Wednesday, 10 February 2016

Resepi Char Kuey Teow Sedap

Ada sesiapa kat sini peminat Char Kuey Teow? kalau ada yang suka makan benda ni, apa kata korang cuba buat resepi ni sendiri kat rumah lagi best tau sebab boleh makan banyak dan jimat. Hehe. Rupanya nak buat resepi Char Kuey Teow ni tak adalah susah mane pun janji kena ikut step yang diberikan. Jom Eyla kongsikan dengan anda semua resepi Resepi Char Kuey yang sedap dan mudah. 

Bahan-bahan : (Char Kuey Teow)
500g kueyteow Jenis kecil (Penang style)
300g udang
200g kerang
150g taugeh
100g kucai
1 biji bawang merah (dikisar)
2 biji bawang putih (dikisar)
1 sudu cili giling
4 sudu sos char kuey teow
3 biji telur
Air rebusan udang
Garam secukup rasa
Bahan-bahan : (Kicap paste)
200 gm udang ( lebih pun tak pe!!! )
250 ml air
4 biji bawang putih (dikisar)
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu besar kicap manis
1 kiub pati ikan bilis /2 sudu besar petis
2 sudu kecil garam
1 sudu makan gula
Bahan-bahan : (Sampingan)
Cili jeruk
Cili Merah (dihiris)
Bawang Goreng

** Air stok udang ni boleh dibuat dengan cara rebuskan kulit dan kepala udang hingga mendidih. Nanti masa nak guna nanti ambil airnya sahaja.

Cara-cara :
1) Rebus udang separuh masak. Kemudian asingkan kulit dan kepala udang tadi. Isi udang diketepikan dulu. Kisar kulit dan kepala udang tadi, bersama air rebusan tadi, tapis dan ambil stoknya. Campurkan stok udang dengan sos tiram, kicap manis, kicap pekat, bawang putih, garam gula dan kiub ikan bilis. Reneh bahan paste tadi hingga agak pekat. Sejukkan seketika. Boleh simpan dalam peti sejuk supaya tahan lama.

2) Tumis bahan tumisan hingga bau wangi. Masukkan cili boh & tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos char kueyteow dan kacau. Masukkan udang & kerang dan Gaul sehingga rata.
Masukkan kueyteow, kucai, taugeh dan gaul. Pecahkan telur bila kueyteow agak2 nak masak. Tambahkan sedikit air stok udang jika ada. Jika tidak masukkan air biasa untuk dapatkan kuahnya & perasakan dengan garam. Gaul & terus angkat.

3) Hidangkan terus agar Char kuey Teow tidak kembang & untuk rasa yang lebih nikmat.

Note : 
- Paste ni seelok-eloknyanya sediakan lebih awal sebelum nak goreng char kuew teow. Katanya lagi sedapp la kalau sediakan awal2 dari masak waktu nak goreng char kuey teow tu.

resepi char keuy teow
Mak oii dah meleleh mulut ni.. hehe (Gambar dari En. Google)

No comments:

Post a Comment

Resepi Tart Cadbury Mudah dan Sedap

Alhamdulillah... Berhabuk dah pun blog ni, setelah lama tak update apa-apa. Jadi, malam ni terdetik nak share resepi biskut raya la pu...

TOPS POST