Fuhh, hujan-hujan macam ni best jugak kalau boleh makan putu halba. Hehe. Eyla ni, baru je balik dari Kuala Lumpur melawat my sis yang kena buat operate disebabkan oleh apendiks. Bunyi je operate kita pulak yang rasa nervous dan takut.Huhu. Kesian kat my sis 3 hari menahan rasa sakit sebab ingatkan gastrik tapi rupa-rupanya apendiks dia dah pecah kot. Jadi, hari khamis baru-baru ni Eyla bergegas naik flight dengan mama pergi melawat my sis. Sebenarnya Eyla sendiri pun memang ada gastrik tapi harap-harap tak jadi macam my sis. Takut sangat. Ermmmm
Artikel menarik : Gastrik : Punca, Tanda dan Rawatan
Apa itu apendiks?
Apendisitis yang teruk merupakan radang apendiks. Ia merupakan salah satu pembedahan kecemasan yang paling lazim dilihat. Ia boleh berlaku pada sebarang usia tetapi ia paling lazim di antara usia 10 dan 30 tahun.
Apakah yang menyebabkan apendisitis yang teruk?
Apendisitis yang teruk disebabkan oleh halangan lumen (rerongga) apendiks. Sebab yang paling lazim ialah 'faecolith' (cebisan kecil najis). Ia juga boleh disebabkan oleh tumbuhan atau bengkak di tisu limfoid, walaupun ia jarang sekali berlaku.
Apabila dihalang, tekanan di dalam apendiks meningkat dan memotong bekalan darah. Ini mengakibatkan pengulseran, jangkitan bakteria dan akhir sekali, gangren dan apendiks terkoyak.
Apakah gejalanya?
Secara klasik, kesakitan bermula sebagai kejang di bahagian tengah abdomen dan dengan peredaran masa, bergerak ke bahagian kanan. Demam, sejuk, ,menggigil, kelihangan selera makan, muntah-muntah dan kadang-kala diikuti dengan ceret beret.
Walau bagaimanapun, pesakit di bawah usia 5 tahun dan melebihi 50 tahun mungkin mengalami gejala yang berbeza daripada penerangan di atas. Ini mungkin membawa masalah kepada diagnosis.
Apakah komplikasi apendisitis yang teruk?
Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Apakah rawatan apendisitis yang teruk?
Apendisitis yang teruk dirawat secara pembedahan dengan membuang apendisitis yang radang dan membersihkan sebarang cecair yang dijangkiti di dalam abdomen. Prosedur ini dikenali sebagai apendisektomi. Antibiotik intavena umumnya diberikan sebaik saja apendisitis yang teruk didiagnos.
Diharap penerangan ini sedikit sebanyak dapat membantu kita semua supaya tidak terkena apendiks. Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal apendiks ni guna En. Google je. hehe
No comments:
Post a Comment