaan warna tona hitam, kelabu, perak dan juga putih. Idea kontemporari terkini lebih menekankan warna terang dan bercorak geometri.
dekorasi ruang makan moden

dekorasi ruang makan moden

dekorasi bilik tidur moden


dekorasi ruang dapur moden
INGGERIS STYLE
Konsep dan gaya kedesaan Inggeris mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Konsep sebegini dikatakan mampu memberikan ketenangan dan menyuntik eleman kelembutan kepada pemilik. Kedesaan Inggeris menjurus kepada warna lembut, gelap dan yang paling ketara adalah penonjolan motif flora pada langsir, kusyen dan alas meja.



dekorasi bilik tidur inggeris style

dekorasi runag makan inggeris style

dekorasi ruang tamu inggeris style



 KLASIKKAL MEWAH
Setiap orang mempunyai citarasa pilihan mereka tersendiri. Ini juga banyak bergantung kepada corak kehidupan dan baget. Gaya Klasikal ialah sentuhan dekorasi yang mengadunkan elemen Greek dan Roman pada abad ke 18. Perabut kebanyakkannya bergaya mewah dengan fabrik mewah dari sutera, brocade, kapas dan wool menjadi kemestian dalam konsep ini.

    Dekorasi bilik tidur klasikkal mewah

    Dekorasi ruang dapur klasikkal mewah

    Dekorasi ruang tamu klasikkal mewah

    Dekorasi ruang makan klasikkal mewah




No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST