Thursday 1 October 2015

Majlis Malam Berinai

Malam Berinai merupakan satu majlis keramaian yang dilaksanakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu / Mamak atau jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing.

Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. 

Majlis Berinai Kecil kebiasaannya hanya diadakan untuk pengantin perempuan dan saudara mara rapat mereka sahaja. Majlis ini akan diadakan sehari sebelum si gadis bernikah dengan pasangannya. Tujuan Majlis Berinai Kecil ini lebih kepada ingin memberikan restu dan melahirkan rasa gembira kerana si gadis bakal menjadi isteri dan perkahwinannya amatlah dinantikan oleh ahli keluarga yang merestui.

Manakala Majlis Berinai Besar pula akan melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Pasangan pengantin lebih suka mengenakan pakaian jenis tradisional sama ada songket bunga tabur ataupun songket bunga penuh. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan. Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa. 

Malam berinai bukan apa, nak ikut adat je kan. Ada sesetengah orang tu, buat tema bollywood lagi tapi majlis akak Eyla ni tak ada tema-temalah buat majlis berinai biasa-biasa je. Walaupun malam berinai akak Eyla biasa-biasa je tapi kemeriahan tu memang terasa nak-nak kakak sulung yang kahwin kan. 
malam berinai


No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST