Hujan-hujan macam ni memang seronoklah kan kalau dapat makan Putu Halba panas-panas. Putu Halba ni kuih tradisi orang Kelantan jadi, kalau musim hujan atau tengkujuh nak cari benda ni kat tepi jalan senang je. Putu Halba bukan ‘mesti’ dibuat pada musim tengkujuh sebaliknya bila-bila masa pun sedap dimakan. Namun, seperti satu budaya, ia hanya ditemui pada musim banjir. Harga untuk Putu Halba ni biasanya peniaga jual RM2.00 untuk 4 biji.
Alang-alang bercerita pasal Putu Halba ni, seronok jugakkan kalau dapat buat sendiri kat rumah lagi jimat orang kata. Hehe. Rupanya nak buat benda ni tak adalah susah sangat pun sebab bahannya berasaskan kepada ubi kayu.
Bahan asasnya ialah ubi kayu.
- Kuantiti ubi kayu bergantung kepada banyak mana hendak hasilkan putu halba.
- Ubi kayu yang telah dikopek kulit luarnya hendaklah diparut atau dimesin.
- Ubi kayu yang telah diparut itu hendaklah diperah agar kering (lembab yang gebu)
- (untuk mudah, sekarang terdapat debu atau tepung ubi kayu dijual di pasaran)
- Gaul ubi kayu yang diparut dengan halba secukup rasa. Ada juga yang memasukkan sedikit garam.
Peralatan memasak. Bab ni memang sedikit rumit kerana kebanyakan orang tidak memiliki. Ia lebih kepada kreativiti untuk menggunakan kelengkapan yang ada. Namun, bagi mereka yang melakukan untuk berniaga, ada peralatan khas terdapat di pasaran.
Untuk yang ingin mencuba di rumah, boleh menggunakan periuk biasa dan jaring atau kukusan untuk diganti sebagai penutup.
Inilah rupa Putu Halba kalau sape-sape yang tak pernah makan. Hehe |
Untuk memasak
- Tepung ubi kayu dimasuk ke dalam piring kecil (acuan)
- Guna tutup teko basuh tangan pun boleh. Ada yang guna acuan kuih dan gelas. Inilah dikatakan kreativiti.
-.Letakkan sedikit gula melaka (nise) yang telah dipotong kecil. Boleh juga gunakan guna.
- Taburkan sedikit ubi kayu di atas nise supaya tertutup dan tekan sedikit supaya mampat
- Letakkan kain kasa (maslin) di atas piring ubi. Kain lain pun boleh digunakan seperti sapu tangan atau tuala kecil.
- Terbalikkan piring ke atasnya supaya putu tertinggal di atas kain.
- Angkat dan isikan ke dalam pengukus.
(anda boleh lakukan apa peralatan atau cara yang sesuai, asalkan putu yang hendak dimasakkan itu dapat diletakkan ke dalam atau di atas pengukus.
- Putu halba masak apabila semua telah melekit mengikut bentuk - tentu anda kenal yang masak dengan belum.
Putu halba sedap dimakan ketika panas. Ia dicicah dengan kelapa parut. Kalau sudah sejuk, maka kurang sedap dimakan sebab sudah liat sedikit dan aroma bau serta rasanya berkurangan.
No comments:
Post a Comment