Bahan-bahan :
500 gram daging cincang
1 biji bawang besar dan 4 ulas bwg putih di cincang
500 ml susu full milk
1 botol sos tomato segera/tomato chunks
Spread of cheese (sy pakai mozarella dan 4 keping cheesedale je..jimat)
3 sudu tepung gandum
Spices(ni yg sy pakai -Thymes, Oregano, Mixed Herbs, Blackpepper)
5 sudu butter
Sekotak Kepingan Lasagna
Cara2:
1. Tumis bawang yg di cincang sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging. Masak sehingga warna kusam.
2. Masukkan sebotol sos tomato segera ke dalam daging dan kacau. Masak sehingga daging empuk.
3. Perasakan dgn garam dan spices yg anda ada.
4. Untuk masa white sauce, Cairkan butter dalam pan anda. Kemudian masukkan 3 sudu tepung dan kacau sehingga tidak berketul2.
5. Masukkan susu sehingga nak mendidih dan kemudian masukkan 4 keping cheesedale. Kacau hingga sebati dan tutup api.
6. Rendam sebentar kepingan lasagna. Jgn lama sgt kalau tak nnti hancur. Sy celup dlm air dalam beberapa saat je. Tak perlu lama sbb nnti bila tuang kuah daging dan white sauce kepingan akan lembut sendiri.
7. Susun kepingan lasagna-sos daging-white sauce-tabur cheese- dan urutan yg sama hingga habis. Akhir skali taburkan cheese atasnya.
8. Bakar suhu 180 darjah celcius semalam 30 ke 40 minit bergantung pada oven dan saiz bekas lasagna anda.
Langkah-Langkah Buat Inti Lasagne :
tumis bawang, kemudian masukkan daging cincang
masukkan sos tomato
Kemudian masukkan garam dan tabur dengan oregano. ini step untuk inti je
dulu ni. ermm memang mudah gile kan. pejam mata pun boleh buat ni. tak
sabar aku nak try buat sendiri nanti.
Langkah-Langkah buat sos putih :
cairkan sedikit butter
masukkan tepung gandum
masukkan susu
Kemudian masukkan 4 keping keju cheddar. biarkan seketika kemudian boleh
tutp api. jap lagi sos putih ni kita akan lapis lapiskan dengan inti
daging cincang dan kulit lasagne. (cara sebut : la-za-ni-ya).
rendam sekejap kulit lasagne
kemudian layerkan lasgane. daging > sos putih > kulit lasagne > cheese
susun cantik-cantik
kemudian bahagian paling atas sekali kena tabur keju mozarella dan
parmesan banyak-banyakkkkk. pastu bakar dalam oven dengan suhu 180C
selama 30-40 minit.
Ini hasilnya!!
No comments:
Post a Comment