Dua minggu lepas Eyla ada menghadiri majlis pertunangan my BFF sekolah menengah dulu. Alhamdulillah, persahabatan kami masih kekal sehingga ke hari ini lebih kurang 12 tahun kalau tak silap. Dalam group Eyla ni kebanyakkan semuanya dah kahwin hanya Eyla dan yang bertunang ni je lah yang belum lagi. Nampaknya tinggal Eyla sorang jelah kan yang masih single. Hehe. Nak buat macam mana jodoh tak ada lagi kan.Huhu
Majlis pertunangan berlangsung secara sederhana hanya dihadiri oleh saudara-mara dan juga kawan-kawan yang terdekat sahaja. Serius, Eyla memang suka sangat dengan pelamin tunang ni sebab very simple but nice! Bila tengok orang lain bertunang kita pulak terlebih excited. Kalau majlis sendiri nanti tak tahulah macam mana.
Apa-apa pun Eyla tumpang gembira buat Mek Nor yang dah menjadi tunang kepada DJ tersohor Hot FM Kelantan. Siapakah DJ tersebut? Hehehe..nanti diorang dah kawin baru Eyla cakap ok!
Jom layan gambar-gambar semasa majlis pertunangan. Hihi
No comments:
Post a Comment